Wednesday, May 12, 2010

Lagi pemimpin keluar PKR

UTUSAN MALAYSIA

IPOH 11 Mei – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda, 51, hari ini meletakkan semua jawatan dan mengisytiharkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Serentak itu, beliau mengumumkan PKR Ipoh Barat akan dibubarkan kerana lebih daripada dua pertiga Ahli Jawatankuasanya termasuk sayap Wanita, mengambil tindakan serupa.

Katanya, buat permulaan, sekurang-kurangnya 500 daripada 2,000 ahli dari 22 cawangan cabang itu akan menurut jejaknya.

‘‘Saya rasa sudah sampai masanya untuk saya meninggalkan parti kerana PKR sekarang mempunyai terlalu banyak masalah yang tidak mampu dibendung dan diatasi oleh kepimpinan.

‘‘Saya dapati PKR sekarang sudah hilang arah perjuangan asal kerana terdapat ‘syaitan-syaitan besar’ dan ‘petualang-petualang’ yang sedang bermaharajalela dalam parti khususnya di Perak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Fauzi sebelum ini pernah membuat dakwaan bahawa dia telah ditawarkan RM50 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik ahli dewan undangan negeri (ADUN) pakatan pembangkang di negeri ini melompat parti.

Kenyataan itu dibuat ekoran tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu meletak jawatan dan keluar dari PKR.

Fauzi juga dituduh oleh penyokong pakatan pembangkang sebagai individu yang bertanggungjawab dalam memujuk Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meninggalkan PKR pada Mac lalu.

Menurut Fauzi yang sudah 10 tahun berjuang dalam PKR, dia mula memikirkan untuk mengambil keputusan tersebut selepas menjadi mangsa fitnah, umpat keji serta penghinaan termasuk dituduh sebagai ‘ejen UMNO’ dan ‘muka tembok’ oleh kumpulan ‘syaitan-syaitan besar’ yang cuba menyingkirnya dari parti.

Katanya, kemuncak penentangan itu apabila dia dihalang dari menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR di Kelantan pada 29 Mei ini sebagai perwakilan atas alasan mengeluarkan kenyataan akhbar mengkritik kepimpinan parti.

‘‘Saya telah dihasut untuk mengeluarkan kenyataan meminta Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat sesuatu pada parti di Perak ekoran pelbagai masalah yang timbul.

‘‘Mereka hendak buang saya secara demokrasi tidak boleh kerana saya mendapat sokongan padu daripada ahli PKR Cabang Ipoh Barat dan oleh itu, mereka meminta PKR Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas saya,” katanya.

Ditanya mengenai kumpulan ‘syaitan-syaitan besar’ itu, Fauzi berkata, kumpulan tersebut juga yang menyebabkan Jamaluddin dan Mohd. Osman bertindak keluar dari parti sebelum ini.

Katanya, gerakan kumpulan ‘syaitan-syaitan besar’ untuk menguasai PKR di Perak sudah bermula pada 2002 tetapi cubaan mereka gagal selepas tewas pada pemilihan parti.

‘‘Namun apabila Osman Abdul Rahman dan Ismail Yusof meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR negeri, bermulalah pelbagai masalah dan budaya politik dalam parti juga sudah berubah.

‘‘Kumpulan ‘syaitan-syaitan’ ini mendapat sokongan pimpinan pusat, jadi seolah-olah mereka ini mendapat restu dari pusat,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau tidak bimbang dituduh menerima ganjaran untuk keluar parti, Fauzi berkata, ia sudah dijangkakan.

‘‘Saya hendak tunggu apa mereka hendak cakap dan akan berhujah balik serta mendedahkan kepada rakyat satu persatu mengenai siapa mereka yang berada dalam PKR Perak sekarang,” katanya.

Ditanya sama ada akan menyertai UMNO selepas ini, Fauzi memberitahu, beliau tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini tetapi akan terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

‘‘Saya akan teruskan karier politik melalui Pertubuhan Kebajikan Tindakan Suara Rakyat Negeri Perak yang akan saya tubuhkan dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan, Fauzi akan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada Jumaat ini untuk mengumumkan peletakan jawatan beramai-ramai AJK PKR Cabang Ipoh Barat dan pembubaran cabang tersebut.

Monday, May 10, 2010

JANGAN KITA LUPA


MANIFESTO PAKATAN RAPUH DI SIBU: SATU LAGI PEMBOHONGAN

Kalau Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor baru-baru ini, Pakatan Rapuh menggunakan slogan yang "SELAMATKAN MALAYSIA" (sampai sekarang Mustika tak tahu nak selamatkan Malaysia daripada apa, musuh ke?, serangan jerung ke?, atau gempa bumi ke.....), di Sibu pula, slogan "JOM UBAH" digunakan. Nak ubah apa ya? ubah peta Sibu ke? Ubah nama Sibu ke? atau ubah penempatan penduduk Sibu (sebab mungkin Pakatan Rapuh nak bina empayar dekat situ..........hahahahahahahaha).... Walau apa pun, Mustika masih menunggu, calon DAP ni nak ubah apa!

Satu lagi, awal pagi ni Mustika sempat baca satu lagi 'lawak' Pakatan Rapuh dan DAP yang buat manifesto untuk 'UBAH' apa yang patut di Sibu. Mahu tergelak pun ada masa Mustika baca mengenai manifesto DAP dan Pakatan Rapuh di Sibu. Manifesto PRU yang lepas pun tak ada yang berjaya dilaksanakan, inikan pula PRK kali ni. Jom sama-sama kita nilai dan lihat apa 'perubahan' yang ingin DAP laksanakan;

1. Masa depan Sibu - Apabila DAP dan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, kami berjanji akan menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam tempoh dua tahun, disamping melaburkan dalam modal insan dan prasarana untuk menjadikan Sibu sebagai pusat antarabangsa bagi industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan. (BOHONG- sebab tidak mungkin DAP dan Pakatan Rakyat akan menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat...., mimpi di siang hari)

2. Warga Emas - Semua rakyat Sarawak yang berumur lebih 60 tahun akan menerima bayaran minimum RM100 setahun sebagai menghargai sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Sarawak (BOHONG- tiru idea Kerajaan BN, sumbangan kepada warga emas ni sebenarnya dah lama Kerajaan BN buat...)

3. Gaji Minima - Kami akan menetapkan gaji minimum RM750 sebulan kepada semua pekerja di Semenanjung dan RM830 sebulan di Sarawak (BOHONG- mana Pakatan rapuh nak cekau duit? nampaknya kena ambil hasil jual arak, babi, dan judi lah jawabnya... baru-baru ini PM telah bagi jaminan untuk mengkaji tahap gaji minima pekerja di Malaysia memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat...Lihatlah siapa dulu yang prihatin dengan nasib pekerja....)

4. Pendidikan - Semua sekolah akan diberi peruntukan mengikut keperluan sebagaimana yang dilaksanakan sekarang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk memastikan anak-anak kita mempunyai masa depan yang cerah (BOHONG- Kerajaan BN dah buat semua perkara ni sebelum ni, sektor pendidikan adalah keutamaan Kerajaan BN untuk memastikan rakyat mendapat kemudahan pendidikan diberi sama rata kepada rakyat, prasarana pendidikan seperti sekolah, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin, guru-guru yang bertauliah.........BN dah buat semua tu.... buktinya RM1.8 billion diperuntukkan untuk pembangunan sektor pendidikan)

5. Royalti Minyak - Sarawak akan menerima royalti minyak sebanyak 20 peratus dari Petronas, iaitu meningkat dari lima peratus yang diberikan oleh Petronas sekarang.(BOHONG- mula-mula yang akan songlap duit Petronas adalah Pakatan Rapuh, sebab mereka dah lama mengidam dengan royalti minyak Petronas ni. Maklumlah, dah kebulur)

6. Reformasi Tanah - Semua tanah hak adat Bumiputra (NCR) akan diukur nilai dan diberi hak milik manakala pajakan yang akan luput akan dilanjutkan tempoh tanpa syarat. Ini akan membuka peluang ekonomi besar di Sarawak. (BOHONG- ingat isu YBK? Ingat isu Kampung Buah Pala? Ingat isu ICity di Selangor?, hak rakyat dirampas dengan kejam)

7. Pentadbiran CAT dan Demokrasi - Kami akan mengamalkan pentadbiran Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) serta melaksanakan sistem tender terbuka, membenarkan kebebasan bersuara dan mengadakan pilihan raya tempatan. (BOHONG- Selangor dan Pulau Pinang adalah contoh terbaik kepada kegagalan pentadbiran Pakatan Rapuh)

15 NAZIR MASJID SELANGOR INGKAR ARAHAN SULTAN

sumber: Berita Harian Online


SHAH ALAM: Seramai 15 nazir masjid di Selangor diberi amaran keras kerana mengingkari arahan melarang mana-mana pihak menggunakan masjid di negeri itu sebagai tempat berpolitik. Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap nazir yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata larangan berpolitik itu perlu dipatuhi kerana ia tertakluk mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Beliau berkata, amaran lebih tegas, termasuk memecat nazir akan dikenakan selepas ini jika mereka terus mengingkari arahan berkenaan.

"Kaedah Tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sudah menyatakan secara jelas melarang semua pihak mengadakan ceramah dalam masjid yang berunsurkan politik, fitnah, menghasut dan menyakiti pihak lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menghadap Sultan Selangor berhubung titah baginda yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik.

Mohammed Khusrin berkata, Jais sudah meletak papan kenyataan berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau di negeri itu. Antara lain papan kenyataan itu dengan jelas menyebut mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Enakmen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di KAJANG, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.

“Amat malang, Zaid sebagai seorang peguam hanya tahu mengenai undang-undang sivil, tetapi tidak belajar undang-undang syariah. Zaid perlu tahu di Selangor, titah baginda adalah arahan yang perlu dihormati,” katanya yang turut menyifatkan tindakan Zaid itu biadap.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Pekan Batu 14, di sini, semalam.

Di KOTA BHARU: Zaid mendakwa beliau tidak membuat sebarang kesilapan kerana tafsiran yang dibuatnya dalam artikel itu mengikut undang-undang negara.

“Justeru, saya tidak perlu minta maaf terhadap pihak istana. Kontroversi timbul disebabkan ada pihak tidak faham perkara itu,” katanya
____________________________________________________________

Mustikaindah: sudah diberi amaran, sudah diberi peluang untuk 'bertaubat' tapi masih degil dan mengulangi kesilapan demi kesilapan yang terang terangan adalah salah dan tidak beretika. Tak reti bahasa betul mereka ni. Masjid adalah tempat ibadah yang suci bagi penganut agama Islam, namun sering kali dicemari dengan tindakan bodoh dan tidak bermoral pemimpin dan pengikut parti yang sudah hampir reput (Pakatan Rakyat).

Walau diberi kata dua oleh pemimpin tertinggi negeri iaitu DYMM Sultan, namun mereka tetap ingkar dan mempersendakan titah DYMM Sultan. Seolah-olah "siapalah sultan mahu menghalang kami?", kurang ajar betul manusia-manusia 'zaman batu ni'. Mustika yakin mereka (pakatan rakyat) melihat masjid sebagai medan terbaik untuk 'berdakwah' kerana kalau buat di tempat lain, orang tak mahu datang pun, sebab tulah masjid jadi medan penyampaian 'pidato umum' terdesak mereka.

Tuesday, May 04, 2010

CUBAAN MENJATUHKAN KREDIBILITI PDRM


Pakatan Rakyat sekarang tengah sibuk ber'pesta' dengan fitnah dan omongan yang tidak berasas. Masakan tidak, mereka (terutama Tian Chua, Karpal Singh) sedang berusaha untuk menjadikan POLIS DIRAJA MALAYSIA sebagai subjek untuk dipersalahkan dalam kes kematian Adik Aminulrasyid.

Sebenarnya tujuan mereka adalah untuk memburuk-burukkan imej polis sahaja dan bukannya membela keluarga adik amirulrashid. Sudah menjadi stail pembangkang yang akan mengeksploitasi semua isu asal menguntungkan mereka. Ada faktor yang mendorong Pakatan Rakyat bangun kononnya untuk 'membela nasib' mangsa dan keluarganya. Pertama, ia boleh dijadikan modal untuk Pilihanraya akan datang (sebab pakatan rakyat tidak pernah mempunyai isu kukuh, hanya sekadar fitnah dan kata-kata dusta semata-mata), dan yang kedua, ia boleh dijadikan isu yang boleh diperbesarkan untuk dijadikan 'benteng' sebagai usaha mereka menutup pandangan umum terhadap kes liwat Anwar Aljuburi.
Persoalannya mengapa Tian Chua sibuk sibuk nak mengadakan demonstrasi sedangkan Ketua Polis Negara Negara sudah pun memberi jaminan untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil. Jika benar anggota polis yang melepaskan tembakan tersebut bersalah atas dasar cuai semasa jalankan tugas, dia pasti akan dikenakan tindakan.
Namun tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ini dilihat sangat keterlaluan. Biarlah PDRM yang buat kerja. Jangan lah diganggu kerja polis.

PAS FOR ALL, ANWAR DAN DAP DIUTAMAKAN


prinsip perjuangan PAS nampaknya sudah tidak diperjuangkan lagi memandangkan PAS perlu menjaga hati kedua-dua sahabat baiknya iaitu Anwar Al-juburi dan DAP. Kesian dengan pengikut-pengikut PAS yang masih lena dibuai mimpi. Sebelum ini PAS tegas dengan perjuangan nya "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", tetapi semenjak dua menjak ni Mustika tengok PAS terlalu bergantung dengan Anwar dan DAP. Macam Anwar dan DAP tu talian hayat PAS pulak. Tapi tak hairan lah sebab PAS pun bukan pejuang yang sebenar.....

Monday, April 26, 2010

KAMALANATHAN MENANG: RAKYAT BUAT PILIHAN BIJAK

Sumber: Berita Harian Online

BN rampas Parlimen Hulu Selangor
Oleh Zainudin Isa, Wan Hazmir Bakar dan Zef Othman

KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi. Pada penamaan calon 17 April lalu, turut bertanding adalah Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah, masing-masing calon Bebas tetapi menarik diri pada hari kedua berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak

Sunday, April 25, 2010

SELAMAT MENGUNDI

Hari ini 25 April 2010 adalah hari penentu kepada nasib rakyat di Hulu Selangor. Mustika harap pengundi-pengundi membuat pilihan bijak dengan memilih calon yang terbaik, yang mampu merubah dan membela nasib rakyat, yang bijak dan berwawasan, yang tidak hanya memperjuangkan kepentingan individu semata-mata.....

UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL.................

Saturday, April 24, 2010

PAKATAN RAKYAT INGKARI TITAH SULTAN




















Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang kurang ajar dan biadap apabila mengingkari titah Sultan yang tidak mahu Masjid dicemari dengan ceramah-ceramah politik murahan.

Sikap biadap ini mengingatkan Mustika pada peristiwa di mana penyokong-penyokong Pakatan Rakyat cuba menghalang laluan DYTM Raja Muda Perak ketika dalam perjalanan untuk merasmikan sidang DUN setelah BN berkuasa kembali di Perak.

Budaya kurang ajar dan biadap ini sudah menjadi darah daging Pakatan Rakyat.

MANIFESTO ZAID IBRAHIM




KAMALANATHAN vs ZAID IBRAHIM


KAMALANATHAN
STATUS: BERSIH , BIJAK, JUJUR,
DALAM KEPALA OTAK: BERBAKTI UNTUK RAKYAT

vs

ZAID IBRAHIM
STATUS: BIJAK MENIPU, KAKI PUTAR ALAM, TIDAK JUJUR
DALAM KEPALA OTAK: KILANG ARAK

KELUAR, LOMPAT DAN INSAF..........

HAHAHAHAHAHAHAHA.....HANYA YANG EGO DAN TIDAK MAHU MENERIMA KENYATAAN BAHAWA PAKATAN RAKYAT PARTI YANG TIDAK RELEVAN DAN BANYAK MENYIMPANG JAUH DARI TUJUAN ASALNYA SAHAJA YANG MASIH BERADA DALAM PARTI ITU

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PENIPU

Tindakan Pakatan Rakyat menabur fitnah di saat-saat akhir tempoh berkempen telah pun dijangka oleh Barisan Nasional. Ini kerana, Pakatan Rakyat terdesak kerana tiada isu untuk menghentam calon Barisan Nasional yang dianggap bersih. Tujuan Pakatan Rakyat menabur fitnah agar pengundi-pengundi di Hulu Selangor menyimpan perasaan buruk dan ragu-ragu terhadap Barisan Nasional. Tindakan pakatan rakyat dilihat keterlaluan dan tidak wajar. Mereka terdesak dan tersepit dalam permainan yang mereka atur sendiri.

Namun, Timbalan Perdana Menteri sendiri mengakui, maklum balas yang diterima ekoran siri penjelajahan penjelasan isu di seluruh kawasan Hulu Selangor telah berjaya memberi kefahaman dan kesedaran terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat yang terdesak.

Mustika percaya, pengundi-pengundi di Hulu Selangor bijak menilai dan tidak mudah menerima sebarang maklumat yang berunsur fitnah dan bukannya fakta. Jangan mudah percaya dengan helah Pakatan Rakyat yang lidah bercabang. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.............

MAMPUKAH PAKATAN RAKYAT?


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM1.8 bilion untuk pendidikan anak-anak bukan Melayu yang melibatkan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil), prasarana untuk guru-guru dan pelajar, melahirkan guru-guru terlatih dan juga pelbagai kemudahan yang lain.

Muhyiddin berkata, ini sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan bahawa anak-anak mendapat kemudahan pendidikan yang sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

Persoalannya, bolehkah Pakatan Rakyat mengorbankan RM1.8 bilion untuk kemudahan rakyat? Jika selama ini Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah berat sebelah dalam memberi dan menyumbangkan kemudahan dan prasarana yang lengkap kepada rakyat, adakah Kerajaan Pakatan Rakyat mampu menyediakannya untuk rakyat? Sedangkan di Selangor di bawah pemerintahan Khalid Gagap, Tourism Selangor pun kena bayar sewa RM36 ribu sebulan. Mana ada istilah FREE @ PERCUMA dalam konsep pemerintahan Pakatan Rakyat. Sedangkan Kerajaan BN beri percuma kerana tahu ia adalah hak rakyat dan rakyat wajar mendapat yang terbaik daripada kerajaan.

JADIKAN PERISTIWA KAMPUNG BUAH PALA SEBAGAI PENGAJARAN

Masihkan ingat pada peristiwa Kampung Buah Pala yang menjadi hangat diperkatakan di seluruh negara sekitar akhir tahun 2009?

Kampung ini pada asalnya adalah penempatan untuk pekerja ladang yang bekerja dengan keluarga Mr. Brown. Apabila keluarga Brown meninggalkan Pulau Pinang, tanah Kampung Buah pala telah dijanjikan kepada penduduk-penduduk di sana melalui penubuhan Amanah Perumahan (Housing Trust). Kampung Buah Pala yang juga dikenali sebagai High Chaparral oleh rakyat Pulau Pinang kerana kampung ini terletak di atas sebuah bukit kecil di Bukit Gelugor. Penduduk Kg. Buah Pala sudah menetap di kampung tersebut sejak 5 generasi atau hampir 200 tahun.


kerajaan DAP yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008 yang meluluskan dokumen tukar hak milik Kampung Buah Pala. Kerajaan kepimpinan Pakatan Rakyat meluluskan cadangan projek oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Nusmetro Venture Sdn Bhd untuk membina kondominium mewah di tapak tanah Kampung Buah Pala. Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan untuk memberhentikan atau membekukan proses pindah milik tanah, sebaliknya berpihak kepada pemaju dalam mengusir penduduk dari Kampung Buah Pala. Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya membela rakyat dan bukannya berdegil dan mendahulukan kepentingan pemaju.


Apa yang berlaku sebenarnya rakyat di Pulau Pinang terpedaya dengan janji-janji Pakatan Rakyat yang hanya mementingkan perjuangan individu semata-mata.


Justeru, Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C Thamaraj meminta pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar tidak termakan dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji , tidak amanah dan jujur dalam mentadbir. Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah menjanjikan sebuah banglo untuk pampasan kepada penduduk Kampung Buah Pala namun ianya hanya janji kosong semata-mata.


Mustika juga ingin menyeru kepada semua pengundi-pengundi di Hulu Selangor agar membuat pilihan yang bijak dan tidak terjerat dengan helah Pakatan rakyat yang terang-terangan sudah TIDAK RELEVAN....




Friday, April 23, 2010

SELANGOR.........(SIRI 3)



Pakej Ransangan Ekonomi RM50 billion hanya omong kosong...............

Khalid Gagap pernah membuat pengumuman bahawa Selangor akan mencapai target sehingga RM50 bilion untuk pakej ransangan ekonomi negeri itu. Tujuan beliau membuat pengumuman sebegitu adalah untuk membuatkan rakyat percaya bahawa Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang diterjui oleh Khalid GAGAP mampu memberikan keselesaan kepada rakyat berbanding semasa pemerintahan BN dahulu.



yang menjadi kemusykilan adalah projek I-City yang bernilai RM2 bilion di Shah Alam. Khalid Gagap telah membatalkan pemindahan Sekolah Tamil Bestari kepada projek I-City milik rakan baiknya Dato' Tan. Tanah 4 ekar yang sepatutnya menjadi sekolah telah dimanipulasikan untuk memperoleh mendapat keuntungan lebih. Khalid yang pendendam telah mengarahkan Selangor State Investment Corporation (SSIC) dan Tourism Selangor agar berpindah ke I City. Sebelum ini, SSIC dan Tourism Selangor tidak perlu membayar sewa namun ekoran dari arahan Khalid Gagap, SSIC perlu membayar sewa RM50 ribu sebulan dan Tourism Selangor RM36 ribu sebulan kepada I-City. Secara tidak langsung, I-City akan memperoleh hasil kutipan sewa sebanyak RM432 ribu setahun. Dan secara langsungnya pula, Khalid Gagap akan memperoleh sedikit (hasil bayaran sewa) untuk memenuhi kangtung poketnya.....

Senang-senang je Khalid atur strategi. Mulanya memang kita tak sedar, namun lama kelamaan, kelicikan Khalid akan terbongkar sedikit demi sedikit. Mahu atau tidak, Khalid harus menerima kenyataan bahawa rancangan nya untuk mengaut keuntungan dan hasil dari Negeri Selangor akan terus dibongkar satu persatu................

SIAPA PILIHAN ANDA?





















MANA SATU PILIHAN ANDA?

ARMADA SUDAH HAMPIR KARAM...........(PART 2).


PKR SEDANG MENUJU KE AMBANG KEHANCURAN.


SUMBER: ABANG TUAH


NAMPAK PKR SEMAKIN HARI SEMAKIN NAZAK APABILA DUA LAGI PEMIMPIN PKR MENGISTIHAR KELUAR PARTI HARI INI.

DIPERCAYAI KRISIS KEPERCAYAAN TERHADAP KEPIMPINAN TERTINGGI PARTAI KEADILAN RAKYAT (PKR) ADALAH PUNCA MENYEBABKAN RAMAI AHLI DAN PEMIMPIN PKR KELUAR SECARA BERTALI ARUS KEBELAKANGAN INI.

MEREKA YANG TERSEBUT MENINGGALKAN PKR DAN MENYERTAI UMNO HARI INI ADALAH KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) KELANTAN, WAN KHAIRUL IHSAN WAN AHMAD DAN SETIAUSAHANYA, EZRI ZAINAL ABIDIN

MENURUT WAN KHAIRUL, TINDAKAN YANG DIAMBIL ADALAH DISEBABKAN HILANGNYA KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN TERHADAP ANWAR.

MENURUTNYA LAGI "KAMI LIHAT PERJUANGAN PKR HANYALAH TERTUMPU PADA SEBATANG TUBUH MANUSIA BERNAMA ANWAR IBRAHIM. PRINSIP PERJUANGAN PKR TELAH BERUBAH. PERJUANGAN PKR HANYALAH UNTUK MENAIKKAN ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI,”.

mustika: rela atau tidak, ANWAR ALJUBURI perlu menerima kenyataan bahawa beliau bukan manusia yang layak memimpin. Mustika rasa, baik Anwar Aljuburi duduk rumah sahaja sambil menjaga anak cucu dan fikir apa nak buat dalam penjara nanti.........

Di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, lebih 200 orang ahli PKR cabang Ulu Bernam keluar parti. Rasa tidak percaya mula timbul apabila mereka melihat kesengsaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat. Dakwa mereka lagi, keluhan pemimpin dan rakyat di bawah langsung tidak didengari, yang paling mengejutkan, dalam PKR dakwa ahli-ahlinya, kalau ada pangkat datuk dan punya banyak wang, barulah ada tempat dalam parti. Ahli-ahli PKR juga di sogok dengan cerita bahawa UMNO itu haram

TUN MAHATHIR MINTA PENGUNDI DI HULU SELANGOR MENGUNDI BN

SUMBER:JEBAT BERKOKOK

Hulu Selangor: Terima kasih Tun Mahathir

Sesuatu yang agak memeranjatkan apabila Tun Mahathir, idola kepada seluruh rakyat Malaysia turun berkempen untuk calon Barisan Nasional, P.Kalamanathan. Sesuatu yang tidak terduga, apabila Tun Mahathir yang pada awalnya mengatakan yang beliau tidak akan turun berkempen di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor tiba-tiba muncul di Serendah untuk membantu jentera pilihanraya BN dan calon BN. Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Tun Mahathir kerana sudi meluangkan masa membantu. Sebenarnya ucapan terima kasih ini tidak memadai sekiranya hendak dibandingkan dengan jasa yang telah Tun curahkan kepada Malaysia.

Sambil mendengar ucapan Tun Mahathir tadi, kepala aku ligat berpusing memikirkan sebab dan musabab Tun turun berkempen sedangkan Tun telah mengatakan yang Tun tidak akan turun berkempen di Hulu Selangor. Inilah kehebatan yang ada pada Tun kerana semasa ucapannya itu, Tun telah memberikan aku jawapan kepada persoalan yang berlegar di dalam kepala aku. Sebabnya Tun turun berkempen di Hulu Selangor : KERANA TUN PERCAYA AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA DATO' SRI NAJIB. Ini diakui oleh Tun sendiri bilamana Tun mengatakan yang rakyat akan kembali kepada BN kerana Malaysia sekarang mempunyai Perdana Menteri yang bijak.

Di dalam ucapannya, Tun turut memuji calon BN yang katanya ikhlas, baik dan fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa India. Tun turut berkata, rakyat Hulu Selangor tidak seharusnya memilih Zaid Ibrahim dan Zaid Ibrahim diibaratkan seperti katak dan kacang yang lupakan kulit. Tambah Tun, Zaid Ibrahim menjadi kaya raya kerana syarikat guamannya banyak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional dan apabila sudah kaya Zaid Ibrahim menjadi lupa diri dan lupakan orang yang membantunya. Dan keadaan ini memungkinkan Zaid melupakan orang-orang Hulu Selangor justeru Zaid Ibrahim tidak selayaknya menjadi wakil rakyat bagi orang-orang Hulu Selangor.

Kita terimalah nasihat dari Tun, orang yang telah banyak berjasa kepada Malaysia. Jika satu dunia mengagumi kebolehan dan menerima pakai apa yang Tun katakan, adalah amat malang jika orang-orang Hulu Selangor sendiri tidak mahu mengambil pakai apa yang Tun nasihatkan.

Mustikaindah: TUN MAHATHIR SANGGUP TURUN BERKEMPEN UNTUK CALON BN. TABIK SPRINGGGGG UNTUK TUN. TERIMA KASIH TUN. WALAUPUN SUDAH BERSARA DARI KERAJAAN, TUN MASIH SETIA DENGAN MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN YANG LAIN. KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN BN, TERUSKAN PERJUANGAN. KERANA PERJUANGAN KITA MASIH BELUM SELESAI......................

PAS = ISRAEL?






















PAS FOR ALL= ISRAEL FOR ALL

CALON BN DI PRK HULU SELANGOR ADALAH PILIHAN TERBAIK

Kenapa Pengundi Melayu KENA PANGKAH BN?

sumber: OHPOLITIK

KENAPA PENGUNDI MELAYU PERLU TERIMA CALON MIC
  1. Menghormati konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN)
  2. Menghargai janji Perdana Menteri yang akan meletakkan anak tempatan sebagai calon PRK P.094 Hulu Selangor. Terbukti PM memahami denyut nadi rakyat di Hulu Selangor.
  3. Tun Dr. Mahathir Mohamad, “dalam pilihanraya, kita perlu mengundi dan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional tanpa mengira siapa calonnya”.
  4. Sumbangan dan peranan BN dalam konteks membela nasib rakyat, terutamanya membela dan meningkatkan taraf ekonomi orang melayu.
  5. Jasa BN yang membuka FELDA melalui DEB yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
  6. Tanda syukur dan mengenang jasa BN yang telah membuka nikmat kehidupan kepada masyarakat FELDA khususnya orang-orang Melayu.
  7. Menghayati semangat Gagasan 1Malaysia, melalui KONSEP PENERIMAAN, iaitu menerima kenyataan kehidupan dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.
KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI HULU SELANGOR: Terlalu banyak jasa Kerajaan BN untuk memastikan rakyat hidup aman, makmur dan sejahtera di bumi bertuah MALAYSIA. Namun ada segelintir manusia yang tidak bersyukur.... Ayuh bangsaku, bangkitlah menentang kerajaan boneka Pakatan Rakyat. Undi anda mampu membawa perubahan. Sampai bila anda mahu terus menerus menjadi 'korban'? UNDILAH BN

Thursday, April 22, 2010

SELANGOR.....(SIRI 2)

Khalid Gagap pernah mencanangkan kepada semua ahli-ahli DUN Selangor dan DYMM Sultan Selangor mengenai target untuk mendapatkan RM150 juta hasil pasir. Tapi kemudian mengaku hanya mendapat kutipan RM 4.6 juta saja.

Khalid Gagap menganggap dia harus membuat andaian kreatif agar nampak hasilnya banyak supaya PKR selangor dilihat ada sasaran dan kerja kuat. Sekali rakyat tertipu. Khalid Gagap telah melantik syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSBB) untuk mengawal semua pengeluaran pasir atas tanah negeri, mengutip doket pasir yang dahulunya di bawah seliaan pejabat tanah daerah. PKR Selangor harus memonopoli hasil pasir negeri, barulah nanti keuntungannya masuk kantung PKR.

Khalid Gagap telah membuat perayaan 'kejayaan' satu tahun parti Pakatan Rakyat memerintah negeri dan jumlah perbelanjaannya mencecah hingga RM 1.3 juta. Namun perbelanjaan untuk publisiti dan hampers hanya hampir RM300 ribu sahaja. Mana perginya RM1juta lagi tu? Apabila dipersoalkan, Khalid gagap menyatakan bahawa mereka perlu bergembiran apabila meraikan sesuatu 'kejayaan'. Namun yang menjadi kemarahan rakyat apabila Khalid Gagap mempergunakan hasil simpanan Kerajaan Negeri ketika BN dahulu yang berjumlah RM 1.4 bilion.

Ketika pemerintahan Khalid Gagap, bajet Selangor 2009 mengalami defisit lebih RM 578.5 juta.
Hal ini telah berjaya disembunyikan oleh Khalid Gagap. Kata Khalid, rakyat bukan faham pun kalau bercerita mengenai bajet negeri.

Rakyat Negeri Selangor di tipu hidup-hidup oleh Khalid Gagap dan kroni-kroninya. Namun "bangkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun"...........Lambat laun, rakyat akan sedar dan mula membuka mata hati mereka agar tidak terus tertipu dengan Khalid dan PKR khususnya.

(bersambung.............)

SELANGOR (SIRI 1)



Khalid Gagap ketika mula-mula menjadi Menteri Besar di Selangor tidak menghadapi masalah untuk mentadbir negeri dan rakyat yang aman, makmur dan sejahtera. Ini kerana, pemerintah terhadulu (BN) telah pun memastikan rakyatnya 'selesa' di negeri itu sejak lebih 50 tahun dahulu. Khalid dan kroni-kroninya hanya menambah sedikit kononnya perkara-perkara ”kebajikan” (padahal ia hanya omong kosong) supaya rakyat nampak peranan mereka di negeri itu.. Sebenarnya rakyat sudah lebih baik dan negeri sudahpun maju. Maka sebab itulah khalid Gagap tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan keamanan di Selangor.


Bagi menjana kewangan negeri untuk membuat semua program ”kebajikan” negeri, Khalid hanya mempergunakan kesenangan yang telah tersedia.. Pertama, pemerintah dahulu (BN) telah meninggalkan 1.4 billion. maka, Khalid Gagap dan kroni-kroninya pun memanfaatkan wang terrsebut dan masuk dalam kantung poket mereka.. Selangor juga kaya dengan sumber cukai tanah dan paling penting sumber hasil pasir. Hasil negeri sebanyak itu, tidak dimanfaatkan untuk rakyat tetapi telah masuk di dalam tabung PKR (yang tengah nazak, tunggu masa untuk dikuburkan). Ketika sambutan 100 hari pentadbiran Khalid Gagap telah menyalahgunakan wang untuk pembangunan rakyat dan negeri Selangor.


Liciknya Khalid sehingga mampu mengaburi mata rakyat. namun apa yang Khalid lakukan di Selangor. hanya goyang kaki sambil menunggu kantung poketnya penuh..........


(siri 2 akan menyusul)