Thursday, November 13, 2008
TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG UPSR
Selain daripada satu kepuasan untuk diri sendiri atas usaha gigih selama ini, para pelajar juga mampu membuatkan ibu bapa dan keluarga berbangga dengan pencapaian mereka. Malah guru-guru juga mampu tersenyum gembira kerana pencapaian cemerlang pelajar juga adalah atas kegigihan guru-guru mengajar dan tidak jemu mencurahkan bakti dan ilmu kepada anak bangsa. SYABAS DAN TAHNIAH
Tuesday, November 11, 2008
SINGAPURA: ANTARA KEHENDAK RAKYAT DAN KEKUASAAN PEMIMPIN
Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut"). Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. (nak tahu lebih lanjut, klik disini)
Apabila perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengeluarkan kenyataan bahawa Singapura masih belum bersedia untuk mempunyai Perdana Menteri berketurunan bukan Cina, Mustika sudah mengangak jawapan tersebut. Beliau berkata demikian ketika sessi dialog bersama anggota masyarakat Melayu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di negara ini juga berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.
Sedar atau tidak, sebenarnya kaum minoriti di negara tersebut sebenarnya kepingin untuk mendapat peluang dan ruang supaya kepimpinan negara itu dipegang kembali oleh Melayu.
Tak nak cakap banyak.
Zaman sekarang....lagi banyak kita cakap, lagi banyak orang manipulasi cakap kita. Cakap sikit-sikit pun orang dah paham sebenarnya. Tak perlu panjang lebar sangat....
RAFIDAH vs SHAHRIZAT
Banyak andaian yang mungkin timbul...
Antaranya:
1) Rafidah masih belum bersedia untuk lepaskan jawatan tertinggi Wanita UMNO kot....
2) Shahrizat dah tak sabar-sabar nak pegang jawatan tu...
3) Desakan dari penyokong Rafidah supaya kekalkan jawatan hingga Jun 2009
4) Desakan dari penyokong Shahrizat supaya cepat-cepat ambil jawatan tu sebelum Jun 2009. Dah menyampah tengok muka Rafidah kot....
5) Dah masanya Rafidah berundur... Dah lama sangat dah....
6) Dah masanya Shahrizat ambil....tunggu dah lama...
Apapun, jangan saman Mustika... ini sekadar andaian yang Mustika pikir sendiri, tak ada niat nak api kan sesiapa....(mustika tengok dalam berita, ramai yang sokong Rafidah) Wallahualam....
Thursday, November 06, 2008
MP BATU GAJAH TAK RETI BAHASA
Bayangkan kalau setiap hari buat hal, I think you (MP Batu Gajah) should not be there (Parliament). Buang masa saja, bernanah telinga boleh meletup gegendang telinga dengar MP ini merapu. Mata pula berpinar-pinar dan kabur tika MP ini bangun untuk "mohon penjelasan".
Mustika nasihatkan MP ini balik kampung tanam jagung lagi bagus. Dapat jugak hasil.
MP PASIR MAS (BEBAS) SEDAR DIRI
Cadangan beliau jika terlalu banyak ketidakpuasan hati diluahkan ke atas ISA, jangan lah guna ISA tetapi guna lah Akta Hasutan sebagai penyelesaian.Mustika puji MP ini kerana tidak menjadikan isu beliau pernah ditahan di bawah ISA sebagai alasan untuk menyalahkan mana-mana pihak.
Cukup sekadar menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang mampu memberikan pengajaran kepada beliau sendiri. Baguslah..... Bila kita sedar kesalahan kita sendiri kita takkan menjadikan sesiapa pun sebagai penyebabnya.
MP KINABATANGAN (BN) LANTANG MENYUARAKAN PENDAPAT: MP PEMBANGKANG KELU
BEnar juga katanya, pembangkang yang asyik membangkang dan membantah dengan tindakan kerajaan boleh disamakan seperti anjing menyalak bukit. Suara pembangkang yang lantang di Dewan hari ini ketika ini dipatahkan dengan ucapan MP Kinabatangan ini.
Kerja bangkang membangkang, bantah membantah dan caci mencaci yang diamalkan pembangkang tidak membawa apa-apa faedah. Kerajaan BN juga yang menanggung rakyat hari ini. BArisan kerajaan BN juga yang memberi segala kemudahan kepada rakyat. Kerajaan BN jugalah yang telah membangunkan Malaysia. Malu besar Barisan PAKATAN RAKYAT yang tidak berusaha apa-apa pun untuk rakyat tapi asyik membangkang. MALU, MALU......
Benarkah tindakan keluar dewan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat ?
sumber: penembak tepat
Kata kawan saya GAP ( di sini ) diorang ni dah 6 kali keluar dewan sejak MAC lalu. Lepas menang besar jadi MP dah pandai keluar dewan ponteng...
Bayangkan tak sampai setahun dah 6 kali keluar dewan.Tak puas hati sikit keluar. Nak jadi hero sikit keluar. Last last gaji buta dapat tiap hujung bulan sbb selalu keluar keluar dan keluar.Dulu Wan Azizah jadi 'ketua keluar' ( baca : ponteng ) dan ramai membontoti beliau keluar sama2 tp skrg Anwar pula jadi ketua keluar dan dibontoti oleh MP2 PKR yang lain.
Walhal Anwar yang kena tuduh membontot dari belakang orang nama Saiful Bukhari ! hahaha Kalu main keluar dewan ni diamalkan selalu, maknanya mereka sedang menempah keranda mereka sendiri untuk PRU 13 akan datang.
Apa sebab mereka keluar ? aku rasa ada kalangan korang ni tak tahu.Kata Anwar : Najib tidak ada semangant berparlimen.
Sebab apa korang tahu tak ? tak bagi chance potong ucapan mencelah.Kata Najib, saya nak bagi lepas ni. Lepas selesai baru saya bagi. Ini hak saya.
Tapi geng depa ni bangang @ bahalol kot.Tak reti nak tunggu. Yang belajar agama pun tak sabar juga. Sedangkan Tuhan kata Dia suka orang orang yang sabar.Patutlah ketua orang orang membontot satu sama lain keluar dewan tu dok hantaq ketua taiwan nama Tian Chua tangkap MP BN yg sedang belajar sambil melawat di sana.
TU tanda jelas depa ni jenis tak sabar dan nak segera.Tapi sayang tak ada pun orang nak ikut depa jadi katak dan melompat hahahaha.Kalu macam ni nampak gaya kita kena tolak total semua geng diorang ni, sebab 70 MP depa ni keluar dewan.
Habislah jika orang kampung dok harap depa berbahas sungguh 2 tapi tak berani dan keluar dewan pula dan tuduh Najib tak ada semangat berparlimen ( klik sini pautan berita ).Pelik, ajaib, heran, siapa tak ada semangat ?yang dok tunggu dlm dewan ke atau yang KELUAR BERAMAI RAMAI dari dewan ?Ada lagi orang bodoh tak kat sini ?Lu fikir laaaa sendiri kah kah kah
TAHNIAH DAN SYABAS PDRM
Pegawai polis yang dikenali sebagai Cif Inspektor Ng Wai Leong merupakan pegawai Cawangan Jenayah Berat (D9) yang menyertai serbuan ke atas kumpulan penjenayah Geng Ah Took.
Dalam kejadian tersebut, beliau telah ditembak dua kali di kakinya hingga menyebabkan tulang kakinya pecah dan terkeluar, namun pasukan mereka berjaya membalas balik tembakan hingga menyebabkan dua penjenayah dari kumpulan itu mati serta-merta di tempat kejadian.
Lebih membanggakan, Inspektor Leong langsung tidak menunjukkan rasa takut malah masih mampu tersenyum ketika dikejarkan ke hospital. Syabas dan tahniah kepada pihak polis yang sentiasa menunjukkan kesungguhan mereka menumpaskan jenayah di negara ini.
Tetapi ada sesuatu yang menyakitkan hati apabila ada segelintir pihak menyalahkan dan mempersoalkan tindakan pihak polis menembak mati 2 penjenayah berbahaya ini. Mustika kesal dengan persoalan ini yang sengaja dibangkitkan semata-mata untuk mencari kesilapan pihak polis. Apakan daya, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia yang dengki mana boleh ditutup. Ketua Polis Negara ketika menjawab soalan dari wartawan ketika melawat Cif Inspektor Ng Wai LEong semalam menegaskan, dalam soal-soal tertentu bagi mempertahankan diri, pihak polis perlu bertindak agresif. Betul lah..... Takkan nak biarkan anggota polis mati kerana dijadikan benteng untuk pertahanan? Peluru lawannya peluru jika dah terdesak. Nyawa polis lebih berharga daripada nyawa penjenayah.
Monday, November 03, 2008
BAGAIMANA LELAKI BERIMAN BOLEH TERSUNGKUR: DITUJUKAN KHAS BUAT ANWAR IBRAHIM
Bagaimana lelaki beriman boleh tersungkur ?
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Godaan terbesar kepada lelaki adalah wanita. Iman seorang lelaki mungkin dapat dipertahankan berdepan dengan pangkat, kuasa, wang dan harta tetapi ia bisa luntur apabila berdada dengan keajaiban wanita. Wanita boleh merayu, merengek manja, memujuk, menggoda, membelai dan merangsang nafsu syahwat. Berbanding dengan godaan yang lain, khususnya dua “ta” yang lain, iaitu takhta dan harta, hanya wanita “benda yang hidup dan boleh berkomunikasi dua hala”, sedangkan harta, kereta, rumah, wang dan semua yang lain adalah benda mati dan kaku.
Justeru, Allah mengingatkan, jangan dekati zina, yakni jangan tercebur dalam kancah yang boleh menarik kepada perzinaan. Misalnya, pergaulan bebas, hubungan tanpa batas, suka mendekati majlis yang melalaikan, berkawan dengan golongan fasik, leka dengan hiburan yang menyuburkan syahwat.Namun, ramai yang mengalpakan peringatan Allah ini, termasuk mereka yang nampak menghayati amalan hidup Muslim. Jangan siapa menyangka dia insan yang tetap teguh imannya walaupun digoda kiri dan kanan, depan dan belakang, oleh wanita jelita, apalagi yang ganas nafsu seksnya.
Ingatan jangan dekati zina ditujukan kepada semua orang, lelaki dan wanita, walau apa pun latar belakangnya, tanpa sebarang pengecualian. Sesungguhnya fitnah wanita tidak boleh dipandang ringan. Nafsu lelaki cukup senang dan mudah untuk diransang, tidak kira lelaki itu beriman atau tidak, kuat beribadat atau hebat ilmunya.
Tiada lelaki yang kebal daripada tipu daya syaitan ketika bersama wanita bukan muhrim di tempat sunyi.Bukankah yang ketiga di antara lelaki dan wanita dalam keadaan seumpama itu adalah syaitan? Lelaki beriman juga tidak boleh mendakwa dirinya terselamat daripada godaan syaitan, lalu dengan berani mendekati kancah perzinaan bagi menguji keimanannya. Jangan sengaja cari nahas untuk terjebak dalam perangkap wanita.Seorang lelaki yang beriman tetapi ketika berzina sudah tercabut iman dari dadanya. Lupa diri, lupa anak, lupa isteri, lupa Tuhan, walaupun kemudiannya bertaubat, mereka bersalah, memohon keampunan dari Illahi.
Sememangnya mudah menyesal selepas melakukan perbuatan terkutuk, tetapi yang lebih sukar ialah menjarakkan diri sejauh-jauhnya daripada tarikan zina. Pergaulan lelaki perempuan harus dibataskan.Ini bukan peringatan kuno tetapi pengisytiharan keramat. Jangan hanya kerana merasa dekat dan mesra, misalnya sesama teman sepejabat, keluarga angkat atau sahabat tempat mengadu masalah, maka batasan pergaulan tidak dihiraukan lagi.
Syaitan tidak pernah lupa untuk memarakkan lagi nafsu kejantinaan dan lambakan syahwat yang tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. Sesungguhnya akan perindahkan apa yang ada pada wanita yang bukan hak kita, termasuk isteri sahabat sendiri, walaupun hakikatnya isteri di rumah sebenarnya lebih cantik, bersopan dan tidak jemu-jemu melayan si suami.Maka isteri dilihat serba tidak kena, menyakitkan mata memandang, manakala wanita bukan muhrim dilihat sebagai penggoda yang mendebarkan jantung dan menggetarkan perasaan.
Malah, perlakuan sumbang lebih mudah terangsang dengan pasangan yang dianggap seperti saudara sendiri kerana mereka tidak lagi bimbang dengan masyarakat sekeliling. Mungkin ketika itu, jika dilihat orang mereka berdua-duaan atau berkelakuan yang mencurigakan, ia tidak membawa umpat keji persekitaran.Misalnya si lelaki A yang menganggap pasangan suami isteri B-C seperti keluarga sendiri, dan umur mereka dijarakkan seperti adik dan abang, kalaupun tidak seperti ayah dan anak. Si isteri C dilihat cukup manja dengan lelaki A tetapi suami B pula tidak pernah menaruh rasa syak wasangka. Timbul saja sikit masalah rumahtangga, C akan meminta nasihat daripada A, sehingga seolah-olah tiada lagi rahsia antara mereka. Ya, hubungan mereka seperti abang adik, atau ayah dengan anak, jadi untuk apa dicurigakan. Lelaki A boleh keluar masuk rumah B-C walaupun ketika suami B tidak di rumah. Jiran-jiran pun tidak menganggapnya sebagai tingkah laku luar batasan kerana mengenali hubungan mereka bagai saudara mara.Bagi saya, keadaan seperti inilah yang lebih memudah-kan berlakunya hubungan sulit antara lelaki A dan isteri C sehingga terjerumus melakukan zina, terutama bagi mereka yang dekat dengan agama.
Muqadimah ini saya dahulukan sebelum mengulas lebih panjang tuduhan skandal biseksual yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang dilihat dan dianggap masih kuat penghayatan agama dan murni akhlaknya, walaupun selepas 16 tahun menyertai UMNO, suatu parti sekular pragmatis yang tidak selari dengan perjuangan ABIM yang diasaskannya dulu.
Namun ia tidak bermaksud untuk membenarkan segala tuduhan itu, yang bagi sesetengah pihak tidak masuk akal dilakukan oleh orang seperti Anwar, malah oleh lelaki sedia diketahui buruk akhlaknya.
Mungkin berzina tidak begitu memeranjatkan, tetapi tuduhan homoseksual dan melanggan pelacur tidak dapat untuk disandarkan dengan imej keperibadian Anwar selama ini.Berbanding dengan tokoh-tokoh UMNO lain, akhlak dan perilaku Anwar dilihat masih terpelihara dan kurang diperkatakan tentang aspek negatifnya.
Malah itulah kelebihan Anwar, yang diwarisi sejak beliau memimpinj pergerakan mahasiswa, belia dan ABIM.Pernah Anwar, khususnya ketika menjadi Presiden ABIM, dianggap lelaki mithali, yang kelihatan suci di tengah kegawatan sosial dan kepincangan akhlak ketika itu. Penyertaannya dalam UMNO, yang pernah dikecam hebat pendokong gerakan Islam, masih berupaya mengekalkan imej bersihnya walaupun beliau sering menjadi sasaran utama tuduhan surat layang.
Kata banyak orang, Anwar juga "kotor” seperti pemimpin UMNO yang lain, tetapi kehebatannya ialah beliau tetap berjaya menampakkan imej bersihnya, bersih dalam kotor."Wajah malaikatnya menutup nafsu syaitanannya," dakwa seorang pemimpin muda UMNO.
Mungkin kehebatan perhubungan awam dan kepetahannya berpidato sehingga seringkali dilihat menyampaikan khutbah Jumaat menyebabkan Anwar kekal dengan imej Islamiknya.Namun begitu Anwar dikatakan mudah mesra dan ramah walaupun dengan orang yang baru dikenalinya, termasuk golongan wanita. Anwar juga suka bergurau senda, manja, pandai mengambil hati, bijak berdiplomasi dan membuatkan orang yang menemuinya merasakan merekalah yang paling rapat dan intim dengan Anwar. Penampilannya memang diakui menarik bagi wanita.”
Kalau pemimpin ABIM berjumpa Anwar, mereka merasakan merekalah yang paling dekat dengan Anwar. Kalau Vincent Tan ataupun Dato' Nalla berjumpanya, mereka juga merasakan merekalah yang paling mesra dilayan Anwar," kata seorang tokoh akademik yang mengenali Anwar agak rapat khususnya sebelum Anwar menyertai UMNO.Ada sumber menyebut, hatta pemimpin PAS sendiri masih mempunyai hubungan baik dengan Anwar. Begitu juga dengan tokoh-tokoh ulamak terkemuka tanahair misalnya Dr Haron Din, Anwar sentiasa mempastikan hubungan dengan mereka sentiasa dijalin erat.
Saban tahun, terutama di bulan Ramadhan, secara rasmi Anwar menjemput ulamak tersohor ini ke kementeriannya, untuk menyampaikan ceramah. Ini belum dikira ulamak luar negara berwibawa, seperti Dr Yusof al-Qardhawi, yang dikira lebih rapat dengan Anwar berbanding pemimpin gerakan Islam tanahair.Malah Anwar digeruni oleh pemimpin UMNO kerana tegasannya dalam isu moral dan korupsi.
Ramai membayangkan, jika Anwar menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, barisan kepemimpinan parti yang terbabit dalam salah laku akan tersisih dan diketepikan.Komitmennya dengan penghayatan agama membuatkan mereka yang curang kecut perut hinggakan penyingkiran Rahim Tamby Chik satu waktu dulu dikaitkan dengan langkah pembersihan Anwar terhadap tokoh-tokoh yang bankrap moralnya.
Ayat yang selalu Anwar lafaz ialah : " tiada kompromi dengan isu kebejatan akhlak masalah rasuah." Penyokong-penyokongnya mendakwa, terutama bila berdepan dengan ahli-ahli PAS, bahawa Anwar akan membersihkan parti itu daripada pemimpin yang rosak akhlak, kaki perempuan, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan rasuah, hanyut dalam kapitalismel suku-sakat.
Pernah dalam isu calon Presiden Amerika, Gary Hart yang terpaksa mengundur diri kerana dibabitkan dengan perempuan simpanannya, Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Pendidikan menegaskan: "1 share the view that leaders should have high morals in order to lead the people.
The people should know something about the private lives on those who seek public office to ensure that they vote in the right people. The issue regarding Gary Hart is not so much about his sexual life but more about his credibility as a leader"Pandangan ini menyanggah sesetengah tanggapan bahawa kehidupan peribadi seseorang adalah haknya dan tidak perlu dijadikan isu selagi mana ia tidak menganggu kelancaran tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Malang sekali, tokoh yang diharap menerajui reformasi ini hampir tertiarap dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Meskipun ia masih belum dibuktikan di mahkamah tetapi imej baiknya selama ini sudah cukup tercemar.Malah kedudukan Anwar, bukan sekadar disamakan, malah lebih buruk daripada apa yang dialami Rahim Tamby Chik."
Kalaupun betul Anwar difitnah, mengapa pula dipilih fitnah tentang seks?" soal seorang pemimpin muda parti pembangkang."Sekiranya kehidupan Anwar selama ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan skandal biseksual, tentunya amat sukar untuk memerangkap Anwar sehingga boleh meyakinkan publik.
Betul... Mahathir berkuasa atas segala-galanya, termasuk menguasai mahkamah, polis dan media, tapi Mahathir tidak boleh mengadakan benda yang langsung tidak wujud. Satu hari nanti, betapa ditutup sekalipun, kebenaran akan terserlah juga. Begitu juga dengan kebatilan, meskipun cuba ditudung, tetapi seperti bangkai, akhirnya tercium juga baunya yang busuk itu."Nota : Rencana di atas ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Malaysia Tanpa Anwar", Penerbitan Pemuda, 1998. Ahmad Lufti sekarang adalah Ketua Pengarang Harakah.sumber: http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
Jangan Sangka Boleh Jadi “Wira” Dengan Bangkit Isu Perkauman
Posted on Friday, October 31 @ 10:23:22 MYT
Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO membidas sangkaan pihak tertentu bahawa mereka boleh menjadi ‘wira’ dengan membangkitkan isu perkauman kerana majoriti rakyat sudah bosan dengan cerita politik atau perbincangan sedemikian.
Sambil melahirkan kebimbangan berhubung tindakan MCA dan MIC yang memainkan isu berbaur perkauman termasuk cadangan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat awam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebaliknya mahu pemimpin membuat kerja, bergerak dan menyatupadukan masyarakat.
Tindakan membangkitkan isu perkauman tegasnya hanya akan menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
"Dalam konteks ekonomi, jika peratusan menjadi pertimbangan, apalah gunanya kita bercakap mengenai menghapuskan 30 peratus kerana dalam kedudukan ekonomi dunia sekarang yang merudum, ia ia hanya satu angka dan peratusan kepada kek ekonomi yang mengecil tidak bermakna langsung.
"Lebih penting sekarang ialah kita tidak berpolemik dan berkisar kepada isu perkauman tetapi melihat ke hadapan bagaimana berhadapan dengan kegawatan ekonomi negara, apa rancangan dan juga cadangan daripada pihak MCA serta MIC untuk membantu memperkukuh ekonomi kita," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008 di sini, Khamis.
Jelas beliau lagi sudah tiba masa untuk semua pihak bertanggungjawab melihat cabaran yang terpaksa negara hadapi, sebagai satu bangsa tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.
Ini kerana katanya masa akan datang ini cukup mencabar kerana ekonomi dunia menuntut semua pihak melihat penyelesaian dan bagaimana untuk kekal bertahan.
Media baru-baru ini melaporkan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senarai awam bagi memastikan ia terus bersaing.
Ini disusuli kenyataan Pemuda MIC yang turut membuat desakan sama dengan Ketuanya, T Mohan, menegaskan sudah tiba masa untuk kerajaan berbuat demikian demi kepentingan bersama seluruh rakyat negara ini.
Mengulas lanjut perkara itu Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan Liow bahawa kenyataan awal Menteri Kesihatan berkenaan mengenai isu penghapusan ekuiti Bumiputera itu disalah tafsir oleh media tertentu.
"Kita (BN) ada saluran untuk saling berbincang dan berinteraksi. Hakikatnya adalah tidak sesuai bagi pemimpin muda yang ingin mengorak langkah jauh ke hadapan mencetuskan isu berbaur perkauman.
"Proses pemilihan kepimpinan dalam parti BN akan menjadi ujian pemimpin bagaimana yang akan kita tonjolkan. Saya percaya hanya mereka yang beraspirasi nasional, mampu menyahut dan memikul perjuangan BN, akhirnya akan diterima rakyat," ujarnya.
Kerajaan Pakatan Di Selangor Diselubungi Sindrom Kecelaruan Pemikiran
Posted on Monday, November 03 @ 10:51:28 MYT
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur –- Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan pakatan pembangkang yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor sekarang sedang mengalami sindrom kecelaruan pemikiran dan dasar kerjasama pakatan tersebut.
Ini katanya dibuktikan dengan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan keputusan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Jelas beliau lagi Pas sudah mula sedar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup menjadi boneka kepada sebuah cerita kerajaan yang kononnya ‘terbuka’ tetapi sangat berbau perkauman dan cuba menjolok kesabaran orang Melayu.
"PKR pula menjadi semakin tidak popular di kalangan orang Melayu apabila ramai yang curiga dengan pemikiran dan tindakan pimpinan mereka.
"Mereka sudah termasuk ke dalam jerat pemikiran yang mereka bina sendiri iaitu kesanggupan melondeh hak dan keistimewaan orang Melayu dari atas sampai ke bawah," katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.
Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Ekonomi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya berpendapat, Pas semestinya tidak rela berada dalam arus pemikiran yang berbahaya kepada masa depan politik mereka di kawasan atau negeri majoriti Melayu.
Justeru katanya lagi Pas wajar membuat keputusan yang berani untuk tidak terus berada dalam arus tidak sihat yang dipelopori PKR.
"Usaha yang dilakukan oleh Abdul Hadi adalah bertepatan dengan sentimen masyarakat akar umbi di Selangor yang makin rasa tidak selesa dengan kaedah pentadbiran kerajaan negeri.
"Isu Siew Moi hanyalah sebahagian daripada petunjuk yang membayangkan Pakatan Rakyat dalam keadaan yang sakit dan ini boleh dilihat dalam banyak kes atau isu kebelakangan ini," ujarnya.
Tuesday, October 28, 2008
Zahid lulus rombongan khas Pas ke Makkah
IPOH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau meluluskan permohonan khas rombongan ke Makkah daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin walaupun ada lebih 348,000 senarai menunggu dalam simpanan Tabung Haji.
Beliau berkata, kelulusan untuk rombongan 22 ahli Pas termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Misbahul Munir Masduki itu dibuat atas dasar saudara satu agama.
Katanya, berdasarkan 348,000 individu dalam senarai menunggu ke Makkah, mereka yang mendaftar tahun ini hanya boleh ke Tanah Suci pada 2019, tapi beliau meluluskan permohonan Mohammad Nizar kerana bersifat terbuka dengan mengetepikan perbezaan politik.
"Saya tidak mengambil pendekatan politik tetapi sebaliknya bersikap terbuka dalam mengendalikan hal agama dan saya harap Menteri Besar juga mengambil pendekatan yang sama dalam soal agama.
"Haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun kami dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama," katanya kepada pemberita selepas Majlis Adil Fitri anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Perak di sini, hari ini.
Dalam Pilihanraya Umum Mac lalu, Mohd Misbahul adalah calon Pas yang tewas kepada penyandang, Shaarani Mohamed bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup dalam Parlimen Bagan Datoh yang diwakili Dr Ahmad Zahid.
Mohammad Nizar pula memenangi DUN Pasir Panjang menewaskan calon Barisan Nasional dari MIC, Dr S Vasan.
______________________________________________________________________
sekali lagi, belajar lah berterima kasih.... Bukannya susah pun....
Harga minyak mentah menjunam AS$60 setong
berita harian online
NEW YORK: Harga minyak mentah dunia menjunam semalam, terentah dalam masa 17 bulan berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global yang menyaksikan permintaan terhadap bahan api itu menurun.
Di New York harga minyak light sweet bagi Disember menjunam 93 sen untuk ditutup kepada AS$63.22 setong.
Pada satu ketika, harga bahan api itu berada pada kedudukan terendah iaitu AS$61.30, paras sama pada Mei 2007.
Kemerosotan harga minyak itu membawa kesan dramatik kepada penurunan harga saham di Asia semalam, termasuk indeks Nikkei di Tokyo yang menyaksikan penurunan terendah sejak 1982. - AFP
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Satu lagi berita menggembirakan bagi rakyat Malaysia khususnya. Walaupun penurunan harga minyak ini belum lagi di khabarkan kepada rakyat Malaysia, namun harapan rakyat Malaysia sudah tentu tidak akan dikecewakan.
Yang paling penting, belajarlah berterima kasih kerana ucapan terima kasih walaupun pendek tetap akan memberi makna yang amat besar kepada semua pihak.
Thursday, October 23, 2008
AMALAN NEPOTISME LIM KIT SIANG
Mungkin ramai yang masih tidak tahu apa maksud perkatan ini. NEPOTISME beerti lebih memilih saudara atau teman akrab berdasarkan hubungannya bukan berdasarkan kemampuannya.
Kata ini biasanya digunakan dalam konteks derogatori.Sebagai contoh, kalau seorang ketua mengangkat atau menaikan jabatan seorang saudara, bukannya seseorang yang lebih berkualifikasi namun bukan saudara, ketua tersebut akan bersalah karena nepotisme.
Pakar-pakar biologi telah mengisyaratkan bahwa tendensi terhadap nepotisme adalah berdasarkan naluri, sebagai salah satu bentuk dari pemilihan saudara.Di Indonesia, tuduhan adanya nepotisme bersama dengan korupsi dan kolusi (ketiganya disingkat menjadi KKN) dalam pemerintahan Orde Baru, dijadikan sebagai salah satu pemicu gerakan reformasi yang mengakhiri kekuasaan presiden Soeharto di tahun 1998. (wikipedia)
Jelas sekarang, Lim Kit Siang sudah tidak berani lagi menggunakan perkataan sebegitu kerana ada ketikanya beliau mungkin tersedar dari mimpi indah bahawa beliau sendiri sebenarnya yang telah mengamalkan NEPOTISME di dalam kekuasaannya.
Buktinya, anak sendiri sudah berada di tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Jika kekuatan dan kekuasaan Soeharto diakhiri kerana mengamalkan NEPOTISME, tidak mustahil juga kuasa dan kekuatan Lim Kit Siang akan berakhir kerana amalan tersebut. Kita tunggu dan lihat sahaja.
"SI DAYUS" DALAM BUANGAN (MEMBUANG DIRI SENDIRI)...
Hindraf Serah Memorandum di Parlimen
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sekumpulan 11 anggota kumpulan haram Hindu Right Actions Force (Hindraf) hari ini membuat kecoh lagi, kali ini di Parlimen atas alasan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengaktifkan semula pasport pemimpin mereka.Kumpulan itu mendakwa pasport P. Waytha Moorthy yang kini membuang diri di Britian tidak lagi aktif, dan oleh itu, beliau tidak dapat kembali ke tanah air untuk merayakan Deepavali pada Isnin depan bersama keluarga. READ MORE HERE
Pasport Pemimpin Hindraf P. Waytha Moorthy Tidak Pernah Ditarik Balik
PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri tidak pernah mengarahkan supaya pasport pemimpin Hindraf P. Waytha Moorthy yang sendirinya kini tinggal dalam buangan di Britain, ditarik balik.Menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kementeriannya hanya meminta beliau menyerahkan pasportnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Britain. READ MORE HERE
DES : Sekali lagi tindakan bangang Hindraf membuat kacau kali ini di parlimen. Nak hantor memorandum kononnya. Kepala Pertubuhan Bangang ini telah "membuang dirinya" di Britain dan kerajaan Malaysia hanya meminta beliau menyerahkan passport di Kedutaan, tapi mangkuk ayun tersebut langsung tak pegi ke sana pun, habih macama mana nak batalkan. Bongok!
Kerajaan ni pun satu. Kata dah haramkan mangkuk ayun ni. Amik la tindakan. yang di baginyer masuk ke dalam parlimen tu ngape? Cuba buat macam Al-aRQAM tu...dah diharamkan, senyap pun deme. Cuba bayangkan kalau semua ahli Al-Arqam menyerbu parlimen..tak kecoh macam mangkuk ayun ni buat...
Hantor memorandum buang masa, buang tenaga, mengelamkabutkan suasana! Tak payah nak batalkan passport, batalkan sahaja kerakyatan mangkuk ayun tersebut...Dah jangan bagi dia balik sini lagi. Dah la tinggalkan ahli-ahli yang akalnya setinggi buku lali ajer...lepas tu paksa pulak diorang buat kacau kat Malaysia. Mangkuk ayun tu pulak seronok lepak kat Britain... Nak mintak balik Deepavali konon, sambut kat sana la, hang tak layak nak sambut di sini...Yang pengikutnya ni pulak...ikut la apa mangkuk ayun tu cakap..., ELLO, BOS KORANG DAYUS!buduh!
Apa la nak jadi!
MP RASAH KEHABISAN MODAL UNTUK BERDEBAT
Timbalan Menteri yang mewakili Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan bahawa sebelum 8 Mac 2008, Menteri Besar Kelantan (PAS) telah dijemput untuk sama-sama menyertai misi-misi yang dijalankan oleh Kementeriannya. MP Rasah yang tidak berpuas hati telah mendakwa bahawa kerajaan BN belum bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Namun Timbalan Menteri membidas bahawa Kementeriannya bukan tidak ingin menjemput Menteri Besar atau Ketua Menteri Pakatan Rakyat. Timbalan Menteri juga menegaskan bahawa Kementerian atau Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan diskriminasi kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Malah beliau juga dengan hati yang terbuka telah mempelawa Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat untuk menyertai misi-misi perdagangan antarabangsa yang akan dijalankan kelak.
Pada pandangan Mustika, mengapa pula Pakatan Rakyat nak sibuk sangat tentang misi-misi ini? Selama ini ketika BN ingin memngadakan kesepakatan, Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mereka yang degil dan bodoh sombong. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, MP Pakatan Rakyat sudah mahu menempel dengan aktiviti-aktiviti Kerajaan BN. Dakwaan mereka yang seolah-olah menjadikan BN subjek untuk dipersalahkan bagi menutup kesalahan mereka sendiri amat memalukan.
Mereka dah habis modal sebenarnya.
TINDAKAN YDP DEWAN RAKYAT TIDAK PERLU DIPERTIKAI
Namun Tan Sri Speker masih tetap dengan pendiriannya dan meminta supaya MP Permatang Pauh memberi jaminan yang penuh kepada beliau jika tiada lagi MP (Pembangkang) yang berkelakuan kurang sopan seperti yang telah dilakukan oleh MP Tasik Gelugor. Namun, MP Permatang Pauh gagal memberikan kata putus dan terkedu seketika dengan arahan Tan Sri Speaker. Iyalah, mana boleh DSAI memberikan jaminan sebegitu memandang beliau juga ada bersikap demikian di Parlimen. Kepada MP Permatang Pauh, duduk diam-diam sajalah. Jangan mencelah kalau tak tahu hujung pangkalnya. Jangan main hentam sahaja.
PERATURAN MESYUARAT PERKARA 44
44. (1) Pengerusi setelah menarik perhatian Majlis
Mesyuarat atau Jawatankuasa kepada kelakuan
seseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkan
perkara yang tidak ada kena-mengena dengan
perkara mesyuarat atau berulang-ulang menyebutkan
hujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalam
sesuatu perbahasan, boleh memerintahkan ahli itu
suruh berhenti bercakap. Mesyuarat hendaklah diam
bila Pengerusi bercakap.
Keputusan Pengerusi adalah muktamad.
(2) Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana
ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan
perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat
atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi
keluar dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak
melebihi sepuluh hari dan ahli tersebut hendaklah
dengan serta-merta keluar dari Majlis Mesyuarat.
Sekiranya mesyuarat berakhir sebelum tamat tempoh
sedemikian, maka baki tempoh itu hendaklah dibawa
ke mesyuarat yang akan datang, melainkan jika
Parlimen dibubarkan sebelumnya. Jika Pengerusi
tidak menentukan tempoh ahli diminta keluar, tempoh
tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua
hari termasuk hari kejadian berkenaan.
(3) Jika Pengerusi mendapati bahawa kuasa di
bawah perenggan (1) dan (2) tidak mencukupi, dia
boleh memulakan prosedur untuk menggantung
perkhidmatan seseorang ahli dengan menyebut
nama ahli tersebut seperti berikut:
“Saya dengan ini menamakan Ahli Yang
Berhormat Tuan......................................”
Seorang Menteri hendaklah selepas itu bangun
dan mencadangkan dan seorang Menteri lain
menyokong suatu usul seperti berikut:
“Bahawa Majlis Mesyuarat dengan ini
memutuskan bahawa Tuan ..............................
digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat
ini sehingga (tarikh).”
Pengerusi hendaklah mengemukakan usul itu bagi
diputuskan oleh Majlis Mesyuarat tanpa sebarang
pindaan, penangguhan atau perbahasan.
(4) Sesuatu tindakan boleh diambil di bawah
Peraturan ini walaupun kelakuan yang tidak senonoh,
perbuatan penghinaan atau perbuatan terus tidak
mengendahkan kuasa Pengerusi telah berlaku semasa
dalam Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat.
(5) Jika seseorang ahli telah digantung daripada
perkhidmatan Majlis Mesyuarat, dia hendaklah
diarah keluar daripada mesyuarat dan tidak boleh
mengambil bahagian dalam mesyuarat sehingga
tempoh penggantungan itu tamat. Sekiranya
mesyuarat yang sedang berjalan tamat sebelum
tamat tempoh penggantungan itu, maka baki tempoh
penggantungan itu hendaklah dibawa ke mesyuarat
yang akan datang, melainkan jika Parlimen diprorog
atau dibubarkan terlebih dahulu.
(6) Pengerusi boleh menangguhkan Majlis
Mesyuarat pada bila-bila masa untuk mengatasi
kelakuan tidak senonoh di dalam Majlis Mesyuarat
dan apabila Majlis Mesyuarat bersidang semula
Pengerusi atau Majlis Mesyuarat boleh membuat
keputusan mengenai perkara tersebut atau mengambil
tindakan terhadap mana-mana orang yang didapati
telah melanggari Peraturan-peraturan Mesyuarat ini
semasa berkelakuan tidak senonoh sebaik sahaja
sebelum penangguhan Majlis Mesyuarat.
(7) Pengerusi boleh memerintah mana-mana
orang, termasuk seseorang anggota kakitangan
Parlimen atau mana-mana pegawai polis, untuk
menguatkuasakan mana-mana keputusan atau
perintah yang dibuat di bawah Peraturan ini.
Wednesday, October 22, 2008
Sikap Anwar terhadap Sabah terus dipertikai
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dikritik di Dewan Rakyat termasuk didakwa bersikap talam dua muka dalam memperjuangkan nasib penduduk terutama di Sabah.
Salleh Kalbi (BN-Silam) berkata, Anwar tidak pernah memberi perhatian serius terhadap Sabah ketika beliau berada dalam kerajaan sebelum ini tetapi kini mengambil sikap yang berbeza.
Katanya, sikap prihatin terhadap Sabah yang kini ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang itu hanya bertujuan mendapatkan sokongan daripada rakyat negeri tersebut.
''Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan tentang biasiswa untuk pelajar Sabah tetapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah," katanya.
Ketika membahaskan Bajet 2009, Salleh mempersoalkan tindakan Anwar yang kini kononnya mahu memperjuangkan kebajikan pelajar dari Sabah.
''Kenapa sekarang ini baru beliau mahu menjadi hero kampung di Sabah dan Sarawak," ujarnya.
Tindakan itu katanya, menunjukkan Anwar seorang yang bersikap talam dua muka dan simpatinya terhadap kedua-dua negeri tersebut hanya kerana mempunyai agenda tertentu.
Dalam pada itu, Salleh menggesa semua rakyat bersatu dan terus berpegang dengan kontrak sosial yang memungkinkan negara ini merdeka serta menikmati kemakmuran seperti hari ini.




