Kepada Generasi muda remaja, Golongan bijakpandai, pelayar internet sekalian, tolong sampaikan kepad seberapa banyak Pengundi melayu di Kuala Trengganu yang akan mengundi tidak berapa lama lagi, bahwa mereka kena ingat satu perkara.
Yakni PERTAHANKAN KEKUASAAN POLITIK MELAYU DIMALAYSIA INI DENGAN MENGGUNDI UMNO. Jangan lagi kita berpecah belah, yang menyebabkan kita kehilangan kuasa yang akan menentukan masa depan agama dan bangsa kita serta juga negara kita.INGAT!!! Jangan bermain dengan api.Jangan marahkan nyamuk, kelambu kita bakar.
UMNO kenalah memberikan keyakinan kepada rakyat Kuala Trengganu, bahawa ia akan memerintah Malaysia dengan adil dan saksama disamping berterusan memelihara KETUANAN MELAYU dengan sebaiknya seperti sediakala. Sediakala bermaksud selama ini UMNO telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang BENAR-BENAR memperjuangankeujudan melayu sebagai rakyat sejati Malaysia.
Dan melayu tidak hilang dalam dunia ini. Dihormati sekalipun di Antartika. Didalam UMNO, melayu terkenal diseluruh dunia. Bangsa-bangsa lain, senang dan selesa duduk dibawah pemerintahan UMNO. Kita melayu harus lebih selesa drp mereka kerana kita dipimpin oleh bangsa kita sendiri. Pada masa ini kita lemah kerana kita telah pecah tiga. Kita harus perkuatkan semula kedudukan kita.
Apabila kita kuat, semua kawan dan lawan akan menghormati dan takut akan kita. Ketika itu apa hukum pun boleh kita laksana, termasuk hukum Hudud. Jangan kerana kita berbeda pendapat, kita tubuh banyak "flatform". Bukankah kita boleh berbincang dalam satu parti?. Kita boleh bertelagah dalam parti yang hanya satu. Tidak perlu kita banyak parti kerana itu memungkinkan kita membakar kelambu kita sendiri. memungkinkan kita hanya menang sorak, tapi kampong tergadai. Tengok Di Perak, PAS ikut menang dalam Angkatan Rakyat dan PAS menjadi MB Perak.
Apa yang boleh kita buat menjadi seorang MB yang lemah? Hanya menjadi Boneka DAP semata. Di Pulau Pinang juga sebagai contoh nyata. Kita (PAS) hanya membantu kemenangan DAP sehaja. Usahkan hukum hudud, DEB pun entah kemana.Penggundi Kuala Trengganu hendaklah menjadikan keadaan sekitarnya masa kini itu sebagai tauladan yang baik untuk dicontohi.
Jangan mengundi mengikut hawa nafsu. Undilah mengikut fikiran yang rasional.
No comments:
Post a Comment