Tuesday, May 13, 2008

MP KOTA RAJA MASIH KEBINGUNGAN

MP Kota Raja (PAS) telah menyentuh beberapa perkara yang telah disentuh oleh sahabat-sahabatnya dalam Dewan. Perkara-perkara yang ditimbul adalah perkara lazim seperti ISA, penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains, isu aurat, wanita dan isu doktor-doktor perubatan.
Beliau berhujah mengenai ISA. Beliau telah menyentuh tentang kedudukan keluarga-keluarga tahanan ISA. MP Kota Raja bukannya tidak faham mengenai kebaikan ISA tetapi sengaja membahaskannya kerana tidak ada modal. Beliau perlu tahu bahawa ISA lah yang telah berjaya membawa ketenteraman kepada rakyat Malaysia. ISA lah yang telah dapat memerangi Parti Komunis Malaya, terrorisme dan gejala-gejala ekstremisme yang lain. Di UK dan di US juga telah diwujudkan akta-akta terrorime demi menjaga kesejahteraan rakyat negara-negara tersebut terutama setelah berlakunya Peristiwa 11 September.
Mengenai isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains, ini telah dibuat kajian impirikel oleh Kementerian berkenaan kerana ia melibatkan pelajar-pelajar itu dan juga kos. Kerajaan akan kerugian besar sekiranya program ini memberi permasalahan sebaliknya penggunaan Bahasa Inggeris mempunyai ramifikasi positif yang sangat luas. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai Sains dan Matematik dan sekaligus bahasa Inggeris yang diguna secara meluas di dunia. Penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar bumiputera di luar bandar khususnya akan memperkayakan minda dan pengalaman mereka demi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.
MP Kota Raja perlu merenungkan nasib pelajar-pelajar Bumiputera kerana kerajaan bukan membuat sesuatu program sesuka hati. Sepatutnya beliau memberi sokongan penuh kepada merealisasikan hasrat murni kerajaan Barisan Nasional.
oleh: Panel

2 comments:

Sahabat-Gunung said...

Melayu perlu bersatu. jangan lagi kita fikirkan salah UMNO, salah PAS tapi fikir semula jalan dan cara untuk penyatuan Melayu yang berbilang PARTI.

Jika Melayu tak kuat, DAP akan merampas Malaysia, dengan kerjasama MCA dan GERAKAN.

Ketika itu, baru semua orang ternganga. Sekadar pandangan peribadi.

mustikacitra-indah said...

Pandangan anda tepat sekali. Kami percaya bahawa UMNO adalah tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional. Input Tuan dihargai