Thursday, May 28, 2009

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai 14 Julai: SPR

Berita Harian Online

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan akan diadakan pada 14 Julai 2009, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Julai 2009. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu pejabat SPR, sebentar tadi. Kekosongan kerusi DUN itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Ismail, 60, mula memenangi kerusi DUN Manek Urai pada pilihan raya umum 1985. Beliau meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ-II), Kota Bharu kira-kira jam 5.55 pagi kerana sakit jantung selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 26 April lalu. Allahyarham adalah antara wakil rakyat Pas paling lama di Kelantan apabila menjadi Adun Manek Urai selama lima penggal sejak 1985. Hanya pada Pilihan Raya Umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi itu, sebaliknya diwakili Zamzuri Mat Lazim, yang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 53 undi.

Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai, dipilih semula bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2008, dan berjaya menewaskan Mohamed Zulkifli dengan majoriti 1,352 undi.

Mustikaindah: Harap BN dapat merasmpas kembali kerusi DUN Manek Urai.....
BN menumpukan kepada kempen secara mesra rakyat iaitu dari rumah ke rumah dan warung ke warung. Pendekatan mesra ini diharap bukan sahaja dapat memenangi hati rakyat malah dapat menyelami isi hati serta masalah yang dihadapi penduduk menerusi perbualan dan sesi penerangan yang dibuat tanpa sebarang protokol rasmi. Mustika bersetuju dengan pendekatan yang diambil BN dan UMNO khususnya ini.

Wednesday, May 27, 2009

RUMAH BANGSA - 1MALAYSIA

Kita mulakan langkah baru
mengiringi visi tak terbatas
dari mata jiwa seorang wira bangsa
demi tanah tumpah darah,
mendukung misi ke martabat tertinggi dunia
dengan tapak teguh perpaduan,
dipandang hormat kawan dan lawan.

Ini tugas kita,
hasrat membina rumah bangsa
dengan kudrat pengalaman terhimpun berdekat lama,
azam tak terpadam,
semangat panas membara.

Lapan pasak kukuh,
menunjang jauh di setiap sudut
berhimpun segala tenaga mengagih beban dengan saksama.

Lapan mata tangga,
lurus bertingkat diukur
sama berganding bahu
melangkah sempurna.

Lapan pintu terbuka,
menyambut girang warga setia
ikhlas bertindak, rendah jiwa,
mengukuh wasilah setiap masa.

Lapan jendela bertabir mesra,
membiar semilir jujur menyapa
dada sarat menakung janji,
menyirat ikatan penuh percaya
hati menerima penuh rela.

Lapan penjuru berlantai rata,
bersimpuh tenang menyingkap rahsia
membuka luas mata dan minda,
mencari landasan menakluki dunia
jangan bangsa mudah terpedaya.

Lapan tiang berdiri sempurna,
walau diterjah badai sengsara
tabah bertahan meredah masa
semangat tak luntur setapak tak undur
berjuang bagai seorang satria.

Kita bumbungkan rumah ini
dengan impian gemerlapan
kita palitkan warna damai perpaduan
kita terangi dengan kerlipan cahaya ilmu
kita bukakan pintu biar tetangga bertamu
kita hidang segala bakti
untuk yang perlu kita hiasinya
segala termampu kita namakan
1Malaysia,

terhimpun di dalamnya segala
amanah menuntut keringat semua.

Di bahu kitalah segalanya tersirat
memikul lapan tiang utama
visi dan misi wira negara.

Cemerlang bertindak,
usaha berganda,
tepat sasaran tinggi nilainya.

Ketabahan dipupuk menahan dugaan,
sabar mendaki liku rintangan.
Menyusur reba tunduk berisi,
rendah hati menambat mesra.
Mengukur hajat biar sepadan,
menerima dengan lapang dada.

Setia bertempat bijak mentafsir,
jauhkan diri mengikut hati.
Keupayaan dijulang,
meritokrasi dilaksana,
adil bertindak menegak yang hak.

Ilmu ditimba menambah khazanah,
jalan utama dipandang mulia.
Jujur mengatur lidah,
berani kerana benar,
integriti teras jati diri.

Mari kita pelihara rumah ini,
kita suburkan halamannya
dengan bunga janji mekar mewangi
biar ia bertambah seri,
warisan penentu generasi muka
1Malaysia lestarikan dijiwa,
sepanjang hayat membangun nusa.


Baha Wahab
Kulai Jaya –

Sajak ini pernah dibacakan di Laman Santai Istana Budaya.....
Jika kita menghayatinya.....pasti ada maksud tersirat yang mampu kita rungkaikan

PKR DAN AMALAN RASUAH: MENGETUK DULANG PAKU SERPIH

Calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Penanti, Aminah Abdullah semalam menyerahkan kepada dekoder MP4 yang mengandungi rakaman perbualan berkaitan tawaran PKR kepada beliau. Malah beliau turut menyerahkan sekeping cakera padat (cd) dan 3 cetakan gambar pertemuannya dengan ahli PKR kepada SPR Pulau Pinang.

Antara tawaran yang dikemukan kepada Aminah:

1) Ganjaran wang tunai sebanyak RM80,000
2) Jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

kedua-dua ganjaran di atas ditawarkan kepada Aminah jika beliau bersetuju menarik diri dari bertanding pada PRK DUN Penanti.

Manakala jika Aminah enggan menarik diri dan menang pada PRK tersebut, beliau tetap ditawarkan ganjaran berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dengan syarat beliau menyertai semula parti berkenaan.

Apa yang menariknya......... Aminah merakama perbualan ini dan semestinya menjadi bahan bukti utama Aminah disogok dengan pelbagai ganjaran yang mampu mengaburi mata. Yang menariknya lagi, sudah menjadi tabiat ahli dan pemimpin PKR merakam segala perbualan yang berlaku antara mereka dan 'orang luar'. Malah Aminah juga tidak menolak kemungkinan perbualan mereka turut dirakam oleh ahli PKR tersebut.

Mustika: Aminah dahulu bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang...............
PKR dan amalan rasuah bukan perkara baru. Namun mereka lebih suka mencanangkan amalan rasuah dalam BN dan kerajaan sedangkan mereka lah yang sebenarnya mengamalkan rasuah dan sogok menyogok ni. Ibarat peribahasa mengetuk dulang paku serpih.

Monday, May 25, 2009

PEMIMPIN ISLAM PR JADIKAN AGAMA SEBAGAI PERMAINAN POLITIK

Mogok lapar yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat Perak bermula esok (selasa) akan menyaksikan satu lagi sandiwara mereka merealisasikan angan-angan mat jenin mereka. Dan bagi pemimpin dan penyokong PR yang beragama Islam pula, mereka akan berpuasa selama 3 hari. Yang ini Mustika boleh fikir positif sikit....Takpelah.......mungkin mereka ni nak buat puasa ganti kot.... Biarkanlah.....dapat pahala...

Namun, yang tidak sedap didengar tu......mereka berpuasa semata-mata untuk kepentingan diri dan bukannya berasaskan kepada kewajipan dan rasa tanggungjawab terhadap agama! Mana boleh jadi macam ni! Agama pula yang dijadikan alat permainan mereka. Astargfirullahalazimmmmmm...................

Sungguh MEMALUKAN... Yang lucunya...... puasa sunat mereka ini akan diteruskan setiap awal bulan sehinggalah Sultan Perak bersetuju membubarkan DUN. Apa nak jadi dengan pemimpin Islam PR sekarang? Belajarlah menerima hakikat kerana hakikat ini merupakan takdir yang ditentukan Yang Maha Esa. Percayalah kepada qada' dan qadar.

Friday, May 22, 2009

Zambry kekal MB Perak

sumber: BERITA HARIAN ONLINE

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi sebelum ini. Persidangan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Raus Mohd Shariff bersama Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, sebulat suara membuat keputusan itu selepas meneliti hujah lisan dan bertulis dikemukakan peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah serta celahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

MUSTIKAINDAH: SYUKUR ALHAMDULILLAH........

Thursday, May 14, 2009

KEMELUT POLITIK DI TERENGGANU HAMPIRI JALAN PENYELESAIAN

Kemelut politik di negeri kelahiran Mustika masih lagi dalam keadaan yang merungsingkan. Kalau di negeri Perak, BN 'lawan' Pembangkang, di negeri Terengganu pula, BN vs BN....(itu kata kawan Mustika).

'Perang dingin' yang berlaku dalam politik BN di Terengganu, umum sedia maklum antara bekas Menteri Besar Terengganu, penyokong Dato' Sri Idris Jusoh dengan penyokong Menteri Besar sekarang, Dato' Ahmad Said. Tidak habis di situ, timbul pula kes sms 'layang' dan fitnah yang menyebabkan sidang DUN negeri itu hampir lengang tanpa kehadiran penerima sms (wakil rakyat BN jugak).

Berita di radio pagi tadi mengkhabarkan kesediaan bekas MB, dan MB Dato' Ahmad Said bersama-sama wakil rakyat Terengganu yang lain untuk duduk semeja dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk parti dan rakyat.

p/s: Sudah-sudah lah tu...............

Wednesday, May 13, 2009

Pelabur usah bimbang: MB Perak


IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pelabur tidak perlu bimbang untuk menjalankan perniagaan di negeri itu selepas kemelut yang berlaku kebelakangan ini. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco tengah hari ini, beliau berkata, keadaan di Perak tenang dan semua aktiviti termasuk ekonomi dan perniagaan berjalan seperti biasa.

sumber: Berita Harian Online

Mustikaindah harap sangat keadaan di Perak akan sentiasa tenang selepas ini.....

Biarlah kemelut yang berlaku di negeri itu berakhir tanpa sebarang kekecohan, ketegangan mahupun pertumpahan darah. Situasi tersebut bukan sahaja akan menjejaskan nama baik negeri dan pemimpin negeri serta menambah kebimbangan pelabur, malah akan menyumbang kepada penurunan jumlah pelancong.
Umum juga mengetahui sektor pelancongan di negeri itu juga banyak menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat. Malah ada antara penduduk di negeri itu yang bergantung hidup kepada industri pelancongan dengan menjual hasil pembuatan seperti labu sayong kepada pelancong. Sebagai rakyat Malaysia yang dianugerah Tuhan dengan akal fikiran yang sempurna, kita haruslah sama-sama berganding bahu memastikan negeri Perak akan terus berkembang maju dalam suasana yang aman damai. Kepada penyokong pembangkang, hentikan lah kekecohan. Tak ada faedah pun........ Ibarat pepatah, "menang jadi arang, kalah jadi abu". FIKIR-FIKIRKANLAH BERSAMA.

KEMELUT DI PERAK PERLU DIAKHIRI SEGERA

Krisis politik yang berlaku di negeri Perak sudah berlanjutan lebih dari 100 hari selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Kemuncak krisis itu menyaksikan kekecohan yang berlaku lebih lima jam ketika mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sehingga terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini telah memutuskan Mohammad Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dipohon Zambry.

Sampai bila kemelut ini akan berterusan? Hingga kini rakyat akan terus tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan berhubung kemelut politik di Perak. Malah, Dato' Seri Najib juga sudah menyatakan kesediaan kerajaan untuk bekerjasama dengan pembangkang bagi mencari titik persamaan dan jalan penyelesaian berhubung isu itu. Namun, Perdana Menteri mengatakan bahawa pembangkang tidak boleh meletakkan sebarang syarat jika benar-benar mahu berbincang dengan Barisan Nasional (BN) bagi mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak. Malah pembangkang juga perlu menghormati pendirian kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama supaya krisis itu dapat diselesaikan secara baik.

Mustika melihat tindakan duduk semeja dan berbincang lebih baik dari mencari kata putus di 'jalanan' seperti yang dilakukan oleh pembangkang sebelum ini. Tindakan kerajaan ini di lihat sebagai satu usaha yang terbaik demi menjaga keharmonian dan kepentingan rakyat jelata di negara ini umumnya dan di negeri Perak khususnya....

Zambry memasuki pejabat jam 9.20 pagi

BERITA HARIAN ONLINE

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tiba di pejabatnya jam 9.20 pagi tadi dan dijadual mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco negeri, tengah hari ini. Tinjauan mendapati keadaan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri juga tenang, pagi ini.


Mustikaindah: Ketenangan yang dicari............