Tuesday, November 18, 2008

SARAWAK PULAK DAH...

sumber: pilihan-anda.blogspot


Sarawak Adalah Kunci Kerajaan PKR, Kata Anwar

SIBU, 16 Nov (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini.

"Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi. READ MORE HERE

Des : Dah lama dia diamkan diri, sibuk dengan urusan mempertahankan maruah, naik turun makamah, tiba-tiba ada orang jemput ke Sarawak, dan lembaran baru pun bermula...

DSAI kali ini memberi jaminan dan kali ini lebih jelas siapa yang bakal melompat parti. Kalau dahulu, beliau membayangkan anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti dan setelah pelbagai penafian dilakukan oleh anggota-anggota tersebut maka ianya terus senyap begitu sahaja.

Kini setelah mendapat seorang lagi ahli Bebas yang bingung hala tuju politiknya yang datang menyerahkan borang keahlian PKR, DSAI kini memberi keyakinan baru kepada penyokong-penyokong fanatiknya dengan menamakan Sarawak sebagai kunci kerajaan baru untuk Pakatan Rakyat...

Thursday, November 13, 2008

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG UPSR

Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini mencatatkan keputusan terbaik dalam tempoh lima tahun sebelum ini. Syabas dan tahniah kepada para pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang terbaik sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Selain daripada satu kepuasan untuk diri sendiri atas usaha gigih selama ini, para pelajar juga mampu membuatkan ibu bapa dan keluarga berbangga dengan pencapaian mereka. Malah guru-guru juga mampu tersenyum gembira kerana pencapaian cemerlang pelajar juga adalah atas kegigihan guru-guru mengajar dan tidak jemu mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak bangsa. SYABAS DAN TAHNIAH

Tuesday, November 11, 2008

SINGAPURA: ANTARA KEHENDAK RAKYAT DAN KEKUASAAN PEMIMPIN

Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut"). Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. (nak tahu lebih lanjut, klik disini)

Apabila perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura masih belum bersedia untuk mempunyai Perdana Menteri berketurunan bukan Cina, Mustika sudah mengangak jawapan tersebut. Beliau berkata demikian ketika sessi dialog bersama anggota masyarakat Melayu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Sedar atau tidak, sebenarnya kaum minoriti di negara tersebut sebenarnya kepingin untuk mendapat peluang dan ruang supaya kepimpinan negara itu dipegang kembali oleh Melayu.

Tak nak cakap banyak.

Zaman sekarang....lagi banyak kita cakap, lagi banyak orang manipulasi cakap kita. Cakap sikit-sikit pun orang dah paham sebenarnya. Tak perlu panjang lebar sangat....


RAFIDAH vs SHAHRIZAT

Peralihan kuasa antara Ketua Wanita UMNO, Dato' Sri Rafidah Aziz kepada Dato' Shahrizat Jalil nampaknya kekal pada Jun 2009. Mengapa Shahrizat nak cepatkan pun Mustika still confuse.... dan mengapa Rafidah tak nak bagi cepat-cepat kat Shahrizat pun timbul tanda tanya.

Banyak andaian yang mungkin timbul...

Antaranya:

1) Rafidah masih belum bersedia untuk lepaskan jawatan tertinggi Wanita UMNO kot....

2) Shahrizat dah tak sabar-sabar nak pegang jawatan tu...

3) Desakan dari penyokong Rafidah supaya kekalkan jawatan hingga Jun 2009

4) Desakan dari penyokong Shahrizat supaya cepat-cepat ambil jawatan tu sebelum Jun 2009. Dah menyampah tengok muka Rafidah kot....

5) Dah masanya Rafidah berundur... Dah lama sangat dah....

6) Dah masanya Shahrizat ambil....tunggu dah lama...


Apapun, jangan saman Mustika... ini sekadar andaian yang Mustika pikir sendiri, tak ada niat nak api kan sesiapa....(mustika tengok dalam berita, ramai yang sokong Rafidah) Wallahualam....

Thursday, November 06, 2008

MP BATU GAJAH TAK RETI BAHASA

MP Batu Gajah (DAP) buat hal lagi. Tak cukup dengan menghentam dan mengherdik, MP ini boleh Mustika anggap sebagai biadap atau kurang ajar!Mustika rasakan beliau adalah golongan manusia yang tak reti bahasa.

Bayangkan kalau setiap hari buat hal, I think you (MP Batu Gajah) should not be there (Parliament). Buang masa saja, bernanah telinga boleh meletup gegendang telinga dengar MP ini merapu. Mata pula berpinar-pinar dan kabur tika MP ini bangun untuk "mohon penjelasan".

Mustika nasihatkan MP ini balik kampung tanam jagung lagi bagus. Dapat jugak hasil.

MP PASIR MAS (BEBAS) SEDAR DIRI

oleh: Mustikacitra-indahMP Pasir Mas (BEBAS) dalam ucapannya di dalam Dewan Rakyat tengahari ini memberitahu Dewan bahawa walaupun beliau pernah ditahan di bawah ISA sebanyak 2 kali, namun beliau tidak suka mengungkit dan memburukkan ISA.

Cadangan beliau jika terlalu banyak ketidakpuasan hati diluahkan ke atas ISA, jangan lah guna ISA tetapi guna lah Akta Hasutan sebagai penyelesaian.Mustika puji MP ini kerana tidak menjadikan isu beliau pernah ditahan di bawah ISA sebagai alasan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Cukup sekadar menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang mampu memberikan pengajaran kepada beliau sendiri. Baguslah..... Bila kita sedar kesalahan kita sendiri kita takkan menjadikan sesiapa pun sebagai penyebabnya.

MP KINABATANGAN (BN) LANTANG MENYUARAKAN PENDAPAT: MP PEMBANGKANG KELU

MP Kinabatangan (BN) ketika ini sedang berucap menyebabkan semua ahli dewan terdiam termasuk MP Pembangkang. Mustika juga kagum. Entah mengapa kelantangan MP Kinabatangan kali ini seperti satu luahan rasa yang amat menyentuh jiwa jika kita benar-benar menghayatinya.

BEnar juga katanya, pembangkang yang asyik membangkang dan membantah dengan tindakan kerajaan boleh disamakan seperti anjing menyalak bukit. Suara pembangkang yang lantang di Dewan hari ini ketika ini dipatahkan dengan ucapan MP Kinabatangan ini.

Kerja bangkang membangkang, bantah membantah dan caci mencaci yang diamalkan pembangkang tidak membawa apa-apa faedah. Kerajaan BN juga yang menanggung rakyat hari ini. BArisan kerajaan BN juga yang memberi segala kemudahan kepada rakyat. Kerajaan BN jugalah yang telah membangunkan Malaysia. Malu besar Barisan PAKATAN RAKYAT yang tidak berusaha apa-apa pun untuk rakyat tapi asyik membangkang. MALU, MALU......

Benarkah tindakan keluar dewan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat ?


sumber: penembak tepat

Kata kawan saya GAP ( di sini ) diorang ni dah 6 kali keluar dewan sejak MAC lalu. Lepas menang besar jadi MP dah pandai keluar dewan ponteng...

Bayangkan tak sampai setahun dah 6 kali keluar dewan.Tak puas hati sikit keluar. Nak jadi hero sikit keluar. Last last gaji buta dapat tiap hujung bulan sbb selalu keluar keluar dan keluar.Dulu Wan Azizah jadi 'ketua keluar' ( baca : ponteng ) dan ramai membontoti beliau keluar sama2 tp skrg Anwar pula jadi ketua keluar dan dibontoti oleh MP2 PKR yang lain.

Walhal Anwar yang kena tuduh membontot dari belakang orang nama Saiful Bukhari ! hahaha Kalu main keluar dewan ni diamalkan selalu, maknanya mereka sedang menempah keranda mereka sendiri untuk PRU 13 akan datang.

Apa sebab mereka keluar ? aku rasa ada kalangan korang ni tak tahu.Kata Anwar : Najib tidak ada semangant berparlimen.

Sebab apa korang tahu tak ? tak bagi chance potong ucapan mencelah.Kata Najib, saya nak bagi lepas ni. Lepas selesai baru saya bagi. Ini hak saya.

Tapi geng depa ni bangang @ bahalol kot.Tak reti nak tunggu. Yang belajar agama pun tak sabar juga. Sedangkan Tuhan kata Dia suka orang orang yang sabar.Patutlah ketua orang orang membontot satu sama lain keluar dewan tu dok hantaq ketua taiwan nama Tian Chua tangkap MP BN yg sedang belajar sambil melawat di sana.

TU tanda jelas depa ni jenis tak sabar dan nak segera.Tapi sayang tak ada pun orang nak ikut depa jadi katak dan melompat hahahaha.Kalu macam ni nampak gaya kita kena tolak total semua geng diorang ni, sebab 70 MP depa ni keluar dewan.

Habislah jika orang kampung dok harap depa berbahas sungguh 2 tapi tak berani dan keluar dewan pula dan tuduh Najib tak ada semangat berparlimen ( klik sini pautan berita ).Pelik, ajaib, heran, siapa tak ada semangat ?yang dok tunggu dlm dewan ke atau yang KELUAR BERAMAI RAMAI dari dewan ?Ada lagi orang bodoh tak kat sini ?Lu fikir laaaa sendiri kah kah kah

TAHNIAH DAN SYABAS PDRM

Dalam keriuhan suara-suara yang 'dengki' dengan PDRM, Mustika terdengar juga kata-kata pujian yang ditujukan kepada pasukan keselamatan negara ini. Masakan tidak, dalam satu operasi yang dijalankan di Kajang semalam, 2 orang penjenayah berjaya di tumpaskan. Namun, seorang pegawai polis hampir terbunuh.

Pegawai polis yang dikenali sebagai Cif Inspektor Ng Wai Leong merupakan pegawai Cawangan Jenayah Berat (D9) yang menyertai serbuan ke atas kumpulan penjenayah Geng Ah Took.
Dalam kejadian tersebut, beliau telah ditembak dua kali di kakinya hingga menyebabkan tulang kakinya pecah dan terkeluar, namun pasukan mereka berjaya membalas balik tembakan hingga menyebabkan dua penjenayah dari kumpulan itu mati serta-merta di tempat kejadian.
Lebih membanggakan, Inspektor Leong langsung tidak menunjukkan rasa takut malah masih mampu tersenyum ketika dikejarkan ke hospital. Syabas dan tahniah kepada pihak polis yang sentiasa menunjukkan kesungguhan mereka menumpaskan jenayah di negara ini.

Tetapi ada sesuatu yang menyakitkan hati apabila ada segelintir pihak menyalahkan dan mempersoalkan tindakan pihak polis menembak mati 2 penjenayah berbahaya ini. Mustika kesal dengan persoalan ini yang sengaja dibangkitkan semata-mata untuk mencari kesilapan pihak polis. Apakan daya, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia yang dengki mana boleh ditutup. Ketua Polis Negara ketika menjawab soalan dari wartawan ketika melawat Cif Inspektor Ng Wai LEong semalam menegaskan, dalam soal-soal tertentu bagi mempertahankan diri, pihak polis perlu bertindak agresif. Betul lah..... Takkan nak biarkan anggota polis mati kerana dijadikan benteng untuk pertahanan? Peluru lawannya peluru jika dah terdesak. Nyawa polis lebih berharga daripada nyawa penjenayah.

Monday, November 03, 2008

BAGAIMANA LELAKI BERIMAN BOLEH TERSUNGKUR: DITUJUKAN KHAS BUAT ANWAR IBRAHIM

pemerhati dunia

Bagaimana lelaki beriman boleh tersungkur ?
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Godaan terbesar kepada lelaki adalah wanita. Iman seorang lelaki mungkin dapat dipertahankan berdepan dengan pangkat, kuasa, wang dan harta tetapi ia bisa luntur apabila berdada dengan keajaiban wanita. Wanita boleh merayu, merengek manja, memujuk, menggoda, membelai dan merangsang nafsu syahwat. Berbanding dengan godaan yang lain, khususnya dua “ta” yang lain, iaitu takhta dan harta, hanya wanita “benda yang hidup dan boleh berkomunikasi dua hala”, sedangkan harta, kereta, rumah, wang dan semua yang lain adalah benda mati dan kaku.

Justeru, Allah mengingatkan, jangan dekati zina, yakni jangan tercebur dalam kancah yang boleh menarik kepada perzinaan. Misalnya, pergaulan bebas, hubungan tanpa batas, suka mendekati majlis yang melalaikan, berkawan dengan golongan fasik, leka dengan hiburan yang menyuburkan syahwat.Namun, ramai yang mengalpakan peringatan Allah ini, termasuk mereka yang nampak menghayati amalan hidup Muslim. Jangan siapa menyangka dia insan yang tetap teguh imannya walaupun digoda kiri dan kanan, depan dan belakang, oleh wanita jelita, apalagi yang ganas nafsu seksnya.

Ingatan jangan dekati zina ditujukan kepada semua orang, lelaki dan wanita, walau apa pun latar belakangnya, tanpa sebarang pengecualian. Sesungguhnya fitnah wanita tidak boleh dipandang ringan. Nafsu lelaki cukup senang dan mudah untuk diransang, tidak kira lelaki itu beriman atau tidak, kuat beribadat atau hebat ilmunya.

Tiada lelaki yang kebal daripada tipu daya syaitan ketika bersama wanita bukan muhrim di tempat sunyi.Bukankah yang ketiga di antara lelaki dan wanita dalam keadaan seumpama itu adalah syaitan? Lelaki beriman juga tidak boleh mendakwa dirinya terselamat daripada godaan syaitan, lalu dengan berani mendekati kancah perzinaan bagi menguji keimanannya. Jangan sengaja cari nahas untuk terjebak dalam perangkap wanita.Seorang lelaki yang beriman tetapi ketika berzina sudah tercabut iman dari dadanya. Lupa diri, lupa anak, lupa isteri, lupa Tuhan, walaupun kemudiannya bertaubat, mereka bersalah, memohon keampunan dari Illahi.

Sememangnya mudah menyesal selepas melakukan perbuatan terkutuk, tetapi yang lebih sukar ialah menjarakkan diri sejauh-jauhnya daripada tarikan zina. Pergaulan lelaki perempuan harus dibataskan.Ini bukan peringatan kuno tetapi pengisytiharan keramat. Jangan hanya kerana merasa dekat dan mesra, misalnya sesama teman sepejabat, keluarga angkat atau sahabat tempat mengadu masalah, maka batasan pergaulan tidak dihiraukan lagi.

Syaitan tidak pernah lupa untuk memarakkan lagi nafsu kejantinaan dan lambakan syahwat yang tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. Sesungguhnya akan perindahkan apa yang ada pada wanita yang bukan hak kita, termasuk isteri sahabat sendiri, walaupun hakikatnya isteri di rumah sebenarnya lebih cantik, bersopan dan tidak jemu-jemu melayan si suami.Maka isteri dilihat serba tidak kena, menyakitkan mata memandang, manakala wanita bukan muhrim dilihat sebagai penggoda yang mendebarkan jantung dan menggetarkan perasaan.

Malah, perlakuan sumbang lebih mudah terangsang dengan pasangan yang dianggap seperti saudara sendiri kerana mereka tidak lagi bimbang dengan masyarakat sekeliling. Mungkin ketika itu, jika dilihat orang mereka berdua-duaan atau berkelakuan yang mencurigakan, ia tidak membawa umpat keji persekitaran.Misalnya si lelaki A yang menganggap pasangan suami isteri B-C seperti keluarga sendiri, dan umur mereka dijarakkan seperti adik dan abang, kalaupun tidak seperti ayah dan anak. Si isteri C dilihat cukup manja dengan lelaki A tetapi suami B pula tidak pernah menaruh rasa syak wasangka. Timbul saja sikit masalah rumahtangga, C akan meminta nasihat daripada A, sehingga seolah-olah tiada lagi rahsia antara mereka. Ya, hubungan mereka seperti abang adik, atau ayah dengan anak, jadi untuk apa dicurigakan. Lelaki A boleh keluar masuk rumah B-C walaupun ketika suami B tidak di rumah. Jiran-jiran pun tidak menganggapnya sebagai tingkah laku luar batasan kerana mengenali hubungan mereka bagai saudara mara.Bagi saya, keadaan seperti inilah yang lebih memudah-kan berlakunya hubungan sulit antara lelaki A dan isteri C sehingga terjerumus melakukan zina, terutama bagi mereka yang dekat dengan agama.

Muqadimah ini saya dahulukan sebelum mengulas lebih panjang tuduhan skandal biseksual yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang dilihat dan dianggap masih kuat penghayatan agama dan murni akhlaknya, walaupun selepas 16 tahun menyertai UMNO, suatu parti sekular pragmatis yang tidak selari dengan perjuangan ABIM yang diasaskannya dulu.

Namun ia tidak bermaksud untuk membenarkan segala tuduhan itu, yang bagi sesetengah pihak tidak masuk akal dilakukan oleh orang seperti Anwar, malah oleh lelaki sedia diketahui buruk akhlaknya.

Mungkin berzina tidak begitu memeranjatkan, tetapi tuduhan homoseksual dan melanggan pelacur tidak dapat untuk disandarkan dengan imej keperibadian Anwar selama ini.Berbanding dengan tokoh-tokoh UMNO lain, akhlak dan perilaku Anwar dilihat masih terpelihara dan kurang diperkatakan tentang aspek negatifnya.

Malah itulah kelebihan Anwar, yang diwarisi sejak beliau memimpinj pergerakan mahasiswa, belia dan ABIM.Pernah Anwar, khususnya ketika menjadi Presiden ABIM, dianggap lelaki mithali, yang kelihatan suci di tengah kegawatan sosial dan kepincangan akhlak ketika itu. Penyertaannya dalam UMNO, yang pernah dikecam hebat pendokong gerakan Islam, masih berupaya mengekalkan imej bersihnya walaupun beliau sering menjadi sasaran utama tuduhan surat layang.

Kata banyak orang, Anwar juga "kotor” seperti pemimpin UMNO yang lain, tetapi kehebatannya ialah beliau tetap berjaya menampakkan imej bersihnya, bersih dalam kotor."Wajah malaikatnya menutup nafsu syaitanannya," dakwa seorang pemimpin muda UMNO.

Mungkin kehebatan perhubungan awam dan kepetahannya berpidato sehingga seringkali dilihat menyampaikan khutbah Jumaat menyebabkan Anwar kekal dengan imej Islamiknya.Namun begitu Anwar dikatakan mudah mesra dan ramah walaupun dengan orang yang baru dikenalinya, termasuk golongan wanita. Anwar juga suka bergurau senda, manja, pandai mengambil hati, bijak berdiplomasi dan membuatkan orang yang menemuinya merasakan merekalah yang paling rapat dan intim dengan Anwar. Penampilannya memang diakui menarik bagi wanita.”

Kalau pemimpin ABIM berjumpa Anwar, mereka merasakan merekalah yang paling dekat dengan Anwar. Kalau Vincent Tan ataupun Dato' Nalla berjumpanya, mereka juga merasakan merekalah yang paling mesra dilayan Anwar," kata seorang tokoh akademik yang mengenali Anwar agak rapat khususnya sebelum Anwar menyertai UMNO.Ada sumber menyebut, hatta pemimpin PAS sendiri masih mempunyai hubungan baik dengan Anwar. Begitu juga dengan tokoh-tokoh ulamak terkemuka tanahair misalnya Dr Haron Din, Anwar sentiasa mempastikan hubungan dengan mereka sentiasa dijalin erat.

Saban tahun, terutama di bulan Ramadhan, secara rasmi Anwar menjemput ulamak tersohor ini ke kementeriannya, untuk menyampaikan ceramah. Ini belum dikira ulamak luar negara berwibawa, seperti Dr Yusof al-Qardhawi, yang dikira lebih rapat dengan Anwar berbanding pemimpin gerakan Islam tanahair.Malah Anwar digeruni oleh pemimpin UMNO kerana tegasannya dalam isu moral dan korupsi.

Ramai membayangkan, jika Anwar menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, barisan kepemimpinan parti yang terbabit dalam salah laku akan tersisih dan diketepikan.Komitmennya dengan penghayatan agama membuatkan mereka yang curang kecut perut hinggakan penyingkiran Rahim Tamby Chik satu waktu dulu dikaitkan dengan langkah pembersihan Anwar terhadap tokoh-tokoh yang bankrap moralnya.

Ayat yang selalu Anwar lafaz ialah : " tiada kompromi dengan isu kebejatan akhlak masalah rasuah." Penyokong-penyokongnya mendakwa, terutama bila berdepan dengan ahli-ahli PAS, bahawa Anwar akan membersihkan parti itu daripada pemimpin yang rosak akhlak, kaki perempuan, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan rasuah, hanyut dalam kapitalismel suku-sakat.

Pernah dalam isu calon Presiden Amerika, Gary Hart yang terpaksa mengundur diri kerana dibabitkan dengan perempuan simpanannya, Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Pendidikan menegaskan: "1 share the view that leaders should have high morals in order to lead the people.

The people should know something about the private lives on those who seek public office to ensure that they vote in the right people. The issue regarding Gary Hart is not so much about his sexual life but more about his credibility as a leader"Pandangan ini menyanggah sesetengah tanggapan bahawa kehidupan peribadi seseorang adalah haknya dan tidak perlu dijadikan isu selagi mana ia tidak menganggu kelancaran tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Malang sekali, tokoh yang diharap menerajui reformasi ini hampir tertiarap dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Meskipun ia masih belum dibuktikan di mahkamah tetapi imej baiknya selama ini sudah cukup tercemar.Malah kedudukan Anwar, bukan sekadar disamakan, malah lebih buruk daripada apa yang dialami Rahim Tamby Chik."

Kalaupun betul Anwar difitnah, mengapa pula dipilih fitnah tentang seks?" soal seorang pemimpin muda parti pembangkang."Sekiranya kehidupan Anwar selama ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan skandal biseksual, tentunya amat sukar untuk memerangkap Anwar sehingga boleh meyakinkan publik.

Betul... Mahathir berkuasa atas segala-galanya, termasuk menguasai mahkamah, polis dan media, tapi Mahathir tidak boleh mengadakan benda yang langsung tidak wujud. Satu hari nanti, betapa ditutup sekalipun, kebenaran akan terserlah juga. Begitu juga dengan kebatilan, meskipun cuba ditudung, tetapi seperti bangkai, akhirnya tercium juga baunya yang busuk itu."Nota : Rencana di atas ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Malaysia Tanpa Anwar", Penerbitan Pemuda, 1998. Ahmad Lufti sekarang adalah Ketua Pengarang Harakah.sumber: http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/


Jangan Sangka Boleh Jadi “Wira” Dengan Bangkit Isu Perkauman

Laman Web Pemuda UMNO

Posted on Friday, October 31 @ 10:23:22 MYT

Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO membidas sangkaan pihak tertentu bahawa mereka boleh menjadi ‘wira’ dengan membangkitkan isu perkauman kerana majoriti rakyat sudah bosan dengan cerita politik atau perbincangan sedemikian.

Sambil melahirkan kebimbangan berhubung tindakan MCA dan MIC yang memainkan isu berbaur perkauman termasuk cadangan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat awam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebaliknya mahu pemimpin membuat kerja, bergerak dan menyatupadukan masyarakat.

Tindakan membangkitkan isu perkauman tegasnya hanya akan menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
"Dalam konteks ekonomi, jika peratusan menjadi pertimbangan, apalah gunanya kita bercakap mengenai menghapuskan 30 peratus kerana dalam kedudukan ekonomi dunia sekarang yang merudum, ia ia hanya satu angka dan peratusan kepada kek ekonomi yang mengecil tidak bermakna langsung.

"Lebih penting sekarang ialah kita tidak berpolemik dan berkisar kepada isu perkauman tetapi melihat ke hadapan bagaimana berhadapan dengan kegawatan ekonomi negara, apa rancangan dan juga cadangan daripada pihak MCA serta MIC untuk membantu memperkukuh ekonomi kita," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 di sini, Khamis.

Jelas beliau lagi sudah tiba masa untuk semua pihak bertanggungjawab melihat cabaran yang terpaksa negara hadapi, sebagai satu bangsa tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.
Ini kerana katanya masa akan datang ini cukup mencabar kerana ekonomi dunia menuntut semua pihak melihat penyelesaian dan bagaimana untuk kekal bertahan.

Media baru-baru ini melaporkan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senarai awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Ini disusuli kenyataan Pemuda MIC yang turut membuat desakan sama dengan Ketuanya, T Mohan, menegaskan sudah tiba masa untuk kerajaan berbuat demikian demi kepentingan bersama seluruh rakyat negara ini.

Mengulas lanjut perkara itu Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan Liow bahawa kenyataan awal Menteri Kesihatan berkenaan mengenai isu penghapusan ekuiti Bumiputera itu disalah tafsir oleh media tertentu.

"Kita (BN) ada saluran untuk saling berbincang dan berinteraksi. Hakikatnya adalah tidak sesuai bagi pemimpin muda yang ingin mengorak langkah jauh ke hadapan mencetuskan isu berbaur perkauman.

"Proses pemilihan kepimpinan dalam parti BN akan menjadi ujian pemimpin bagaimana yang akan kita tonjolkan. Saya percaya hanya mereka yang beraspirasi nasional, mampu menyahut dan memikul perjuangan BN, akhirnya akan diterima rakyat," ujarnya.

Kerajaan Pakatan Di Selangor Diselubungi Sindrom Kecelaruan Pemikiran

Laman Web Pemuda UMNO

Posted on Monday, November 03 @ 10:51:28 MYT
Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur –- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pakatan pembangkang yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor sekarang sedang mengalami sindrom kecelaruan pemikiran dan dasar kerjasama pakatan tersebut.

Ini katanya dibuktikan dengan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Jelas beliau lagi Pas sudah mula sedar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menjadi boneka kepada sebuah cerita kerajaan yang kononnya ‘terbuka’ tetapi sangat berbau perkauman dan cuba menjolok kesabaran orang Melayu.

"PKR pula menjadi semakin tidak popular di kalangan orang Melayu apabila ramai yang curiga dengan pemikiran dan tindakan pimpinan mereka.
"Mereka sudah termasuk ke dalam jerat pemikiran yang mereka bina sendiri iaitu kesanggupan melondeh hak dan keistimewaan orang Melayu dari atas sampai ke bawah," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Ekonomi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berpendapat, Pas semestinya tidak rela berada dalam arus pemikiran yang berbahaya kepada masa depan politik mereka di kawasan atau negeri majoriti Melayu.

Justeru katanya lagi Pas wajar membuat keputusan yang berani untuk tidak terus berada dalam arus tidak sihat yang dipelopori PKR.
"Usaha yang dilakukan oleh Abdul Hadi adalah bertepatan dengan sentimen masyarakat akar umbi di Selangor yang makin rasa tidak selesa dengan kaedah pentadbiran kerajaan negeri.

"Isu Siew Moi hanyalah sebahagian daripada petunjuk yang membayangkan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang sakit dan ini boleh dilihat dalam banyak kes atau isu kebelakangan ini," ujarnya.