Monday, August 11, 2008

PAS BANTAH & PAS SOKONG!

Ogos 11th, 2008 oleh taminsari

Pas bantah yang ini :

Pas membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam mengadakan forum awam ‘Memeluk Islam’ Sabtu ini kerana ia boleh mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara umat Islam dan penganut agama lain di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika Majlis Peguam masih meneruskan tindakannya itu, ia akan merugikan semua pihak. “Sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa kerana Islam berdiri berteraskan sumbernya sendiri,” katanya dalam laman web parti itu.

Abdul Hadi berkata Majlis Peguam perlu membatalkan forum itu demi menjamin kestabilan dan keharmonian hubungan antara agama dan kaum di negara ini. Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata forum awam itu tidak sepatutnya diadakan secara terbuka. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata forum yang akan diadakan dalam tempoh yang singkat akan menimbulkan prasangka dan prejudis di kalangan umat Islam di negara ini.

Akan tetapi,


Pas sokong yang ini :

YB Khalid Samad ( Ahli Parlimen PAS Shah Alam ) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan ‘Allah’ untuk merujuk kepada kalimah ‘God’ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan ‘Allah’ hanyalah terjemahan kepada perkataan ‘God’. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez ( Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR ) mempersoalkan kenapa ‘Allah’ tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris.Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah ‘Allah’. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?


Kenapa yang ini lagi penting tapi Pas tak membantah? Ini soal aqidah..mengapa Pas menyokongnya…Jangan sesatkan lagi umat Islam di Malaysia….

7 comments:

Pewaris Melayu said...

salam hormat dari saya,
pewarismelayu

Admin said...

Salam saudari...

PAS JUGA SOKONG KRONISME!

izinkan saya linkkan blog saudari ke blog saya

www.pilihan-anda.blogspot.com

my said...

Ini bukanlah kali pertama Pas ludah dan jilat semula...dan jangan Pas lupa pula..siapa dalang sebenar majlis peguam Majlis Peguam adalah Proksi DAP!!!

mustikacitra-indah said...

salam sejahtera pewarismelayu. Artikel dalam pewaris melayu menarik perhatian mustika untuk membaca dan izinkan saya untuk copy artikel dari blog pewarismelayu.

mustikacitra-indah said...

salam sejahtera Desressurection. Terima kasih kerana sudi link kan blog mustika. Mustika juga akan turut link kan blog saudara dalam blog mustika

mustikacitra-indah said...

apa yang my sebutkan memang betul. PAS DAP dan KeAdilan sudah melampau

Pok Nik Klate said...

Inilah sedihnya apa yg berlaku dalam PAS sekarang hasil doktrin Anwar Ibrahim. Dua puak telah terbentuk dalam PAS..puak budak2 vs org tua. Puak Erdogan vs Puak Ulama. Erdogan antaranya adalah Khalid Samad, Husam Musa, Sallahudin Ayob, Hatta Ramli ( dan tak lupa juga Nik Aziz MB Kelantan yg terpesong dan dipesongkan lagi oleh Husam Musa). Puak ulama yg bertahan TGHH, Nasharudin, Azizan etc.
TGHH menentang dgn keras penggunaan ALLAH sebagai merujuk kepad tuhan dalam kristian tapi Khalid Samad (demi mengambil hati Anwar Ibrahim)..Anwar Ibrahim( demi mengambil hati penyokong kristiannya)...telah melanggar arahan TGHH dengan mengarahkan supaya org kristian tidak gentar menggunakan kalimah ALLAH sbg merujuk kpd tuhan mereka.. Kumpulan Erdogan inilah yg sekarang ini secara senyap telah memunahkan PAS dari dalam dgn menjadikan Nik Aziz MB Kelantan sebagai jurucakap dan perisai.
Inilah kelebihan Anwar Ibrahim dalam menghancurkan gerakan islam di Malaysia.. Kalau TGHH mengambil tindakan kpd Khalid Samad..keadaan PAS akan menjadi bertambah kecamuk dan buruk sekali.. dan tidak keterlaluan kalau PAS akan berpecah dua dan nasib parti itu akan lebih teruk dari UMNO (semasa team A dan team B dulu). Inilah yg merunsingkan TGHH..Puak2 Erdogan ini sudah sampai tahap tak dengar larang dan tak dengar kata. Membujur lalu melintang patah..Apa nak jadi..jadilah. Puak2 Erdogan ini telah dijanjikan pelbagai jawatan oleh Anwar Ibrahim andaikata dapat membentuk kerajaan.
Maka inilah dilema PAS dewasa ini. Kumpulan Erdogan sudah nampak jauh kedepan berbanding kumpulan ulama. Husam Musa sudah diibaratkan seperti Naib Presiden PKR daripada Naib Presiden PAS. Kata2 TGHH tidak diendahkan lagi... Bukanlah niat TGHH membenarkan Khalid Samad berkata sedemikian rupa.. ibarat kata Khalid menganggap TGHH tidak lebih dari seorang presiden PAS yg sama tidak ada kuasa macam presiden UMNO sekarang. Kata2 TGHH akan diperlekehkan oleh kumpulan Erdogan ini..Mutakhir ini hanya suara Nik Aziz sahaja yang laku dalam PAS...