Monday, June 23, 2008

MP POKOK SENA RAJIN RAJINLAH MELAWAT PERPUSTAKAAN DEWAN

MP Pokok Sena (PAS) telah menuduh kerajaan sebagai kerajaan 'taik minyak'. Beliau juga mengkritik potongan 10% daripada menteri kabinet. beliau juga mencabar kerajaan menurunkan harga minyak dan meminta rakyat rakyat jika tidak setuju untuk mengusulkan undi tidak percaya. Beliau juga menanyakan bagaimana kerajaan membelanjakan pendapatan hasil Petronas dan cukai.

Apa yang dihujahkan oleh MP ini bukanlah perkara baru dan beliau sebenarnya boleh menjawab sendiri apa yang beliau tanya dengan menggunakan fakta-fakta yang boleh diperolehi dari sumber terbuka.

YB perlu menggunakan perpustakaan Parlimen dan juga unit penyelidikan parlimen dengan kerap untuk mendapatkan maklumat supaya boleh membuat ulasan yang boleh dimanfaatkan oleh semua ahli dewan.

YB sepatutnya tahu bahawa jumlah hasil negara adalah RM147 billion. Kerajaan juga ada pinjaman sekitar RM21 billion. Dari jumlah ini, RM40 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan RMK-9, RM35 billion adalah untuk pelajaran, RM11 billion untuk Kementerian Kesihatan, RM27 billion untuk pelbagai subsidi dan RM7 billion untuk pentadbiran kemenkterian dan sebagainya.

Data seperti di atas ini boleh diperolehi oleh YB untuk berhujah dengan lebih bermakna daripada melemparkan tuduhan-tuduhan melulu dalam dewan. Pemerhati-pemerhati di galeri mungkin terperanjat dengan kecetekan kefahaman MP ini yang sudah lama menjadi ahli Parlimen.

Kami, pemerhati politik menyeru YB banyak membaca sebelum masuk dewan. YB perlu ingat bahawa apa yang YB hujahkan tadi tidak meyakinkan dewan malahan dakwaan YB hanya menunjukkan bahawa YB tidak prihatin, hanya sibuk mencari publisiti murahan.

No comments: