Friday, April 23, 2010

TUN MAHATHIR MINTA PENGUNDI DI HULU SELANGOR MENGUNDI BN

SUMBER:JEBAT BERKOKOK

Hulu Selangor: Terima kasih Tun Mahathir

Sesuatu yang agak memeranjatkan apabila Tun Mahathir, idola kepada seluruh rakyat Malaysia turun berkempen untuk calon Barisan Nasional, P.Kalamanathan. Sesuatu yang tidak terduga, apabila Tun Mahathir yang pada awalnya mengatakan yang beliau tidak akan turun berkempen di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor tiba-tiba muncul di Serendah untuk membantu jentera pilihanraya BN dan calon BN. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Tun Mahathir kerana sudi meluangkan masa membantu. Sebenarnya ucapan terima kasih ini tidak memadai sekiranya hendak dibandingkan dengan jasa yang telah Tun curahkan kepada Malaysia.

Sambil mendengar ucapan Tun Mahathir tadi, kepala aku ligat berpusing memikirkan sebab dan musabab Tun turun berkempen sedangkan Tun telah mengatakan yang Tun tidak akan turun berkempen di Hulu Selangor. Inilah kehebatan yang ada pada Tun kerana semasa ucapannya itu, Tun telah memberikan aku jawapan kepada persoalan yang berlegar di dalam kepala aku. Sebabnya Tun turun berkempen di Hulu Selangor : KERANA TUN PERCAYA AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DATO' SRI NAJIB. Ini diakui oleh Tun sendiri bilamana Tun mengatakan yang rakyat akan kembali kepada BN kerana Malaysia sekarang mempunyai Perdana Menteri yang bijak.

Di dalam ucapannya, Tun turut memuji calon BN yang katanya ikhlas, baik dan fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa India. Tun turut berkata, rakyat Hulu Selangor tidak seharusnya memilih Zaid Ibrahim dan Zaid Ibrahim diibaratkan seperti katak dan kacang yang lupakan kulit. Tambah Tun, Zaid Ibrahim menjadi kaya raya kerana syarikat guamannya banyak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional dan apabila sudah kaya Zaid Ibrahim menjadi lupa diri dan lupakan orang yang membantunya. Dan keadaan ini memungkinkan Zaid melupakan orang-orang Hulu Selangor justeru Zaid Ibrahim tidak selayaknya menjadi wakil rakyat bagi orang-orang Hulu Selangor.

Kita terimalah nasihat dari Tun, orang yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Jika satu dunia mengagumi kebolehan dan menerima pakai apa yang Tun katakan, adalah amat malang jika orang-orang Hulu Selangor sendiri tidak mahu mengambil pakai apa yang Tun nasihatkan.

Mustikaindah: TUN MAHATHIR SANGGUP TURUN BERKEMPEN UNTUK CALON BN. TABIK SPRINGGGGG UNTUK TUN. TERIMA KASIH TUN. WALAUPUN SUDAH BERSARA DARI KERAJAAN, TUN MASIH SETIA DENGAN MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN YANG LAIN. KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN, TERUSKAN PERJUANGAN. KERANA PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI......................

No comments: