Thursday, July 03, 2008

MP TENGGARA (BN) PRIHATIN MASALAH VANDALISME

Usaha untuk menangani masalh vandalisme di kawasan PBT dilaksanakan melalui penguatkuasaan Undang-Undang Kecil (UUK) Vandalisme PBT. Di bawah undang-undang kecil tersebut, pesalah vandalisme boleh dikenakan penalti tidak lebih daripada RM2000 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. UUK vandalisme yang digunapakai sekarang hanya meliputi harta benda milik PBT sahaja. Tindakan merosakkan harta benda orang lain adalah tertakluk kepada undang-undang lain, yang antaranya adalah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menjawab pertanyaan MP Tenggara, YB Datuk Halimah Mohd Saddique, menteri terbabit menjelaskan bahawa keberkesanan usaha untuk membendung masalah vandalisme bukan sahaja bergantung kepada UUK Vandalisme tetapi ia juga bergantung kepada kerjasama orang ramai khususnya melalui jawatankuasa penduduk serta wujudnya kesedaran di kalangan orang ramai mengenai perlunya menjaga harta benda awam. Selain itu, aspek rekabentuk khususnya ketahanan dan lokasi kemudahan awam yang mudah dirosakkan seperti telefon, tandas awam dan meter tempat letak kereta juga perlu diteliti bagi mengurangkan berlakunya insiden vandalisme.

No comments: