Tuesday, November 11, 2008

SINGAPURA: ANTARA KEHENDAK RAKYAT DAN KEKUASAAN PEMIMPIN

Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut"). Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. (nak tahu lebih lanjut, klik disini)

Apabila perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura masih belum bersedia untuk mempunyai Perdana Menteri berketurunan bukan Cina, Mustika sudah mengangak jawapan tersebut. Beliau berkata demikian ketika sessi dialog bersama anggota masyarakat Melayu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Sedar atau tidak, sebenarnya kaum minoriti di negara tersebut sebenarnya kepingin untuk mendapat peluang dan ruang supaya kepimpinan negara itu dipegang kembali oleh Melayu.

Tak nak cakap banyak.

Zaman sekarang....lagi banyak kita cakap, lagi banyak orang manipulasi cakap kita. Cakap sikit-sikit pun orang dah paham sebenarnya. Tak perlu panjang lebar sangat....


1 comment:

bungaraya said...

mungkin banyak kekurangan kepada masyarakat melayu Singapore. Pertama mereka bukan lah golongan majoriti diRepbublik itu. Kedua mereka tidak langsung menguasi kedudukan ekonomi Pulau tersebut. Ketiga taraf pendidikan mereka juga rendah dibanding Cina dan India. Keempat mereka tidak suka kepada pergeseran. Keempat kepimpinan masyarakat Tionghua tidak menjahanamkan mereka secara terang-terangan.

Silalah layari saya di chilliriver.blogspot.com dan muatkan komen terbaik anda. Thanks.