Dasar Lima Bahan Api (Five-Fuel Policy) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Ke-8. Tujuan dasar tersebut adalah untuk mempelbagaikan sumber bahan api untuk penjanaan elektrik dengan tujuan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga sedia ada (di bawah Dasar Empat Bahan Api) untuk penjanaan tenaga iaitu minyak, gas, hidro dan arang batu. Sumber-sumber tenaga boleh diperbaharu atau Renewable Energy (RE) seperti biomas, biogas, solar dan mini hidro telah dijadikan sumber tambahan atau sumber kelima kepada sumber bahan api tersebut. Penggunaan sumber RE dalam penjanaan tenaga elektrik akan mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil dalam fuel mix. Lantaran itu, bekalan bahan api fosil tersebut dapat dipanjangkan tempoh penggunaannya untuk pembangunan negara di masa hhadapan.
-----------------------------------------------
mustika: baru tahu
Untung 1MDB Rakyat Perlu Tahu
-
Jawapan Parlimen (13/8/25) beri gambaran paling jelas tentang untung rugi
1MDB setakat ini. Kerajaan sudah berjaya mendapatkan semula RM29.7 bilion
dana 1M...
1 day ago
No comments:
Post a Comment