Monday, June 23, 2008

NASIB NELAYAN TERBELA

(Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)


Kerajaan sedar bukan sahaja nelayan tetapi penternak dan petani-petani yang lain juga turut menghadapi beberapa isu dan masalah, namun sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion bagi menangani masalah bekalan makanan dan kenaikan harga makanan ini. Bagi nelayan, kerajaan telah membuat keputusan dengan mengambil kira sedikit kenaikan harga diesel dari RM 1 ke RM 1.43 bagi nelayan. Kementerian telah mengambil 2 langkah:

1) Bagi setiap awak-awak yang mengusahakan bot nelayan, mereka akan diberikan RM200 seorang untuk menampung kenaikan harga minyak.
2) Bagi pengusaha, mereka akan diberikan bantuan sebanyak RM 0.10 sekilogram.

Langkah ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan-nelayan.

Sebelum ini kerajaan membelanjakan RM 2 billion untuk membantu para nelayan dan mengambl kira beberapa laporan penyelewengan yang berlaku, kerajaan telah membuat keputusan bagi membendung penyelewengan ini untuk menaikkan sedikit harga minyak diesel supaya perbezaan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran khususnya negara Thailand dapat dikurangkan. Di negara Thailand, harga minyak diesel sekitar RM4 seliter manakala di Malaysia RM1.43. Oleh kerana jurang yang besar antara harga di Malaysia dengan negara jiran maka ini mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup. Inilah sebabnya mengapa kerajaan terpaksa menaikkan sedikit harga minyak diesel dari RM1 ke RM1.43 dan ini lebih rendah berbanding harga yang dikenakan kepada pengguna lain iaitu RM 2.58.

Bagi persoalan MP Ipoh Timur samada menteri turun padang untuk mengadakan dialog dan menyelesaikan masalah nelayan, menteri menjelaskan bahawa kerajaan dan semua anggota pentadbiran sentiasa turun padang untuk berjumpa nelayan-nelayan. Malah beliau sendiri telah pun berjumpa dengan nelayan di Pulau Pinang dan Sarawak dan akan cuba menangani isu ini terutama di kawasan yang kekurangan diesel. Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa akan cuba menangani isu-isu dan masalah yang timbul seperti yang dibangkitkan oleh MP Ipoh Timur.


mustikaindah: kerajaan serius tetapi pembangkang selalu menafikannya. Pembangkang perlu buka mata dan jangan hanya omong kosong

No comments: