Monday, August 03, 2009

PENYEBARAN VIDEO PALSU: PERCUBAAN UNTUK MENJATUHKAN SPRM GAGAL!

Sejak dua menjak ini, kecoh mengenai video yang tersebar luas di dalam youtube mengenai gambaran sebenar Teoh ketika disoal siasat oleh SPRM. Video tersebut kononnya menggambarkan seorang lelaki yang didakwa penyebar video tersebut sebagai Teoh diseksa, disepak dan diteranjang oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah pejabat.

Terus terang Mustika katakan, Mustika langsung tak percaya dengan niat jahat segelintir manusia yang membuat onar sebegini. Masakan tidak, di dalam video tersebut yang Mustika percaya di rakam dengan menggunakan telefon bimbit, lelaki yang didakwa Teoh itu memakai baju kemeja putih dan berseluar hitam sedangkan ketika mayat mendiang ditemui, mendiang memakai seluar putih dan baju warna/ jaket warna hitam. takkan lah SPRM sempat tukar bajunya?

Bagi menutup kes salah laku mahupun penglibatan pemimpin pembangkang dari diketahui umum, inilah hasilnya (video palsu). Mereka ingin mengaburi mata kita (rakyat) dan menutup kesalahan mereka dengan menimbulkan kes yang direka-reka (SPRM membunuh!). Apa motif SPRM nak bunuh saksi penting dalam kes ini melainkan orang yang disiasat yang takut rahsianya terbongkar itulah akan merasakan kematian Teoh akan mententeramkan jiwa mereka. Mungkin cerita yang dicipta pembangkang nampak sempurna di mata rakyat, namun sudah nampak sedikit cacatnya. Pemimpin pembangkang ibarat berada di dalam karung plastik yang disambar api. Sedikit demi sedikit, plastik ini akan cair. Begitulah juga dengan nasib mereka yang mencipta cerita palsu sebegini. Sedikit demi sedikit, kebenaran akan terserlah. Masa tu nak lari pun dah tak boleh. Bersedialah menghadapi kenyataan!

Kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan sehelai daun.......... Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Thursday, July 30, 2009

SERUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

MUSTIKA MENYERU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.........

JANGAN SESEKALI MELIBATKAN DIRI DENGAN SEBARANG PERHIMPUNAN HARAM YANG DIANGJURKAN OLEH ORANG YANG INGIN MELIHAT NEGARA KUCAR-KACIR DAN HURU-HARA. NEGARA KITA ADA UNDANG-UNDANG, ADA PERLEMBAGAAN, ADA PARLIMEN UNTUK MENYUARAKAN SEGALA-GALANYA. KALAU KORANG TAK PUAS HATI SEKALIPUN, BIARLAH PEMIMPIN KORANG YANG MENGHERETNYA KE DALAM DEWAN RAKYAT, BERTEPUK TAMPARLAH DI SANA, BERDEBAT DAN BERHUJAHLAH DI SANA. JANGAN SESEKALI MENGHERET MASALAH KE JALANAN. MALULAH SIKIT DENGAN ORANG LUAR...........

NEGARA AMAN RAKYAT SEJAHTERA

Tuesday, July 28, 2009

KEANGKUHAN DAN KEEGOAN SEORANG PEMIMPIN

Sebelum ini media ada menyebarkan mengenai kesediaan PAS bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan agama, negara dan bangsa. Namun semalam, Nik Aziz secara terang terangan menafikan kononnya PAS bersedia bekerjasama dengan UMNO.

Hairan dan pelik mengapa pemimpin PAS bersikap demikian? Mungkin setelah mengeluarkan kenyataan tentang kesediaan mereka, ada pihak lain yang cuba menentang? Atau mungkin PAS main-main. Sekadar ingin memalukan pihak lain, dalam erti kata lain UMNO.

Nik Aziz semalam menafikan sekaras-kerasnya kesediaan PAS bermuzakarah dengan UMNO tetapi menegaskan ianya sekadar kesediaan kerajaan negeri (PAS) untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat (BN/UMNO), kerana baginya, kerajaan pusat bertanggungjawab terhadap kerajaan negeri. Nik Aziz tak nampak kah selama ini walaupun negeri Kelantan berada di bawah 'kelambu PAS', ia masih dan terus mendapat perhatian kerajaan pusat. Jika sekiranya kerajaan negeri Kelantan (PAS) tidak memberikan kerjasama sekalipun sebelum ini, kerajaan pusat (BN/UMNO) tetap menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negeri jajahan pembangkang.

Sedih Mustika tengok Nik Aziz, agaknya dia suka main tarik tali. Jaga-jaga Nik Aziz nanti takut kain pelikat tok guru londeh plak. Jangan sampai memalukan diri sendiri.

Thursday, July 23, 2009

NIZAR CABAR AGAMA ISLAM

Pegang lilin haram di sisi Islam: Harussani

SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Muft:i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

:“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.

B:eliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes.

:Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu.

“Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka.

“Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya.

Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri M:ohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE


MUSTIKAINDAH: TINDAKAN NIZAR DILIHAT SEBAGAI MENGHINA AGAMA ISLAM. KALAU MUFTI SENDIRI SUDAH MENGELUARKAN KENYATAAN BEGITU MENGAPA KITA HARUS MENYOKONG TINDAKAN NIZAR? TAKKAN MUFTI PUN ADA MOTIF POLITIK JUGAK. NIK AZIZ TUTUP MULUT DAN TAK MAHU KOMEN LEBIH-LEBIH. KATANYA, ISU INI SENGAJA ORANG BN BANGKITKAN BERLANDASKAN POLITIK SEMATA-MATA...................... HELLLLOOOOOOO NIK AZIZ, YANG GUNA AGAMA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK CUMA SATU...... PAS!!!!

Monday, July 20, 2009

HENTIKAN TUDUHAN TIDAK BERASAS TERHADAP SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang Mustika anggap keterlaluan. Ini ekoran kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor yang didakwa pembangkang sebagai satu konspirasi politik kerajaan Malaysia.

Pada pendapat Mustika, selagi siasatan terhadap SPRM belum lagi selesai, selagi itulah kita tidak boleh membuat sebarang andaian mengenai kes ini. Sikap penyokong pembangkang yang amat ketara sehingga sanggup menganjurkan pelbagai demonstrasi bantahan dan mebuat pelbagai desakan yang melampau.

Terbaru, dikhabarkan Anwar Ibrahim akan menjelajah seluruh Malaysia untuk meraih sokongan bagi menuntut bela ke atas kematian Teoh. Ini Mustika andaikan sebagai perilaku terlampau Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis meniupkan sentimen perkauman dan juga api kemarahan rakyat sehingga keyakinan rakyat menjadi goyah dek kerana penangan Anwar yang ingin melihat negara kucar kacir sekali lagi seperti apa yang berlaku lebih 10 tahun lalu, iaitu ketika dia berhadapan dengan tuduhan liwat. Anwar mendabik dada dengan angkuhnya kerana rakyat terperdaya.

Apa yang Mustika dapat simpulkan di sini, Anwar cuba menyelimutkan diri dari dakwaan kes liwatnya di sebalik kes kematian Teoh. Tidak mustahil jika Teoh dijadikan korban untuk menutup pandangan rakyat dan orang ramai dari kes liwat Anwar.......

Nasihat mustika kepada orang ramai............... JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA-KATA MANUSIA LIDAH BERCABANG SEPERTI ANWAR IBRAHIM..... kita tunggu siasatan kes selesai.....jangan tergopoh-gapah mengambil tindakan sendiri. Demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram tidak mampu menyelesaikan apa-apa masalah. FIKIR-FIKIRKANLAH

Wednesday, July 15, 2009

PAS MENANG TIPIS: BUKTI KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PAS MAKIN PUDAR

Calon PAS, Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Dengan hanya perbezaan 65 undi, PAS tidak boleh tersenyum lebar dan duduk diam. Ini kerana perbezaan undi yang amat sedikit ini membuktikan bahawa rakyat semakin terhakis keyakinan mereka terhadap kepimpinan dan kebolehan PAS menerajui negeri itu dan juga pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan.

Berbanding pada pilihanraya 2008, calon PAS memperoleh undi sebanyak 5,746 undi manakala calon BN memperoleh 4,394 undi. Ini membuktikan pengundi yang mengundi BN meningkat sebanyak 889 orang pada pilihan raya kali ini.

Perbezaan undi yang amat rendah (65 undi) jelas membuktikan bahawa PAS dan gagasan Pakatan Rakyat sudah semakin hilang taringnya. Walaupun BN tidak berjaya menawan Manek Urai, tetapi nampaknya, pengundi-pengundi di Manek Urai sudah mampu membuka mata dan keluar dari kepompong pemerintahan PAS yang 'kuno', dan Mustika percaya, sedikit demi sedikit, rakyat di Kelantan akan dapat menerima BN semula..........cuma BN kena lah berusaha lebih lagi untuk meyakinkan rakyat bahawa pemerintahan BN adalah pemerintahan yang terbaik.

Wednesday, July 08, 2009

ARMADA PAKATAN RAKYAT


Ada sebuah kapal yang diberi nama Armada Pakatan Rakyat..... Kapal yang diterajui oleh seorang kapten yang dikenali dengan nama Anwar Ibrahim ini membawa bersama 5 orang anak kapal.
Nak dijadikan cerita, kapal yang sedang belayar ini terumbang-ambing di pukul ombak tsunami yang teramat dahsyat sehingga akhirnya kapal yang rosak 90% itu terdampar di sebuah pulau.
Kapten yang tidak tahu selok belok di pulau tersebut mengarahkan supaya anak kapalnya mencari kawasan untuk didirikan khemah.....
Anak kapal yang kebingungan cuba mencari tapak yang sesuai. Mereka sepakat untuk tidak berkongsi khemah yang sama kerana takut berjangkit bermacam jenis penyakit merbahaya yang dikhuatiri ada pada anak kapal yang lain.....
Kapten kapal hanya tersenyum sinis melihat kebodohan anak kapalnya. Masakan tidak, kapten tersebut sebenarnya sudah menemui gua yang cantik untuk berteduh.
Hanya anak kapal nya sahaja yang masih terkial-kial membina khemah masing-masing dengan hanya bertiangkan ranting pokok dan berbumbungkan pelepah kelapa. Setelah yakin mereka membina khemah yang kukuh dan kuat, anak kapal-anak kapal ini pun masuk ke dalam khemah masing-masing.
Nak dijadikan cerita pula, salah satu khemah yang dihuni anak kapal bernama Nizar rosak teruk dipukul ribut dan angin kencang yang tiba-tiba sahaja melanda. Habis basah kuyup si Nizar, namun dia tetap bersikap sombong dengan mengatakan kepada rakan-rakannya bahawa dia masih boleh membina khemah baru yang lebih elok dan kukuh. Malangnya, Nizar tidak menemui satu pun ranting pokok mahupun pelepah kelapa untuk membuat khemah yang baru. Nizar yang kecewa dan malu akhirnya lari bersembunyi di dalam hutan.
Tetapi sebenarnya bukan sahaja khemah Nizar yang ranap, khemah-khemah yang lain juga hampir-hampir rosak dan nampak rompong sana-sini. Namun masing-masing tidak mahu mengakui nya dan dengan angkuh mereka berkata, "Khemah aku elok lagi.........".
Si Kapten hanya memandang dan berkata dalam hatinya.......... "Itu bukan masalah aku", sambil menggoyang kakinya dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah menjadi raja di pulau yang tidak berpenghuni itu.....
Sekian.........................................

Tuesday, July 07, 2009

SERUAN KEPADA PENGUNDI DUN MANEK URAI

Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai.............. janganlah salah membuat pilihan lagi. Jangan biarkan Kelantan terus berada di bawah gerhana pemerintahan PAS. Sudah sampai masanya rakyat Kelantan keluar dari kepompong PAS yang bertunjangkan kepimpinan rapuh.

Biarlah mendung kelabu berarak pergi membawa mentari yang bersinar. UNDILAH BN

Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan. "Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Katanya, cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini. Perdana Menteri berkata, beliau mengamalkan sikap terbuka dan sedia mendengar serta menimbang apa jua cadangan yang akan dikemukakan oleh Pas.

Sebagai reaksi, Nasharuddin berkata, Pas berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana Pas di Kelantan menerimanya sebagai calon untuk bertanding di Bachok pada pilihan raya umum 2008. Katanya, Pas dan pakatan pembangkang kini sudah masuk perangkap Umno berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka. "Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana Pas sedang berpecah dan pakatan pembangkang sedang berpecah," katanya.

Beliau juga berkata, jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri. "Kalau semua setuju...Pas jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. - Bernama

Sumber: Berita Harian Online


Mustikaindah: Nik Aziz mengatakan bahawa cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) adalah satu perkara yang dilontarkan oleh "boneka Umno" untuk menimbulkan kecelaruan dalam Pas serta pakatan pembangkang.

Mustika dapat melihat berlaku pergeseran dan percanggahan pendapat dikalangan pemimpin PAS. Siapa benar dan siapa salah bukan persoalannya. Kesimpulan yang dapat Mustika gambarkan dari kenyataan Nik Aziz ini ialah Mursyidul Am PAS ini tidak mahu bermuzakarah dan menjalinkan hubungan baik dengan UMNO. Apa salahnya turunkan sedikit tahap keegoan tu dan cuba dengar pendapat orang lain. Tindakan Nasaruddin tidak salah di mata Mustika. Cuma dia perlu berani mempertahankan pendapat dan pendiriannya. Jangan hangat-hangat tahi ayam saje.

Nizar nafi tindakannya di Parlimen dirancang (BETUL KE????)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan kelakuannya di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah dirancang. Beliau berkata, ia adalah secara spontan kerana kecewa dengan kemelut politik yang berlaku di Perak, ketika ini. Nizar berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. (Berita Harian Online).

AHLI Parlimen pembangkang (dari kiri), Nyeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar: Bharian Online)


Mustikaindah: Iya ke tak dirancang? Kalau betul tak dirancang, macam mane kain pelilit kepala bertulis "BUBAR DUN" boleh ada masa tu? Macam mana pula mereka boleh bawa beg bimbit yang bercetak "BUBAR DUN"? Mana mungkin??????
Mana mungkin perkara tersebut (Tindakan Nizar) boleh dianggap spontan? Mesti dari awal-alaw lagi dah prepare. Nizar keluarkan kenyataan macam ni sebab die takut sebenarnya...... Takut kene hentam lagi sebab buat tindakan bodoh hari tu.

Kerajaan perpaduan: Pas mahu PKR, DAP diajak berbincang

KUALA LUMPUR: Pas sedia berbincang dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penubuhan kerajaan perpaduan dengan syarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyertai perbincangan itu. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, berkata sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan berbincang dengan DAP atau PKR, Pas akan menolak mengadakan perbincangan dengan Umno-BN mengenai cadangan itu (Bharian Online).


Mustikaindah: Isu berbincang atau bermuzakarah telah lama kedengaran. Namun ia ibarat angin lalu yang tidak sempat singgah ke cuping telinga kita. Mana mungkin proses ini boleh berjaya dan boleh direalisasikan jika hanya satu pihak sahaja yang bersungguh sedangkan pihak yang satu lagi tidak habis-habis berdolak dalih.

Buntu fikiran Mustika apabila memikirkan kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang secara nyata dan jelas cuba menjatuhkan agenda Melayu (kata teman Mustika) . UMNO sedaya upaya cuba memberikan khidmat yang terbaik dengan menjaga kepentingan Melayu dan negara amnya tetapi melihatkan pemimpin PAS yang ego dan degil hati Mustika seolah-olah dihiris belati tajam. Sakitnya hati bila mengetahui pemimpin yang mengaku "membangun bersama Islam", berkopiah putih dan bersongkok, kononnya menjaga kepentingan Melayu dan berpaksikan Islam sebagai senjata pertarungan politik, sanggup bermusuh dengan pemimpin Melayu dan sanggup pula 'tidur sekatil' dan 'makan sepinggan' dengan DAP dan PKR.

Apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya???????????

Tuesday, June 16, 2009

VIDEO NIZAR, RAKAN CETUS KEKECOHAN DI DEWAN RAKYAT

Berita Harian telah pun mengeluarkan video penuh mengenai Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar yang tidak beretika ketika di Dewan Rakyat.........

klik untuk paparan video

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/BH_video/video_col

MEDIA BERPERANAN BANGUNKAN NEGARA

KUALA LUMPUR: Media di negara ini memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan dan membina negara bangsa, terutamanya dalam hubungan antara kerajaan dan rakyat.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata perubahan dalam media di negara ini harus selari perubahan yang berlaku dalam dunia teknologi dan komunikasi, dengan mengambil kira hak mempertahankan kedaulatan negara. “Ketika ini, berlaku perkembangan pelbagai saluran media, bukan hanya membabitkan media cetak dan elektronik, tetapi juga blog dan pelbagai saluran berita lain.

“Namun, media di negara ini perlu memainkan peranan dalam menyebarkan matlamat Malaysia itu sendiri, bukannya matlamat atau keinginan negara lain sehingga memberi kesan kepada negara kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media di sini, semalam. Hadir sama Timbalannya, Senator A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong. Turut hadir Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima yang juga Pengarah Eksekutif Editorial NSTP, Datuk Ahmad Talib.

Pada majlis itu, Kementerian Luar turut menerima sumbangan RM115,000 daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) untuk Tabung Palestin.- Bharian Online

Mustikaindah: Memang tidak dapat dinafikan peranan media amat penting.
Media mempunyai kuasa untuk mempengaruh dan memujuk. Dunia hari ini juga menyaksikan kepentingan media sebagai salah satu 'alat' penerangan yang boleh digunakan sebagai perantara pemimpin atasan sehinggalah ke akar umbi (rakyat).

Di dalam dunia artis misalnya.....media menjadi taruhan jatuh bangunnya seseorang artis. Jika elok hubungannya dengan media, maka elok juga lah hasilnya. Artis akan terus diangkat dan dipromosikan. Sebaliknya, jika hubungan artis dengan media tidak baik, maka tidak baik jugalah hasilnya. Buktinya, ramai artis yang tersungkur sebelum berjuang di dunia hiburan dek kerana penangan media.

Dari segi pentadbiran kerajaan pula, media menjadi alat penyebar dan penyalur maklumat dasar-dasar kerajaan dari semua aspek agama, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi. Malah media juga turut mampu mengesan khilaf yang terjadi di dalam sistem pentadbiran awam dan swasta menerusi pendedahan mereka. Tanpa media, tidak mungkin sesetengah masalah dapat diselesaikan dengan segera.

p/s: Kalau media tak bongkar, sampai sudah tindakan tak diambil sebab takde orang sedar (mungkin). Bila sume dah masuk tv dan akhbar, barulah kelam kabut nak buat itu ini.....

Apapun..........Tahniah dan Terima Kasih kepada media samada media elektronik mahupun media cetak.


AMBALAT OH AMBALAT.................

Mustika masih mencari maklumat penting dan dan kronologi isu tuntutan bertindih di wilayah Ambalat yang merupakan blok konsesi cari gali minyak dan gas. Namun setakat maklumat yang Mustika dapat, setakat ini (sejak 2007) Malaysia telah mengemukakan 13 nota bantahan diplomatik kepada Indonesia berhubung aktiviti pencerobohan. Harap sesiapa yang mempunyai maklumat dapat dikongsi bersama Mustika.

NIZAR JADI SAMSENG DALAM DEWAN RAKYAT

Datuk Seri Mohamad Nizar, bekas Menteri Besar Perak yang cuba berlagak samseng dan biadap di dalam Dewan Rakyat semalam memaksa Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengambil keputusan menggangtung Nizar dari menghadiri sidang Parlimen selama 2 hari. Keputusan Speaker ini ekoran kedegilan Nizar mematuhi arahan selepas tidak menghiraukan arahan Speaker supaya membuka lilitan pada songkok, kepala atau lengan yang bertulis "BUBAR DUN".

Selain Nizar, turut digantung ialah Datuk Ngeh Koo Ham (DAP- Beruas), Ngo Kor Ming (DAP-Taiping), N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Padang Sena), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai). Manakala lebih kurang 20 orang penyokong mereka yang duduk di galeri pemerhati turut diarah keluar dewan.

Speaker Dewan turut menyelar tindakan Nizar yang dianggap sebagai membawa budaya samseng sehingga ke dalam Dewan. Ini kerana Parlimen samada Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara merupakan tempat menjalankan tugas sebagai Yang Berhormat atau wakil kepada rakyat selain menyumbang kepada khidmat kepada rakyat. Rata-rata berpendapat tindakan Nizar ini begitu memalukan dan tidak menggambarkan contoh kepada masyarakat.

celoteh tidak rasmi Mustika: NIZAR SEBENARNYA GILA KUASA.... TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN BELIAU BUKAN LAGI MENTERI BESAR PERAK.....

Friday, June 12, 2009

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA ANJUR PROGRAM JUALAN BUKU 1MALAYSIA

Pagi tadi Mustika berpeluang mengikuti pelancaran program Jualan Buku 1Malaysia yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Dr. Halim Shafie iaitu Pengerusi Lembaga Penasihat PNM bertempat di Perkarangan Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan pancaragam oleh anggota TUDM.

Konsep jualan buku yang mengambil aspirasi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia ini melibatkan 7 syarikat penjual buku iaitu:

1) Utusan Publications & Distributors (Pameran Utama)
2) Jaya Bakti (buku-buku Bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu)
3) Malaysian Books Centre (Buku-buku bahasa Tamil)
4) DAWAMA
5) PTS Publications
6) Koperasi Kedai Buku UM
7) Persatuan Penggiat Komik Malaysia dan Majalah G3

Program yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga 14 Jun 2009 (dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang) bukan sahaja melibatkan penjualan buku malah turut diisi dengan aktiviti lain. Antaranya:

1) Forum 1Malaysia: Konsep dan Peranan Masyarakat (bertempat di Bilik Serbaguna PNM bermula 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi)
2) Pameran Buku (sejarah, perpaduan dan kenegaraan Malaysia terutama dari koleksi nadir dan manuskrip)
3) Sulaman reben bersama KEMAS
4) Kain Rentang Komik terpanjang di Malaysia (dilaksanakan dengan kerjasama PeKomik)
5) Demonstrasi Khat
6) Program Pertukaran Buku (dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang)
7) Kempen Keahlian dan Books On The Go
8) Keahlian Percuma Kelab Sinar Pintar
9) Pemuliharaan Buku (pengungjung menikmati khidmat pemuliharaan buku percuma dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang)

Program ini antara lainnya bertujuan untuk menarik minat pengunjung ke perpustakaan sebagai destinasi kunjungan dan aktiviti riadah dan rekreasi minda pada hujung minggu ke arah membina masyarakat yang mencintai ilmu dan perpustakaan. selain itu, ia bertujuan untuk memupuk semangat membaca dan memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan bahan bacaan ilmiah berbentuk kenegaraan.

SAMA-SAMA LAH KITA MENJAYAKANNYA...........

SALAM FM- MEDIUM DAKWAH BARU

Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia kerana telah berjaya menubuhkan rancangan radio mereka sendiri. Rancangan radio yang diberi nama SALAM FM boleh didengar di frekuensi 91.1 di Lembah Klang. Rancangan tersebut bersiaran dari jam 2 pagi sehingga 8 pagi.

SALAM FM telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B)Datuk Jamil Khir Baharom di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur semalam. RTM akan membantu dari segi teknikal pada peringkat awal penyiarannya.

Difahamkan, kerajaan juga telah meluluskan saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyen Islam yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh JAKIM.

Tahniah sekali lagi kepada JAKIM kerana telah berjaya mewujudkan medium baru melalui media elektronik bagi tujuan dakwah.

Wednesday, June 10, 2009

KEEGOAN HADI

Gambar di atas menunjukkan 2 pemimpin yang berbeza dengan pendapat yang hampir sama? Persoalannya, di manakah perbezaannya? Apa tujuan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan demikian sedangkan beliau sendiri pun tidak dapat memberi kefahaman kepada rakyat jelata mengenainya.

Mustika pasti sebenarnya Presiden PAS ini cuba mencedok idea yang diketengahkan oleh Perdana Menteri. Masakan tidak, membaca kenyataan Hadi pun Mustika sebenarnya membayangkan Hadi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyatu padukan rakyat dengan tujuan untuk mencapai kemakmuran dan kedamaian. Cuma bezanya.... idea yang sama ini dilontarkan oleh pemimpin yang berbeza.

Mengapa PAS atau Hadi tidak mahu mengakui sahaja bahawa idea yang dibawa Najib sememangnya sangat tepat dan harus diterima? Mengapa perlu keluarkan kenyataan yang boleh memeningkan kepala dan sukar ditafsirkan begitu?

Mustika percaya, jauh di sudut hati Hadi, beliau sebenarnya mahu mengakui 1MALAYSIA adalah idea terbaik untuk menjadi landasan dan panduan dalam mentadbir negara dan rakyat.

Hai Hadi..........Hadi............kenapalah ego sangat??????????????
Bila hati mula berbicara.............


DALAM APA JUA PERKARA YANG KITA LAKUKAN DI DUNIA INI, INGATLAH BAHAWA APA YANG PENTING ADALAH KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN. JANGAN CEPAT PUTUS ASA. TERUSKAN PERJUANGAN.....



Jentera Umno Manek Urai terus digiat

Bharian Online

Kenal pasti masalah dihadapi pengundi

KOTA BHARU: Umno Kelantan tidak akan mengendurkan usaha terus mendekati pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, walaupun maklum balas awal yang diperoleh jenteranya mendapat reaksi positif dari majoriti penduduk.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Dali Hussin, berkata gerak kerja menjelang pilihan raya kecil DUN Manek Urai itu akan terus digiatkan mengikut segmen masing-masing bagi mendekati pengundi, termasuk pendekatan bersemuka dari rumah ke rumah.


"Berdasarkan gerakan awal yang dijalankan sehingga kini, kita menerima maklum balas positif dari pengundi, Pas sendiri belum membuat gerakan secara agresif dan oleh itu kita perlu lihat perkembangan sebenar dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, tumpuan Umno ketika ini adalah terus memperkemaskan usaha mendekati pengundi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai akan diadakan pada 14 Julai ini, manakala hari penamaan calon pada 6 Julai berikutan penyandang kerusi berkenaan, Ismail Yaakob, 60, dari Pas meninggal dunia kerana komplikasi jantung pada 22 Mei lalu.

Dali berkata, jentera Penerangan Umno negeri dengan kerjasama Umno bahagian Kuala Krai sudah mengenal pasti rumah penduduk yang akan dikunjungi bagi mendengar masalah dihadapi mereka selain menerangkan dasar dilaksanakan Barisan Nasional (BN).

Katanya, usaha mendekati pengundi dilakukan mengikut pembahagian tugas iaitu Wanita Umno ditugaskan mengenal pasti masalah wanita manakala Pemuda Umno berperanan mendapatkan sokongan golongan muda di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Umno bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, berkata jentera BN bagi pilihan raya kecil Manek Urai akan dilancarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, Sabtu ini.

Selain itu, katanya, pelbagai program lain dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi DUN terbabit termasuk membawa pemimpin Umno dan BN dari peringkat Pusat ke kawasan berkenaan turut dirancang dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.


Mustikaindah: Kalau semua pihak berganding bahu....... masakan Manek Urai tak boleh ditawan semula. Yang perlu dielakkan oleh Pemimpin BN khususnya UMNO, jangan masa kempen pilihan raya saje nampak muka, dah habis kempen....... dah dapat jawatan...... dah dapat 'kerusi', terus hilang entah ke mana. Nak nampak batang hidung pun susah. Rakyat pulak kalau nak jumpa pun kena tunggu pilihan raya akan datang.... Parah macam ni. Masa kempen bukan main berapi-api nak bela nasib rakyat......dah menang, masalah rakyat pun tak nak pandang walaupun sebelah mata. Jangan lah begitu hendaknya.