Monday, June 30, 2008

WISMA PUTRA PERLU PROTES CAMPURTANGAN TURKI DALAM URUSAN MALAYSIA


Pemerhati dari Utara sudah lama tahu bahawa DSAI ini memang tidak sepi membuat pembohongan di dalam dan luar negeri. Di dalam negeri sejak beliau menghadapi kes liwat penghujung 1990-an beliau tidak berhenti-henti cuba memesongkan minda rakyat supaya membenci kerajaan. Beliau tegak-tegak mengatakan bahawa kerajaan yang berbohong dan beliau adalah betul. Ini adalah cara beliau sehingga rakyat Malaysia dikelirukan.

Kini, beliau cuba menidakkan laporan liwat kepada polis pada 28 Jun 2008. Pengkritik-pengkritik mengatakan bahawa kerajaan sengaja mengada-adakan laporan ini. Beliau menuduh orang-orang tertentu dalam kerajaan cuba menjatuhkan beliau. Tetapi beliau tidak mengambil tindakan-tindakan lazim untuk mungkin menggunakan masjid dan al-quran serta bersumpah bahawa beliau tidak melakukan tindakan tidak senonoh ini. Sebaliknya beliau mendapat simpati negara asing untuk kononnya menyelamatkan diri. Ini mungkin berlaku kerana kewujudan persefahaman PKR dengan parti berunsur keadilan yang terdapat di Turki.

Pemerhati bimbang bahawa apabila sudah berbohong sekali, beliau akan terus berbohong lagi. Kita tidak tahu apa yang DSAI telah berbohong kepada Presiden dan Duta Besar Turki. Orang Turki ini tidak memahami politik dan kebudayaan Malaysia. Kedutaan Turki sepatutnya tidak melayani DSAI yang terlibat dalam kes jenayah. Kenapa Kerajaan Turki benak sangat sampai mempercayai DSAI?

Pemerhati memohon Wisma Putra mendapatkan kerjasama Kerajaan Turki memberi penjelasan di samping memprotes tentang tindakan pihak kedutaannya campur tangan dalam urusan negara Malaysia.

oleh: Pemikir Negara

No comments: