Pegang lilin haram di sisi Islam: Harussani
SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.
Muft:i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.
:“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.
B:eliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes.
:Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu.
“Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka.
“Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya.
Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.
Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri M:ohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE
MUSTIKAINDAH: TINDAKAN NIZAR DILIHAT SEBAGAI MENGHINA AGAMA ISLAM. KALAU MUFTI SENDIRI SUDAH MENGELUARKAN KENYATAAN BEGITU MENGAPA KITA HARUS MENYOKONG TINDAKAN NIZAR? TAKKAN MUFTI PUN ADA MOTIF POLITIK JUGAK. NIK AZIZ TUTUP MULUT DAN TAK MAHU KOMEN LEBIH-LEBIH. KATANYA, ISU INI SENGAJA ORANG BN BANGKITKAN BERLANDASKAN POLITIK SEMATA-MATA...................... HELLLLOOOOOOO NIK AZIZ, YANG GUNA AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK CUMA SATU...... PAS!!!!
Sah! Kes Najib Razak Cacat
-
Pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berpotensi membuka mata
ramai.Beliau menyatakan bahawa pendakwaan terhadap beberapa kes susulan PRU
2018 a...
16 hours ago
4 comments:
KALAU TAK TAHU TENTANG KRISITIAN, JANGAN CAKAPLAH TUAN MUFTI.....JIKA TUAN MUFTI BOLEH TUNJUK SATU BUKTI DI DALAM KITAB INJIL YANG MEMPUNYAI PEMEGANGAN LILIN, SAYA AKAN RESPEK TUAN MUFTI.....TETAPI TIDAK PERNAH DISEBUT PUN DALAM AGAMA KRISTIAN MENGENAI PEMEGANGAN LILIN.....JIKA LILIN MENGGAMBARKAN AGAMA KRISTIAN, MENGAPAKAH KITA KATAKAN BAHAWA "GURU ADALAH LILIN"??????
LILIN HANYA MENGGAMBARKAN TANDA HORMAT DAN PENGORBANAN SAHAJA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN AGAMA KRISTIAN!!!!!!!
KALAU BOLEH, BUKALAH KITAB INJIL DAN BUKTIKAN NIZAR SALAH, KALAU TAK BOLEH BUKTIKAN, TUuTP MULUT ANDA!!!!
agama tu politik le..politik xde agama macamana ye..? u luv islam..?
yang tak ada name........ jangan lah terlalu emosional. Perkara macam ni memerlukan kajian dan kefahaman mendalam, bukan ikut perasaan semata-mata. Mustikaindah menghormati agama yang dianuti pelbagai kaum di negara ini....
xdetiub......... i luv islam. Cuma janganlah membiarkan politik membayangi islam tetapi biarkanlah islam membayangi politik........
Mulut mustikaindah tak perlu ditutup sebab mustikaindah menggunakan jari jemari untuk menyampaikan apa yang perlu disampaikan kepada rakyat.
yeeaa sesuatu itu perlu dihalusi jgn digelojohi akhirnya kena batang hidung sendiri...
http://zulmin.blogspot.com/
Post a Comment