MP Batu Gajah (DAP) mendakwa jika Akta Universiti ini diteruskan, akan mengongkong dan menyekat kebebasan pelajar-pelajar. Dakwaan MP ini tidak benar sama sekali dan beliau sebenarnya tidak faham fungsi akta ini. Pelajar-pelajar dihantar ke universit dan kolej untuk belajar dan bukannya berpolitik. Mustika percaya, dalam dewan ini sendiri, MP pembangkang juga dan membesar bersama AUKU.
Universiti dan kolej merupakan tempat untuk melahirkan golongan cerdik pandai dan peneraju serta bakal pemerintah di masa hadapan. AUKU masih lagi relevan untuk mencegah pelajar-pelajar daripada gangguan golongan politik yang ingin memperkudakan mereka demi kepentingan peribadi. AUKU juga dilihat telah berjaya menjauhkan pelajar daripada gangguan golongan yang ingin mengkhianati bangsa yang sepatutnya memastikan pelajar menamatkan pengajian terlebih dahulu bagi membantu kerajaan membangunkan negara.
Soal pelajar takut kepada pensyarah, takut kepada pensyarah, pensyarah takut kepada dekan, dekan takut kepada naib canselor,naib canselor takut kepada menteri dan menteri takut kepada Perdana Menteri adalah semata-mata dakwaan pihak tertentu yang sebenarnya sedang mencuba untuk menghasut penuntutpenuntut.
Thursday, May 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Gua rasakan, Akta ini biarkan begitu ajer. Sebabnya, ada ke takde sama sahaja.
Sekarang nie, ada Akta- ramai juga student2 U yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti pembangkang, bukan student ajer, malah para pensyarah pun sama sahaja.
Gua nak tanya dengan isu yang melanda kita tahun lepas NEGARAKUKU nyanyian Wen Chee, apa khabarnya citer tersebut tersebut.
Senyap begitu sahaja. Apa tindakan yang diambil terhadap pelajar tersebut????
Kalau macam tu, semua orang boleh buat. Buat havoc, kena hentam sikit-sikit, kemudian lepaskan begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan diambil terhadap 'pengderhaka' tersebut.
TERIMA KASIH DI ATAS KOMEN ANDA.
BAGI ISU AUKU, PANDANGAN ANDA DIBERI PERHATIAN. AUKU ADALAH UNTUK KEBAIKAN PELAJAR DI UNIVERSITI. IA DIWUJUDKAN SELEPAS KAJIAN MENDALAM DAN DIDAPATI BANYAK IMPLIKASI POSITIF.
ISU NEGARAKUKU, DIFAHAMKAN TELAH DIAMBIL TINDAKAN
Post a Comment