Tuesday, July 01, 2008

MP PADANG SERAI MASIH BERMIMPI

MP Padang Serai (PKR), N.Gobalakrishnan agaknya masih lagi bermimpi kerana bangkit menanyakan soalan yang tidak berkaitan iaitu mengenai air kumbahan yang diproses untuk guna semula. Timbalan Menteri yang juga MP Larut, Dato' Hamzah Zainudin telah memaklumkan bahawa soalan MP tersebut bukannya di bawah bidang kuasa kementeriannya. Pesan Mustika, MP Padang Serai sebelum datang ke Parlimen, sebelum menjejakkan kaki ke dalam Dewan Rakyat, pastikan bahawa soalan-soalan yang ingin dikemukakan adalah tepat kepada kementerian yang betul dan kepada menteri atau timbalan menteri yang sepatutnya. Bila ditegur, janganlah melenting........ Sudah terang-terang salah tapi masih nak berdalih. Itulah sikap pemimpin pembangkang, selalu cuba mencari salah orang lain sampai tak nampak kesalahan sendiri yang sudah 'tersembul' keluar.

No comments: