Wednesday, April 21, 2010

NAJIB JAWAB TUDUHAN ANWAR AL JUBURI


Putar Belit Pembangkang, Kita Bukan Melutut

Apr 21st, 2010 | By Isa Nikmat | Category: Berita Pilihan

TOKYO, 21 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan Malaysia tidak pernah dan tidak akan melutut kepada sesiapapun, termasuk Amerika Syarikat kerana kerajaan mempunyai pendirian sendiri atas dasar dan prinsip serta cara dan pendekatan yang berbeza.

Perdana Menteri kesal kerana kunjungannya ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Barack Obama, baru-baru ini, diputarbelitkan pihak pembangkang dalam kempen di Hulu Selangor bagi menggambarkan kononnya Malaysia tunduk kepada Obama dan Amerika Syarikat

.

“Bila kita tak berbaik dengan Amerika Syarikat, mereka dakwa Amerika ‘reject’ kita. Bila kita baik dengan Amerika, mereka tuduh pula kita melutut kepada Amerika. Mereka akan pusing dan putar belit apa saja yang kita buat untuk mengelirukan rakyat.

“Inilah taktik politik tidak beretika. Malah, ada yang sanggup bayar sehingga menggoncangkan iman seseorang semata-mata untuk menyebarkan fitnah,” katanya pada sidang media di akhir lawatannya ke Jepun, malam tadi.

Najib sepatutnya mengakhiri lawatannya hari ini, namun lawatan rasmi empat harinya terpaksa dipendekkan kepada tiga hari bagi membantu kempen di Hulu Selangor, sekali gus memperbetulkan fakta yang diputarbelitkan pihak tidak bertanggungjawab mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, semua acara rasminya di Jepun sudah selesai malam tadi dan hari ini beliau hanya dijadualkan mengadakan sidang media kepada media Malaysia sebelum berlepas pulang, kira-kira jam 10 pagi ini. Justeru, kepulangan beliau kira-kira 12 jam lebih awal itu tidak menjejaskan jadual lawatan rasminya ke Jepun.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan pelajar dan rakyat Malaysia di Jepun, Najib berkata, beliau akan turun padang di Hulu Selangor sebaik pulang ke tanah air, hari ini.

“Saya akan pulang malam ini (malam tadi) dan sampai di Kuala Lumpur subuh esok (pagi ini). Esok (hari ini) saya akan turun padang ke Hulu Selangor. Saya akan ambil peluang perbetulkan keadaan dan fitnah yang disebarkan,” katanya.

Beliau berkata, kehadirannya pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington seharusnya dianggap sebagai penghormatan kepada negara kerana hanya 47 ketua negara dijemput dan pemimpin sembilan negara termasuk Malaysia saja diberi peluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Obama, manakala lebih 150 negara tidak dijemput ke persidangan itu.

“Saya tidak anggap ini sebagai menandakan kita nak melutut kepada Amerika Syarikat. Jauh dari itu ia adalah satu pengiktirafan besar buat Malaysia.

“Kalau tidak kerana kita berjaya, jika tidak kerana kita memberi nilai kepada hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat dalam menangani isu global dan kalau tidak kerana Malaysia sebuah negara yang diiktiraf, saya tidak fikir Obama akan beri masa kepada saya untuk mengadakan pertemuan dua hala dengan beliau, malah Malaysia mungkin tidak diundang ke persidangan itu,” katanya.

Najib berkata, apabila Malaysia menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat, ia tidak bermakna Kuala Lumpur melutut kepada negara terbabit.

“Bila kita rapat dengan pemimpin dunia, kita boleh menegur mereka secara berhemah sebagai rakan yang saling hormat menghormati antara satu sama lain, bukan dengan mengkritik atau berbalah secara terbuka,” katanya.

Mengenai lawatannya ke Jepun, Najib menganggapnya sebagai berjaya dan menyeluruh dengan beliau sendiri berpuas hati dengan lawatan sulungnya ke Jepun sebagai Perdana Menteri itu.

“Lawatan ini mengesahkan komitmen mendalam kedua-dua negara untuk terus bukan saja memperkukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga mengembang, membangun dan menentukan hala tuju baru dalam konteks hubungan antara dua negara,” katanya yang terharu kerana lawatannya dinaik taraf menjadi lawatan negara dengan beliau ditempatkan di Istana Akasaka selama di sini. -MediaUMNO/BHarian

No comments: