Thursday, July 03, 2008

ANWAR IBRAHIM PENIPU BESAR

Taktik Anwar Ibrahim yang mendakwa bahawa beliau kononnya menerima ugutan bunuh merupakan satu helah untuk mengubah perhatian umum kepada kes liwat beliau. Ugutan tersebut sengaja dicipta semata-mata mengaburi mata rakyat dan mendapatkan cebisan simpati daripada penyokong-penyokongnya.

Ketika Anwar keluar dari Kedutaan Turki, langsung tak nampak reaksi mukanya samada takut atau bimbang. Begitu juga ketika beliau berucap semasa perhimpunan bersama penyokong-penyokongnya di Stadium Melawati, Shah Alam. Beliau dengan gah berucap di khalayak dan ini menunjukkan dakwaan bunuh yang diterima beliau tidak wujud langsung.

Mustika ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan dakwaan Anwar kerana kerajaan sendiri telah mendapati bahawa tidak wujud ugutan bunuh atau apa-apa ugutan yang boleh mengancam keselamatan beliau.

No comments: