Thursday, October 09, 2008

HINDRAF BUAT KECOH LAGI

Ketika rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut aidilfitri, negara dikejutkan dengan kekecohan yang sengaja dicipta oleh kumpulan Hindraf pada Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC.

Tanpa mempedulikan peraturan, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudahpun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi. Walaupun timbul kekecohan, mereka dibenarkan memasuki dewan atas semangat hari raya. Menurut saksi, kumpulan itu mula memotong barisan orang ramai menjelang tengah hari untuk menyerahkan patung beruang dan kad hari raya yang mereka dakwa mengandungi 300 tandatangan bagi mendesak pembebasan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.

Hakikatnya, daripada sekumpulan Hindraf yang masuk, hanya seorang sahaja yang mengucapkan selamat hari raya kepada Perdana Menteri (kenyataan Perdana Menteri sendiri), yang lain hanya menyuarakan supaya Perdana Menteri membebaskan pemimpin mereka dari ISA dan menghapuskan ISA. Di mana sebenarnya maksud sebenar disebalik hasrat untuk berhari raya dan bermaaf maafan seperti yang didakwa oleh seorang ahlinya R. Thanenthiran?

Hindraf dilihat semakin berani menunjukkan belang mereka. Sikap mereka yang biadab menjelikkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Sedarlah Hindraf di bumi mana anda berpijak sekarang.

No comments: