Tuesday, June 16, 2009

NIZAR JADI SAMSENG DALAM DEWAN RAKYAT

Datuk Seri Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang cuba berlagak samseng dan biadap di dalam Dewan Rakyat semalam memaksa Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil keputusan menggangtung Nizar dari menghadiri sidang Parlimen selama 2 hari. Keputusan Speaker ini ekoran kedegilan Nizar mematuhi arahan selepas tidak menghiraukan arahan Speaker supaya membuka lilitan pada songkok, kepala atau lengan yang bertulis "BUBAR DUN".

Selain Nizar, turut digantung ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP- Beruas), Ngo Kor Ming (DAP-Taiping), N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Padang Sena), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai). Manakala lebih kurang 20 orang penyokong mereka yang duduk di galeri pemerhati turut diarah keluar dewan.

Speaker Dewan turut menyelar tindakan Nizar yang dianggap sebagai membawa budaya samseng sehingga ke dalam Dewan. Ini kerana Parlimen samada Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara merupakan tempat menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat atau wakil kepada rakyat selain menyumbang kepada khidmat kepada rakyat. Rata-rata berpendapat tindakan Nizar ini begitu memalukan dan tidak menggambarkan contoh kepada masyarakat.

celoteh tidak rasmi Mustika: NIZAR SEBENARNYA GILA KUASA.... TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN BELIAU BUKAN LAGI MENTERI BESAR PERAK.....

2 comments:

Anonymous said...

Hoi,
Yang samseng itu ialah Speaker Dewan, MPs dari UMNO dan polis, dan IGP itu bapak samseng!

mustikacitra-indah said...

saudara/saudari,

Tindakan NIzar jelas melanggar etika dan tatasusila ketika berada di dalam Dewan Rakyat.... Mengapa membutakan mata dan memekakkan telinga apabila berdepan dengan kenyataan yang benar?