Thursday, April 22, 2010

KERAJAAN KHALID GAGAP MAHU ANIAYA YBK

JAWAPAN ISU-ISU TANAH YANG DIBANGKIT OLEH
KERAJAAN NEGERI SELANGOR


“Selepas ‘merampas’ tanah Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyemak harta-harta lain yang dimiliki oleh YBK”.


Merujuk kepada kenyataan di atas, pihak Yayasan ingin menyatakan bahawa tidak ada peruntukan undang-undang dalam UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengaudit urusan kewangan YBK. Perkara ini jelas terkandung di dalam KLAUSA 16 UNDANG-UNDANG TUBUH YBK, yang turut memperuntukan bahawa hanya firma akauntan bertauliah yang dilantik Lembaga Pemegang Amanah berhak untuk mengaudit urusan kewangan YBK.

MUSTIKA: DALAM ERTI KATA YANG MUDAH, KERAJAAN NEGERI TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK CAMPUR TANGAN DALAM URUSAN KEWANGAN YBK.

Bagaimanapun, kami tidak ada halangan kepada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk menyenaraikan dan mengaudit harta-harta yang telah diluluskan kepada YBK. Usaha tersebut akan turut mengesahkan kenyataan kami mengenai senarai tanah yang telah diluluskan kepada YBK.

Untuk makluman umum, projek-projek berikut telah dibangunkan ke atas tanah-tanah yang telah diluluskan kepada YBK.

1 - TANAH DI SERENDAH ( 6 ekar)

Tanah ini telah dibangun sebuah Kompleks Asrama Kasih yang dibina pada tahun 1994 bagi menempatkan seramai 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Sehingga kini seramai 2173 orang telah mendapat manfaat daripada program ini.

MUSTIKA: YBK TELAH MENAUR BAKTI DEMI MEJAGA KEPENTINGAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN

2 - TANAH DI KUALA SELANGOR @ MUKIM API-API ( 5.4 EKAR)

Tanah ini telah dibangunkan sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang dikenali sebagai Pusat Latihan YBK yang dibina pada tahun 1992. Sehingga kini PLYBK telah melahirkan seramai 1504 pekerja mahir. Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kursus Mekanik Kenderaan Motor (Automotif), Kursus Lukisan Pelan, Kursus Lanskap, Kursus Elektrik dan Kursus Pemasangan Penyaman Udara.

MUSTIKA: YBK BERUSAHA MELAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR DEMI MENINGKATKAN TARAF EKONOMI RAKYAT


3 - TANAH DI RAWANG ( 8 EKAR) & SERENDAH ( 8 EKAR)

Tanah ini sedang dibangunkan sebagai projek perumahan dan kormesil sebagai usaha YBK untuk mempertingkatkan nilai tanah. Projek ini diharap dapat membiayai semua program pembasmian kemiskinan oleh YBK tanpa mengharap ehsan masyarakat di masa akan datang.

MUSTIKA: YBK BERUSAHA MENAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT DI SELANGOR


MUSTIKA: KERAJAAN KHALID GAGAP SEOLAJ-OLAH TERLALU 'TERLIUR' UNTUK 'MELAHAP' KEPENTINGAN YBK. MENGAPA? KERANA NILAIAN TANAH YBK MAMPU MEMBUATKAN KHALID GAGAP DAN KRONI-KRONINYA MAMPU 'MAKAN MEWAH' WALAUPUN SUDAH TIDAK MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN NEGERI SELANGOR

No comments: