Saturday, April 24, 2010

JADIKAN PERISTIWA KAMPUNG BUAH PALA SEBAGAI PENGAJARAN

Masihkan ingat pada peristiwa Kampung Buah Pala yang menjadi hangat diperkatakan di seluruh negara sekitar akhir tahun 2009?

Kampung ini pada asalnya adalah penempatan untuk pekerja ladang yang bekerja dengan keluarga Mr. Brown. Apabila keluarga Brown meninggalkan Pulau Pinang, tanah Kampung Buah pala telah dijanjikan kepada penduduk-penduduk di sana melalui penubuhan Amanah Perumahan (Housing Trust). Kampung Buah Pala yang juga dikenali sebagai High Chaparral oleh rakyat Pulau Pinang kerana kampung ini terletak di atas sebuah bukit kecil di Bukit Gelugor. Penduduk Kg. Buah Pala sudah menetap di kampung tersebut sejak 5 generasi atau hampir 200 tahun.


kerajaan DAP yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008 yang meluluskan dokumen tukar hak milik Kampung Buah Pala. Kerajaan kepimpinan Pakatan Rakyat meluluskan cadangan projek oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Nusmetro Venture Sdn Bhd untuk membina kondominium mewah di tapak tanah Kampung Buah Pala. Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan untuk memberhentikan atau membekukan proses pindah milik tanah, sebaliknya berpihak kepada pemaju dalam mengusir penduduk dari Kampung Buah Pala. Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya membela rakyat dan bukannya berdegil dan mendahulukan kepentingan pemaju.


Apa yang berlaku sebenarnya rakyat di Pulau Pinang terpedaya dengan janji-janji Pakatan Rakyat yang hanya mementingkan perjuangan individu semata-mata.


Justeru, Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C Thamaraj meminta pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji , tidak amanah dan jujur dalam mentadbir. Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menjanjikan sebuah banglo untuk pampasan kepada penduduk Kampung Buah Pala namun ianya hanya janji kosong semata-mata.


Mustika juga ingin menyeru kepada semua pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar membuat pilihan yang bijak dan tidak terjerat dengan helah Pakatan rakyat yang terang-terangan sudah TIDAK RELEVAN....




No comments: