Thursday, July 03, 2008

MALAYSIA LAHIRKAN TENAGA KERJA MAHIR DAN TERLATIH

Bagi mengatasi masalah pengangguran, kerajaan telah membuka pelbagai jenis peluang dalam bidang untuk meningkatkan kemahiran melalui kolej-kolej dan peluang latihan di Kementerian Sumber Manusia. Mustika melihat pasaran kerja hari ini memerlukan kepada kemahiran sama ada kemahiran dalam bidang elektronik, teknologi maklumat, kejuteraan dan sebagainya. Di Malaysia, banyak institusi pengajian yang menawarkan latihan kemahiran contohnya Politeknik, Kolej Komuniti, universiti awam dan swasta, MARA dan sebagainya.



Negara kita telah melahirkan ramai cendekiawan dan juga tenaga kerja terlatih. Keberkesanan latihan yang diberikan membuktikan bahawa sistem pembelajaran dan latihan di negara ini adalah antara yang terbaik di dunia. Ini terbukti apabila pekerja Malaysia dalam bidang kejuruteraan telah menjadi rebutan terutama dalam bidang cari gali minyak di luar negara.

No comments: