Wednesday, June 25, 2008

MP SEKIJANG WASPADA TERHADAP GEGARAN

MP Sekijang (BN), Datuk Baharum Mohamad telah menimbulkan fenomena gegaran yang berlaku di Genting Highlands dan Bukit Tinggi, Janda Baik walaupun skala gegaran agak kurang dan tiada kemusnahan berlaku, namun kejadian ini telah menakutkan penduduk tempatan dan juga pelancong-pelancong yang berminat melawat kawasan-kawasan indah di sekitar Genting Highlands. Gegaran ini juga boleh membawa kesan kepada terowong utama di Karak.

MP Sekijang merasakan bahawa kerajaan perlu tingkatkan perhatian kepada perkara ini kerana dikuatiri agar tidak terperangkap sekiranya berlaku gegaran besar seperti di China baru-baru ini. Pandangan MP Sekijang juga turut disokong oleh MP Marang (PAS) yang meminta kerajaan mengkaji gejala gegaran walaupun pakar-pakar kerajaan merasakan perkara ini tidak membimbangkan.

Kami pemerhati politik menghargai kebimbangan MP Sekijang kerana beliau berfikiran jauh. Perkara ini patut juga disokong oleh semua ahli dewan termasuklah pembangkang kerana gegaran ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja seperti yang penah berlaku di Iran, Sumatera dan yang terbaru Jepun. Wira berdoa supaya Malaysia dijauhkan dari bencana ini.

oleh: pemikir malaysia

No comments: