Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan. "Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Katanya, cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Perdana Menteri berkata, beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata, Pas berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana Pas di Kelantan menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008. Katanya, Pas dan pakatan pembangkang kini sudah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka. "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana Pas sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

Beliau juga berkata, jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri. "Kalau semua setuju...Pas jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online


Mustikaindah: Nik Aziz mengatakan bahawa cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.

Mustika dapat melihat berlaku pergeseran dan percanggahan pendapat dikalangan pemimpin PAS. Siapa benar dan siapa salah bukan persoalannya. Kesimpulan yang dapat Mustika gambarkan dari kenyataan Nik Aziz ini ialah Mursyidul Am PAS ini tidak mahu bermuzakarah dan menjalinkan hubungan baik dengan UMNO. Apa salahnya turunkan sedikit tahap keegoan tu dan cuba dengar pendapat orang lain. Tindakan Nasaruddin tidak salah di mata Mustika. Cuma dia perlu berani mempertahankan pendapat dan pendiriannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam saje.

Nizar nafi tindakannya di Parlimen dirancang (BETUL KE????)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan kelakuannya di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah dirancang. Beliau berkata, ia adalah secara spontan kerana kecewa dengan kemelut politik yang berlaku di Perak, ketika ini. Nizar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. (Berita Harian Online).

AHLI Parlimen pembangkang (dari kiri), Nyeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar: Bharian Online)


Mustikaindah: Iya ke tak dirancang? Kalau betul tak dirancang, macam mane kain pelilit kepala bertulis "BUBAR DUN" boleh ada masa tu? Macam mana pula mereka boleh bawa beg bimbit yang bercetak "BUBAR DUN"? Mana mungkin??????
Mana mungkin perkara tersebut (Tindakan Nizar) boleh dianggap spontan? Mesti dari awal-alaw lagi dah prepare. Nizar keluarkan kenyataan macam ni sebab die takut sebenarnya...... Takut kene hentam lagi sebab buat tindakan bodoh hari tu.

Kerajaan perpaduan: Pas mahu PKR, DAP diajak berbincang

KUALA LUMPUR: Pas sedia berbincang dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan dengan syarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyertai perbincangan itu. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan berbincang dengan DAP atau PKR, Pas akan menolak mengadakan perbincangan dengan Umno-BN mengenai cadangan itu (Bharian Online).


Mustikaindah: Isu berbincang atau bermuzakarah telah lama kedengaran. Namun ia ibarat angin lalu yang tidak sempat singgah ke cuping telinga kita. Mana mungkin proses ini boleh berjaya dan boleh direalisasikan jika hanya satu pihak sahaja yang bersungguh sedangkan pihak yang satu lagi tidak habis-habis berdolak dalih.

Buntu fikiran Mustika apabila memikirkan kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang secara nyata dan jelas cuba menjatuhkan agenda Melayu (kata teman Mustika) . UMNO sedaya upaya cuba memberikan khidmat yang terbaik dengan menjaga kepentingan Melayu dan negara amnya tetapi melihatkan pemimpin PAS yang ego dan degil hati Mustika seolah-olah dihiris belati tajam. Sakitnya hati bila mengetahui pemimpin yang mengaku "membangun bersama Islam", berkopiah putih dan bersongkok, kononnya menjaga kepentingan Melayu dan berpaksikan Islam sebagai senjata pertarungan politik, sanggup bermusuh dengan pemimpin Melayu dan sanggup pula 'tidur sekatil' dan 'makan sepinggan' dengan DAP dan PKR.

Apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya???????????

Tuesday, June 16, 2009

VIDEO NIZAR, RAKAN CETUS KEKECOHAN DI DEWAN RAKYAT

Berita Harian telah pun mengeluarkan video penuh mengenai Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar yang tidak beretika ketika di Dewan Rakyat.........

klik untuk paparan video

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/BH_video/video_col

MEDIA BERPERANAN BANGUNKAN NEGARA

KUALA LUMPUR: Media di negara ini memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan dan membina negara bangsa, terutamanya dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata perubahan dalam media di negara ini harus selari perubahan yang berlaku dalam dunia teknologi dan komunikasi, dengan mengambil kira hak mempertahankan kedaulatan negara. “Ketika ini, berlaku perkembangan pelbagai saluran media, bukan hanya membabitkan media cetak dan elektronik, tetapi juga blog dan pelbagai saluran berita lain.

“Namun, media di negara ini perlu memainkan peranan dalam menyebarkan matlamat Malaysia itu sendiri, bukannya matlamat atau keinginan negara lain sehingga memberi kesan kepada negara kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media di sini, semalam. Hadir sama Timbalannya, Senator A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong. Turut hadir Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, Datuk Ahmad Talib.

Pada majlis itu, Kementerian Luar turut menerima sumbangan RM115,000 daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) untuk Tabung Palestin.- Bharian Online

Mustikaindah: Memang tidak dapat dinafikan peranan media amat penting.
Media mempunyai kuasa untuk mempengaruh dan memujuk. Dunia hari ini juga menyaksikan kepentingan media sebagai salah satu 'alat' penerangan yang boleh digunakan sebagai perantara pemimpin atasan sehinggalah ke akar umbi (rakyat).

Di dalam dunia artis misalnya.....media menjadi taruhan jatuh bangunnya seseorang artis. Jika elok hubungannya dengan media, maka elok juga lah hasilnya. Artis akan terus diangkat dan dipromosikan. Sebaliknya, jika hubungan artis dengan media tidak baik, maka tidak baik jugalah hasilnya. Buktinya, ramai artis yang tersungkur sebelum berjuang di dunia hiburan dek kerana penangan media.

Dari segi pentadbiran kerajaan pula, media menjadi alat penyebar dan penyalur maklumat dasar-dasar kerajaan dari semua aspek agama, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi. Malah media juga turut mampu mengesan khilaf yang terjadi di dalam sistem pentadbiran awam dan swasta menerusi pendedahan mereka. Tanpa media, tidak mungkin sesetengah masalah dapat diselesaikan dengan segera.

p/s: Kalau media tak bongkar, sampai sudah tindakan tak diambil sebab takde orang sedar (mungkin). Bila sume dah masuk tv dan akhbar, barulah kelam kabut nak buat itu ini.....

Apapun..........Tahniah dan Terima Kasih kepada media samada media elektronik mahupun media cetak.


AMBALAT OH AMBALAT.................

Mustika masih mencari maklumat penting dan dan kronologi isu tuntutan bertindih di wilayah Ambalat yang merupakan blok konsesi cari gali minyak dan gas. Namun setakat maklumat yang Mustika dapat, setakat ini (sejak 2007) Malaysia telah mengemukakan 13 nota bantahan diplomatik kepada Indonesia berhubung aktiviti pencerobohan. Harap sesiapa yang mempunyai maklumat dapat dikongsi bersama Mustika.

NIZAR JADI SAMSENG DALAM DEWAN RAKYAT

Datuk Seri Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang cuba berlagak samseng dan biadap di dalam Dewan Rakyat semalam memaksa Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil keputusan menggangtung Nizar dari menghadiri sidang Parlimen selama 2 hari. Keputusan Speaker ini ekoran kedegilan Nizar mematuhi arahan selepas tidak menghiraukan arahan Speaker supaya membuka lilitan pada songkok, kepala atau lengan yang bertulis "BUBAR DUN".

Selain Nizar, turut digantung ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP- Beruas), Ngo Kor Ming (DAP-Taiping), N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Padang Sena), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai). Manakala lebih kurang 20 orang penyokong mereka yang duduk di galeri pemerhati turut diarah keluar dewan.

Speaker Dewan turut menyelar tindakan Nizar yang dianggap sebagai membawa budaya samseng sehingga ke dalam Dewan. Ini kerana Parlimen samada Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara merupakan tempat menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat atau wakil kepada rakyat selain menyumbang kepada khidmat kepada rakyat. Rata-rata berpendapat tindakan Nizar ini begitu memalukan dan tidak menggambarkan contoh kepada masyarakat.

celoteh tidak rasmi Mustika: NIZAR SEBENARNYA GILA KUASA.... TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN BELIAU BUKAN LAGI MENTERI BESAR PERAK.....

Friday, June 12, 2009

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ANJUR PROGRAM JUALAN BUKU 1MALAYSIA

Pagi tadi Mustika berpeluang mengikuti pelancaran program Jualan Buku 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr. Halim Shafie iaitu Pengerusi Lembaga Penasihat PNM bertempat di Perkarangan Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam oleh anggota TUDM.

Konsep jualan buku yang mengambil aspirasi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia ini melibatkan 7 syarikat penjual buku iaitu:

1) Utusan Publications & Distributors (Pameran Utama)
2) Jaya Bakti (buku-buku Bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu)
3) Malaysian Books Centre (Buku-buku bahasa Tamil)
4) DAWAMA
5) PTS Publications
6) Koperasi Kedai Buku UM
7) Persatuan Penggiat Komik Malaysia dan Majalah G3

Program yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga 14 Jun 2009 (dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang) bukan sahaja melibatkan penjualan buku malah turut diisi dengan aktiviti lain. Antaranya:

1) Forum 1Malaysia: Konsep dan Peranan Masyarakat (bertempat di Bilik Serbaguna PNM bermula 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi)
2) Pameran Buku (sejarah, perpaduan dan kenegaraan Malaysia terutama dari koleksi nadir dan manuskrip)
3) Sulaman reben bersama KEMAS
4) Kain Rentang Komik terpanjang di Malaysia (dilaksanakan dengan kerjasama PeKomik)
5) Demonstrasi Khat
6) Program Pertukaran Buku (dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang)
7) Kempen Keahlian dan Books On The Go
8) Keahlian Percuma Kelab Sinar Pintar
9) Pemuliharaan Buku (pengungjung menikmati khidmat pemuliharaan buku percuma dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang)

Program ini antara lainnya bertujuan untuk menarik minat pengunjung ke perpustakaan sebagai destinasi kunjungan dan aktiviti riadah dan rekreasi minda pada hujung minggu ke arah membina masyarakat yang mencintai ilmu dan perpustakaan. selain itu, ia bertujuan untuk memupuk semangat membaca dan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan bahan bacaan ilmiah berbentuk kenegaraan.

SAMA-SAMA LAH KITA MENJAYAKANNYA...........

SALAM FM- MEDIUM DAKWAH BARU

Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana telah berjaya menubuhkan rancangan radio mereka sendiri. Rancangan radio yang diberi nama SALAM FM boleh didengar di frekuensi 91.1 di Lembah Klang. Rancangan tersebut bersiaran dari jam 2 pagi sehingga 8 pagi.

SALAM FM telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B)Datuk Jamil Khir Baharom di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur semalam. RTM akan membantu dari segi teknikal pada peringkat awal penyiarannya.

Difahamkan, kerajaan juga telah meluluskan saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyen Islam yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh JAKIM.

Tahniah sekali lagi kepada JAKIM kerana telah berjaya mewujudkan medium baru melalui media elektronik bagi tujuan dakwah.

Wednesday, June 10, 2009

KEEGOAN HADI

Gambar di atas menunjukkan 2 pemimpin yang berbeza dengan pendapat yang hampir sama? Persoalannya, di manakah perbezaannya? Apa tujuan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan demikian sedangkan beliau sendiri pun tidak dapat memberi kefahaman kepada rakyat jelata mengenainya.

Mustika pasti sebenarnya Presiden PAS ini cuba mencedok idea yang diketengahkan oleh Perdana Menteri. Masakan tidak, membaca kenyataan Hadi pun Mustika sebenarnya membayangkan Hadi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyatu padukan rakyat dengan tujuan untuk mencapai kemakmuran dan kedamaian. Cuma bezanya.... idea yang sama ini dilontarkan oleh pemimpin yang berbeza.

Mengapa PAS atau Hadi tidak mahu mengakui sahaja bahawa idea yang dibawa Najib sememangnya sangat tepat dan harus diterima? Mengapa perlu keluarkan kenyataan yang boleh memeningkan kepala dan sukar ditafsirkan begitu?

Mustika percaya, jauh di sudut hati Hadi, beliau sebenarnya mahu mengakui 1MALAYSIA adalah idea terbaik untuk menjadi landasan dan panduan dalam mentadbir negara dan rakyat.

Hai Hadi..........Hadi............kenapalah ego sangat??????????????
Bila hati mula berbicara.............


DALAM APA JUA PERKARA YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA INI, INGATLAH BAHAWA APA YANG PENTING ADALAH KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN. JANGAN CEPAT PUTUS ASA. TERUSKAN PERJUANGAN.....



Jentera Umno Manek Urai terus digiat

Bharian Online

Kenal pasti masalah dihadapi pengundi

KOTA BHARU: Umno Kelantan tidak akan mengendurkan usaha terus mendekati pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, walaupun maklum balas awal yang diperoleh jenteranya mendapat reaksi positif dari majoriti penduduk.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, berkata gerak kerja menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai itu akan terus digiatkan mengikut segmen masing-masing bagi mendekati pengundi, termasuk pendekatan bersemuka dari rumah ke rumah.


"Berdasarkan gerakan awal yang dijalankan sehingga kini, kita menerima maklum balas positif dari pengundi, Pas sendiri belum membuat gerakan secara agresif dan oleh itu kita perlu lihat perkembangan sebenar dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, tumpuan Umno ketika ini adalah terus memperkemaskan usaha mendekati pengundi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini, manakala hari penamaan calon pada 6 Julai berikutan penyandang kerusi berkenaan, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia kerana komplikasi jantung pada 22 Mei lalu.

Dali berkata, jentera Penerangan Umno negeri dengan kerjasama Umno bahagian Kuala Krai sudah mengenal pasti rumah penduduk yang akan dikunjungi bagi mendengar masalah dihadapi mereka selain menerangkan dasar dilaksanakan Barisan Nasional (BN).

Katanya, usaha mendekati pengundi dilakukan mengikut pembahagian tugas iaitu Wanita Umno ditugaskan mengenal pasti masalah wanita manakala Pemuda Umno berperanan mendapatkan sokongan golongan muda di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, berkata jentera BN bagi pilihan raya kecil Manek Urai akan dilancarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, Sabtu ini.

Selain itu, katanya, pelbagai program lain dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi DUN terbabit termasuk membawa pemimpin Umno dan BN dari peringkat Pusat ke kawasan berkenaan turut dirancang dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.


Mustikaindah: Kalau semua pihak berganding bahu....... masakan Manek Urai tak boleh ditawan semula. Yang perlu dielakkan oleh Pemimpin BN khususnya UMNO, jangan masa kempen pilihan raya saje nampak muka, dah habis kempen....... dah dapat jawatan...... dah dapat 'kerusi', terus hilang entah ke mana. Nak nampak batang hidung pun susah. Rakyat pulak kalau nak jumpa pun kena tunggu pilihan raya akan datang.... Parah macam ni. Masa kempen bukan main berapi-api nak bela nasib rakyat......dah menang, masalah rakyat pun tak nak pandang walaupun sebelah mata. Jangan lah begitu hendaknya.

Thursday, June 04, 2009

BN ambil pendekatan baru di Manek Urai: TPM

sumber: Berita Harian Online

MUAR: Barisan Nasional (BN) akan hanya mempunyai satu pusat arahan untuk menyelaras kempen parti-parti komponennya pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan Manek Urai pada 14 Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan mewujudkan hanya satu pusat arahan itu sebahagian daripada pendekatan baru yang diambil oleh BN dalam menghadapi pilihan raya kecil. "Ini adalah supaya parti-parti dalam BN berada di bawah satu bumbung, supaya dapat menyelaras dan merangka strategi yang lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Alam Sekitar dan Penganugerahan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar di sini, hari ini.


Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Ismail Yaacob, 60, daripada Pas pada 22 Mei lalu. Penamaan calon ialah pada 6 Julai. Pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar, dengan majoriti 1,352 undi. Muhyiddin berkata, BN telahpun menggerakkan jenteranya untuk melihat dengan lebih dekat situasi pengundi di Manek Urai.


Ditanya mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, beliau berkata Umno sedang mengenal pasti calon kalangan anak tempatan yang paling layak. "Senarai itu masih lagi panjang. Belum (senarai) pendek lagi," katanya. - Bernama

Mustikaindah: Masih menunggu......... Cuma jangan terlalu lambat umumkan calon sebab kelewatan mengumumkan calon juga boleh menjadi isu yang akan dimainkan oleh pembangkang.

BN yakin peluang tawan Manek Urai

BERITA HARIAN ONLINE

BESTARI JAYA: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, jika jumlah pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka melebihi 85 peratus. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sekiranya ada pertandingan dalam erti kata sebenar iaitu pertemuan antara calon BN dengan pembangkang, jumlah pengundi yang keluar biasanya tidak kurang 70 peratus. Katanya, jika boleh, BN mahu lebih 85 peratus pengundi berdaftar di DUN Manek Urai keluar mengundi pada hari pengundian.


"Saya kira, peluang BN untuk menang lebih tinggi kalau yang keluar mengundi ramai," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei lalu yang menyaksikan hanya 46.15 peratus pengundi keluar mengundi, peratus paling buruk dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Mukhriz berkata, berdasarkan pilihan raya kecil di Penanti itu, ia menunjukkan pembangkang tidak sehebat seperti digembar gemburkan.


Katanya, perkara itu tidak pelik kerana pemilihan dalam parti itu juga tidak sama dengan pemilihan dalam Umno yang mengekalkan proses demokrasi. "Kita ambil contoh pemilihan Pemuda Umno. Kita ada perwakilan seramai 800 orang, dalam Pas ada berapa. Dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) saya rasa tidak ada pemilihan, pakai lantik seperti itu saja. "Kononnya nak mempertahankan demokrasi tetapi dalam partinya sendiri tidak mengamalkan demokrasi seperti Umno dan parti komponen BN lain," katanya.



Beliau berkata, kempen pilihan raya di Manek Urai akan menggunakan pendekatan baru menggunakan pendekatan lebih berkesan dan pada masa sama rakyat akan dapat melihat bahawa BN serius ingin meningkatkan cara hidup rakyat.

Mustika:
harap BN dapat menawan kembali kawasan DUN Manek Urai

Kalau pada 2004, UMNO berjaya merampas DUN Manek Urai, tak mustahil sekiranya pilihan raya kecil kali ini, UMNO mampu merampas kembali DUN ini. Apa yang penting.............KERJASAMA (dipetik dari siri kartun) di antara pemimpin akar umbi sehinggalah ke pucuk pimpinan.

NASHARUDIN YANG TERUS DIHIMPIT


sumber: DEPAKATA

Dalam ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa menafikan dia cuba menggerakkan kerjasama PAS dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Menurut Ustaz Nasha, dakwaan itu adalah satu percubaan untuk memecah-belahkan parti.
Nasha menegaskan, kepimpinan parti tidak pernah membuat sebarang rancangan untuk menyertai PAS atau BN.

Kenyataan Nasha itu dilihat sebagai antara usaha terakhir bagi meraih sokongan kumpulan tertentu dalam PAS, yang sebelum ini mengkritik sikapnya yang dikatakan terlalu liberal terhadap usaha bekerjasama dengan UMNO/BN.

Kedudukan Nasha selaku Timbalan Presiden dicabar oleh dua tokoh lain, Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu.

Daripada segi pencalonan Nasha memang berada di hadapan, tetapi beberapa hari kebelakangan ini menyaksikan Husam pula bergerak ke hadapan.

Kebanyakan pemerhati sependapat, kalau Nasha menang jalan untuk PAS dan UMNO duduk semeja masih terbuka - tak kiralah berapa kali pun dia menafikan dakwaan bahawa dia berperanan dalam usaha mewujudkan muzakarah atau muqabalah itu.

Sebaliknya, kalau Husam menang, jalan itu dijangka akan tertutup. Kalau tak tertutup terus pun setidak-tidaknya untuk beberapa waktu.

Dan hanya masa, dan perwakilan PAS bakal menentukan di antara mereka, siapa yang makan siapa!

akpj

Mustikaindah: Adat lah.............. sekejap kita di atas, sekejap kita dibawah....... sekejap kita disenangi ramai.........dan sekejap kita dibenci........

Tapi betul ke orang kata kalau nak buat orang suka dan sayang memang susah........tapi nak buat orang benci boleh jadi dalam sekelip mata?

Biasalah....... pentas dunia

CHIN PENG WAJAR TIDAK DIBENARKAN PULANG KE MALAYSIA

Isu yang masih kedengaran sehingga hari ini, diberitakan setiap masa dan dibicarakan setiap detik ialah mengenai keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke negara ini. Ini berikutan tentangan dan bantahan rakyat yang tidak mahu pengganas dan bekas petualang negera itu menjejakkan kaki ke tanah air ini. Ada sebab dan musababnya kerajaan memutuskan begitu. Mengapa kita harus menyangkal tindakan kerajaan?

Mustika lahir pada tahun 1984, di mana kedamaian dan kemakmuran negara telah dicapai hasil dari perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan pejuang negara terdahulu. Dan Mustika hanya mengetahui kisah komunis dari arwah nenek dan atuk serta dari buku-buku sejarah dan cerita guru di sekolah. Susah, sukar dan duka hidup di zaman komunis hanya mereka yang melalui nya sahaja yang mengetahuinya.... namun Mustika juga juga turut terpalit rasa dendam dan marah dengan tindak tanduk komunis yang melampau. Eloklah disokong keputusan kerajaan... jangan ada lagi yang membantah. Fikirlah perasaan mereka yang telah melalui zaman penguasaan komunis... dan Mustika percaya, tidak seorang pun dari mereka yang ingin Chin Peng kembali.

p/s: JANGAN JADI SEPERTI "MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT"