Monday, June 23, 2008

KERAJAAN SEDIAKAN PERMIT UNTUK GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH BERNIAGA



Sebagai langkah proaktif berikutan kenaikan harga minyak dan barangan, Kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah . Kakitangan awam juga boleh memohon permit berkenaan untuk menjalankan kerja sambilan.

Permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan. Walaubagaimanapun, bagi kakitangan kerajaan yang berminat untuk menjalankan perniagaan sambilan ini perlu mendapatkan keizinan daripada ketua jabatan untuk memastikan bahawa tugas hakiki dan tanggungjawab di pejabat tidak terganggu.

Permit-permit berkenaan diberi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang mengikut keperluan pemohon.

Kerajaan juga memutuskan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam menghadapi beban kenaikan bahan api. Langkah tersebut telah dipersetujui tetapi memandangkan perkara itu melibatkan isu cukai maka ia perlu diteliti oleh Kementerian Kewangan dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

Kerajaan juga akan berusaha mencari sumber lain untuk menggantikan sumber tenaga yang sedia adasepeerti tenaga solar, tenaga angin serta biofuel selain kemungkinan membangunkan nuklear sebagai sumber tenaga, namun bagi tenaga nuklear, ia memerlukan langkah-langkah yang perlu diperhalusi kerana sisa nuklear bukanlah satu perkara yang mudah dilupuskan.

No comments: