Tuesday, October 14, 2008

CAKAP TAK SERUPA BIKIN

MP Batu Pahat (BN) petangpa ini di Dewan Rakyat, menegur segelintir pemimpin pembangkang yang kononnya memperjuangkan ketelusan dalam pentadbiran tetapi pada masa yang sama menyaman BPR kerana merasakan penahanan mereka oleh BPR tidak relevan.Di mana pendirian mereka terhadap rasuah?

Sebelum berjaya memegang tampuk pemerintahan suatu ketika dahulu, pelbagai dakwaan yang mereka dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain lemparkan kepada pemimpin kerajaan, kononnya ramai pemimpin kerajaan terlibat rasuah. Nampaknya sekarang, mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia pulak yang lebih.Inilah dia contoh manusia yang cakap tak serupa bikin. Kemudian bila dah pecah lubang, mulalah berusaha menutup kesalahan masing-masing dengan tindakan yang sudah dijangka, saman-menyaman pulak.Biarlah BPR membuat kerja mereka. Mustika selalu menekankan, "berani kerana benar, takut kerana salah"

2 comments:

Pok Nik Klate said...

Inilah dunia politik.Tak masuk kedalam maka tak lah dapat merasakan bagaimana sepak terajangnya. Namun begitu mana ada ahli politik yang benar2 jujur,ikhlas mengikuti lunas2 demokrasi dalam berpolitik? Yang pastinya..apa yg aku buat mesti semua betul..Apa yang kau buat mesti semua salah. Sebab itulah bahayanya politik Anwar Ibrahim ini.. Apa2 pun aku nak jadi perdana menteri. Buatlah macamana sekalipun..asalkan aku boleh jadi perdana menteri..kecelaruan pemikiran kata sigmund freud.
Jadi BPR teruskan kerja anda.. pembangkang ka..kerajaan ka salah tetap salah salah..zina tetap zina tak ada sedekahnya.

taipingmali said...

macam cerita Mat Sabu kena tangkap khalwat lah..Pas kata itu angkara UMNO , Mat sabu masuk 5 minit terus kena serbu oleh tv3.

Pada hal mereka yg dapat info kata orng UMNo dalam bilik,,tu yg seronok sangat bawa tv3.