Tuesday, July 01, 2008

EZAM BUAT LAPORAN BPR BERHUBUNG DAKWAAN SALAH GUNA KUASA PEJABAT MB SELANGOR

Utusan Online

01/07/2008 2:50pm

SHAH ALAM 1 Julai — Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa pejabat Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Laporan berkenaan dibuat di pejabat BPR Selangor di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi dan Mohamad Ezam turut menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa itu kepada Pengarah BPR Selangor Ja’afar Mahad.
Bercakap dalam sidang media selepas itu, Mohamad Ezam berkata kehadiran beliau di pejabat BPR Selangor adalah untuk menunaikan janji menyerahkan dokumen berkaitan penyalahgunaan kuasa itu serta menyangkal tuduhan yang menyatakan bahawa beliau berbohong semasa mendedahkan mengenai perkara itu sebelum ini.
“Saya lihat tuduhan bohong itu sebagai tuduhan yang serius dan mencabar kredibiliti saya, jadi sebab itu saya hadir hari ini. Saya nak tunjukkan letter head (kepala surat) surat ini yang jelas tunjukkan letter head pejabat Menteri Besar Selangor dan nombor faks yang masuk ke syarikat yang diminta memberi sumbangan ialah nombor faks pejabat Menteri Besar Selangor.
“Jadi ia jelas gunakan pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat sumbangan bagi parti dan individu yang bagi saya jelas berlaku salah guna kuasa,” kata Mohamad Ezam yang menyertai Umno baru-baru ini.
- BERNAMA


**********************************************

Mustika: Makin terdedah penyelewengan PKR Selangor. Seperti biasa, kita akan melihat pemimpin-pemimpin pembangkang akan cuba menutup setiap perlakuan mereka dengan mencipta kontrovesi. Tunggu saja lah nanti apa MB Selangor akan buat. Mungkin beliau kena cari tempat berlindung juga kot......

No comments: